Setelah dua bulan berumahtangga, bahagiannya makin dirasai buat pasangan ini. Fasha Sandha akhirnya kini berbadan dua.
Lebih manis lagi apabila aktres ini memberikan kejutan kepada suaminya, aktor Aidil Aziz dalam satu sesi fotografi. Sebuah penguji kehamilan dibalut di dalam kertas bercatit nota cinta dari Fasha.
Kandungan pertama bagi pasangan ini dijangka akan dilahirkan pada 2 Februari 2020. Aidil berkongsi video tersebut di Instagram menyaksikan wajahnya yang terkejut dan sebak tatkala menyambut berita gembira itu.
itsaidilaziz Surat cinta daripada isteriku pagi tadi.
Terima kasih isteri
.
Due date doktor kira sepatutnya 2 Feb 2020, ni kes terlebih pening atau terlebih excited kot sampai salah tulis ?harap2 baby keluar masa kita punya anniversary dating 11 Feb ???
itsaidilaziz Tangisan Ramadhan?
Kena surprised masa photoshoot dekat studio @pinography .
Thanks Allah,Isteri & Family.
BELUM SEMPAT MEMBUAT PEMERIKSAAN
Dalam laporan Harian Metro, Fasha memberitahu kandungannya baru berusia tiga minggu dan belum berkesempatan bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut.
SERING MUNTAH & KITARAN HAID LEWAT
Ibu kepada Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima ini mengakui dia berasakan perubahan pada dirinya sudah mengandung apabila kebelakangan ini sering muntah.
Menurutnya, ketika itu dia terfikir mungkin tersalah makan, bagaimanapun kitaran haid lewat membuatkannya mengesyaki sedang berbadan dua.
“Perasaan semakin kuat mengatakan saya mengandung apabila pagi tadi berasa tidak sedap badan.
MEMBUAT UJIAN SEBELUM KE STUDIO
Ia adalah sebenar-benar kejutan buat Fasha, apatah lagi buat Aidil. Kata Fasha ujian kehamilan dilakukannya hanya sejurus sebelum berangkat ke studio untuk sesi fotografi berkenaan.
“Sebelum datang ke studio fotografi saya terus melakukan ujian menggunakan alat ujian kehamilan dan Alhamdulillah positif,” kata Fasha.
SYUKUR HAJAT MILIKI ANAK CEPAT DIMAKBULKAN
Aktres jelita ini juga memanjatkan kesyukuran dan tidak sangka hajat Aidil untuk memiliki cahaya cepat dimakbulkan.
“Cuma, saya tidak mahu komen banyak sangat mengenai kehamilan ini kerana masih di peringkat awal. Apapun saya bersyukur kerana hajat Aidil untuk cepat dapat anak termakbul,” katanya.
AIDIL GEMBIRA, MOHON KANDUNGAN & ISTERI SIHAT
Sementara itu, Aidil tidak menafikan perasaan teruja dan gembiranya. Dia bagaimana pun tidak mahu bercerita lanjut memandangkan usia kandungan masih kecil.
“Saya sangat gembira, tetapi dalam waktu sama tidak mahu bercerita lanjut kerana usia kandungan masih baru. Selalunya perkara seperti ini dikongsi selepas usia kandungan berusia tiga bulan.
“Kepada peminat saya mengharapkan mereka mendoakan perkara yang baik supaya kandungan dan isteri sihat serta selamat sepanjang proses mengandung ini,” katanya pelakon ini.
Sumber: itsaidilaziz & Harian Metro
Artikel berkaitan: Lucu Tapi Tersentuh Hati Tengok Video Anak Fasha Sandha Minta Adik Kecil Daripada Ibunya