Secara realiti, memahami hati seorang isteri tidaklah rumit. Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Sepanjang tempoh perkahwinan apa yang isteri mahukan dari suami bukanlah yang diluar kemampuan tetapi cukup jika dapat membimbing keluarga ke jalan yang diredhai untuk kebahagiaan bersama.
Berdasarkan perkongsian dari Profesor Muhaya, beliau ada memberi sedikit perkongsian mengenai golongan lelaki yang tidak bekerja serta malas mendirikan solat.
Pakar mata popular itu memuat naik perkongsiannya dalam satu video di instagramnya setelah sering diajukan persoalan sama dari golongan isteri.
“Assalamualaikum banyaknya orang tanya saya, Prof macam mana suami saya ni tak bekerja, saya kerja dan bayaran bil semua saya yang buat?
“Ini saya sebut tagline, “suami malas akan suka cari isteri berdikari.” Cuba tengok sentap atau tidak, kalau suami cakap saya nak cari wanita yang independent, ada kerja dan sebagainya takut-takut anda sebenarnya malas untuk menunaikan tanggungjawab.
“Dan ingat setiap kali anda (suami) tidak diberi nafkah akan dituntut,” katanya.
Ads
Pada masa sama, Prof Muhaya yang turut terkenal dikalangan selebriti juga turut memberi pesan kepada para ‘imam’ di luar sana.
“Saya nak jawab soalan kepada suami isteri mengena soalan ini, suami yang tidak solat dan sebagainya.
Ads
“Tolong suami yang tak solat, tolong taubat sebab kalian sepatutnya membawa anak isteri ke syurga.
“Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, pada saya sia-sia hidup. Cuba audit balik hidup kita.
“Hentilah dulu nak pergi mengeteh atau apa, tengok pada keluarga terlebih dulu,” kongsinya.
Sumber: ig Prof Muhaya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hubungan anak dengan ibu bapa dah bermula sejak dalam kandungan lagi. Sebab itu ketika dengar je suara ibu dan ayah semasa dalam kandungan, anak akan bagi respon.
Malah menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar dari mula lahir, anak memerlukan pengalaman dan perhubungan yang membuktikan bahawa dia dihargai dan dia merupakan manusia yang membawa kebahagiaan dan keseronokan kepada orang lain terutamanya keluarga.
Perhatian yang positif, tindak balas dan reaksi dari orang dewasa yang rapat dengan anak membantu anak untuk membina gambaran tentang nilai dirinya sendiri kepada orang yang rapat dengannya.
Cara memberi perhatian kepada anak tidak memerlukan wang ringgit.
1) Pandang anak dan senyum sebagai tanda anda gembira anak berada di sisi. 2) Peluk anak 3) Tunjukkan minat pada apa yang dikerjakan oleh anak. Minta anak terangkan dan ceritakan tentang apa yang sedang dilakukan 4) Bina ‘ritual’ dalam keluarga yang boleh dilakukan bersama-sama 5) Luangkan masa melakukan aktiviti yang disukai bersama-sama 6) Gunakan perkataan yang menggalakkan dan meraikan. Puji anak apabila dia cuba meneroka sesuatu yang baru ataupun berusaha untuk mencapai sesuatu. 7) Tenangkan anak apabila menangis atau bersedih. 8 ) Hentikan apa yang sedang dilakukan apabila anak ingin bercerita atau meluahkan perasaan.
Bagaimanapun semua perkara mudah ini sukar dilakukan apabila ibubapa diganggu oleh teknologi terutamanya gajet dan media sosial.
Bagaimana kita hendak memandang anak dan senyum kepada anak sekiranya kita asyik pandang telefon dan senyum pada reels, story atau TikTok?
Bagaimana kita hendak biasakan memeluk anak sekiranya kita sentiasa mengulit telefon di tangan?
Bagaimana kita hendak memberi tumpuan kepada cerita dan luahan hati anak sekiranya konten di media sosial lebih menarik perhatian kita?
Bagaimana kita hendak memuji dan menggalakkan anak sekiranya kita lebih melayan media sosial berbanding minat anak?
Gangguan teknologi ataupun ‘technoference’ (technological interference) ini pada asalnya mengganggu interaksi dan komunikasi antara suami dan isteri tetapi apabila dibiarkan lama-kelamaan mengganggu pula perhubungan di antara ibubapa dan anak-anak.
Anak-anak Gen Z yang lahir di antara tahun 1997-2010 sudah mula meluahkan kegusaran mereka.
Entah apa pula luahan Gen Alpha yang lahir dari tahun 2010 nanti di mana aktiviti dan platform media sosial semakin rancak dilayan oleh ibubapa mereka.
Sekarang mereka belum pandai ‘bercakap’ lagi. Sebagai ibubapa, kita perlu muhasabah diri dan mengambil iktibar.
Yang sering kita bualkan adalah tentang anak ketagihan gajet. Mungkin kita patut menilai penggunaan gajet oleh ibubapa juga sebelum mengeji dan mengecam generasi muda yang bermasalah tingkah laku.
Kajian tentang Technoference menunjukkan bahawa gangguan teknologi terhadap ibubapa menjadi penyumbang (bukan penyebab) kepada tingkah laku anak-anak yang bermasalah dan mempengaruhi kualiti hubungan kekeluargaan.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Akhir-akhir ini, banyak diperkatakan tentang me-time bagi seorang ibu. Namun, ramai pula yang memandang ibu-ibu yang perlukan me-time sebagai ibu yang tak sayangkan suami & anak dan pentingkan diri sendiri. Ibu ini mengutarakan pandangannya.
Me-time ialah masa khas untuk ibu melepaskan sebentar tugas & beban. Ia boleh jadi keluar sendirian atau dengan rakan, keluar dengan pasangan atau sekadar menonton wayang dan membeli belah sendirian. Ia adalah ruang waktu untuk ibu memikirkan tentang dirinya sendiri! Amat penting me-time ini bagi ibu-ibu untuk mengelakkan tekanan perasaan dan emosi.
Puan Intan Jaliah memberikan reaksi kepada sesetengah kaum ibu yang tidak memperlekehkan ibu-ibu yang memerlukan me-time setelah berhempas pulas melaksanakan tugas sebagai seorang ibu.
Katanya, lain ibu lain caranya untuk recharge diri. Jangan hanya kerana diri sendiri tidak boleh langsung berpisah dengan anak, kita terus menghakimi ibu lain yang perlukan masa sendiri tanpa anak-anak.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Me-time – Is that too much to ask for?
Just because you don’t need ‘me-time’ doesn’t mean other mothers don’t need it too.
Lain anak, lain ragam. Lain ibu, lain keperluan. Lain orang, lain cara untuk mereka ‘recharge’ diri mereka.
Ibu yang minta ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka pentingkan diri.
Ibu yang perlukan ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka tidak sabar.
Ibu yang perlukan ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka tak sayangkan suami dan anak-anak mereka.
Hanya kerana kita tak boleh langsung berpisah dengan anak, janganlah hakimi ibu lain yang perlukan masa sendiri tanpa anak-anak.
Dengan keadaan betapa ramai nya ibu yang depresi dari hari ke hari, sungguh saya rasa posting tentang ‘tak perlunya me time’ tu teramatlah tak perlu.
Jika seorang ibu itu nampak begitu penat, kurang terurus, mudah lupa dan cepat marah-marah dengan anak, ketahuilah dia sedang diambang depresi. Dia perlukan rehat yang cukup untuk dia bertenaga kembali untuk dirinya, untuk suami dan anak-anak. Kerana dia amat sayangkan keluargalah, dia minta Me Time itu untuk dia re-charge.
Trust me, some of us need occasional ‘me time’ just to stay sane.
Let’s try to be understanding rather than being judgmental, okay!
Penjagaan kesihatan pergigian adalah sangat penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak. Ia adalah penting untuk memastikan kita dapat mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.
Oleh yang demikian, setiap ibu bapa haruslah memandang serius perkara ini dan memastikan anak-anak melakukan rutin penjagaan gigi dengan baik sejak dari kecil lagi.
Pemeriksaan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali haruslah menjadi amalan dalam keluarga agar rawatan dalam dijalankan dengan segera jika terdapat kerosakan pada gigi.
Ajar Anak Jaga Gigi
Sejak anak masih kecil, ibu ayah perlu ajarkan pada anak tentang kepentingan menjaga Kesihatan gigi. Biarpun gigi susu, Kesihatan gigi serta kebersihan mulut tetap perlu dijaga untuk keselesaan anak.
Beberapa perkara yang boleh ibu ayah lakukan untuk ajar anak menjaga gigi adalah:
Sebenarnya sebelum anak ada gigi pun ibu ayah dah boleh bersihkan mulut mereka. Gosok perlahan dengan kain yang dibasahkan pada bahagian gusi dan lidah. Dengan cara ini, anak-anak akan terbiasa menjaga kebersihan mulut dan mudahlah untuk ajak mereka gosok gigi.
Carilah ubat gigi berperisa dan sesuai untuk kanak-kanak serta berus gigi yang comel-comel untuk buat anak teruja. Paling penting, ketika meminta anak untuk menggosok gigi kita juga perlu buat perkara yang sama.
Kadang-kadang dah menjadi tabiat anak suka minum susu sebelum tidur mahupun semasa sedang tidur. Kesan susu sepanjang malam akan menyebabkan bakteria berkumpul dalam mulut dan menyebabkan kerosakan gigi anak.
Jaga pemakanan anak
Tak salah kalau anak nak makan aiskrim, coklat atau gula-gula selagi tidak berlebihan. Namun perlulah di bawah pengawasan dan pastikan gigi anak digosok selepas mereka makan makanan manis sebelum masuk tidur. Makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula akan menyebabkan kaviti dan gigi berlubang.
Rajinkan berkumur
Jadikan tabiat seperti mana kita membasuh tangan selepas makan, amalan berkumur juga dapat membantu menjaga kebersihan gigi dan mulut. Pastikan anak berkumur sekurang-kurangnya tiga kali semasa membasuh mulut untuk ‘bilas’ segala kekotoran yang mungkin ada.
Bawa anak ke klinik pergigian
Sangat penting untuk bawa anak-anak berjumpa doktor gigi bagi memeriksa tahap kesihatan gigi mereka. Disarankan bawa anak-anak ke klinik pergigia setiap enam bulan. Pemilihan klinik gigi yang bersesuai juga adalah penting kerana tidak semua klinik pergigian menawarkan perkhidmatan moden dan mempunyai peralatan moden dan terkini.
Tahniah! Klinik Pergigian Anitawaty merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi Klinik Pergigian Keluarga Pilihan Keluarga
Klinik Pergigian Pilihan Keluarga
Klinik Pergigian Anitawaty ditubuhkan pada April 2004 berpusat di Premis Perniagaan Subang Perdana. Bermula dengan kakitangan seramai dua orang sehinggalah kini mempunyai organisasi seramai 6 orang kakitangan sepenuh masa dan juga locum bertugas di dua premis.
Bagi Klinik Pergigian Anitawaty ini, mereka amat mementingkan kualiti dan bukannya kuantiti agar mereka dapat meluangkan masa yang optimum untuk mendengar kebimbangan pelanggan dan menerangkan semua pilihan dan prosedur yang tersedia.
Istimewanya Klinik Pergigian Anitawaty ini adalah kerana ia menawarkan penjagaan dan perkhidmatan pergigian yang komprehensif untuk semua peringkat umur, daripada golongan muda, dewasa dan warga emas.
Ubat Gigi Kasturi
Selain fokus dalam memberi perkhidmatan pergigian pada pelanggan, Klinik Pergigigan Anitawaty juga mempunyai beberapa rakan sokongan seperti pihak pembekal ubat, pembekal peralatan dan maintanance serta makmal-makmal pergigian.
Mereka juga bekerjasama dengan rakan strategik perniagaan iaitu Manarah Cure Sdn Bhd dengan mengeluarkan produk kesihatan seperti ubat gigi kasturi, Kastury gel mandian organic, Kastury antiseptic, Kastury penyegar muka, Kastury penyegar mulut serta Manarah vitamin C.
Klinik Pergigian Anitawaty turut aktif memberikan seminar dan menjadi konsultan berkenaan penjagaan kesihatan pergigian kepada mana-mana badan swasta mahupun kerajaan yang inginkan perkhidmatan mereka.