Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kasih seorang anak tak kenal batas. Ini jelas kelihatan apabila seorang pemuda sanggup berikhtiar mencari tangki air untuk membawa ibunya yang menghidap asma meredah banjir di Kampung Sri Kulim, Melor, Kota Bharu Kelantan.
Memetik laporan Bernama, Mohammad Shaher Rahalim, 33, berkata bersama beberapa rakan dia mengambil inisiatif mencari tangki air bagi mengangkut keluar ibu, Rosliza Ibrahim, 58, yang kesejukan akibat rumah mereka dimasuki air sedalam dua meter.
“Ibu menghidap asma sejak 20 tahun lepas dan dia tidak bole berada dalam keadaan kedinginan.
“Saya berusaha menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bot penyelamat namun selepas menunggu lebih dua jam dan melihat keadaan ibu semakin serius, saya serta rakan mencari ikhtiar bagi membawanya keluar.”
Ads
Anak sulung itu berkata sebaik diselamatkan dan berjumpa semula dengan adik, Nur Shasabila, 26, mereka menunggu pula bapa, Rahalim Ismail, 61, yang dibawa keluar dengan bot penyelamat Jabatan Pertahanan Awam.
Mohamad Shaher berkata walaupun ibu bapanya sudah dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, mereka mash tidak dapat mendaftar kerana jumlah mangsa banjir sudah terlalu ramai di PPS tersebut.
Ads
“Kami kemudian memutuskan untuk membawa ibu bapa ke rumah saya di Kampung Alor Bakat bagi membolehkan mereka berehat dengan lebih selesa dan kesihatan terjaga,” katanya. Dia juga bercadang untuk mendaftarkan ibu bapanya di mana-mana PPS berdekatan esok.
Ads
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak merupakan anugerah terindah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Kehadiran mereka bersama amanah dan tanggungjawab yng sangat besar. Bukan mudah untuk melalui fasa ketika anak-anak sedang membesar.
Bila kita marah-marah dan naik angin kerana anak buat perangai, akan terlintas adakah kita ibu ayah yang baik untuk mereka? Rasa menyesal dan sayu bila melihat wajah polos anak ketika dimarahi. Entah sampai bila nak lalui saat begini pun tak pasti.
Menurut Terapis Cara Kerja yang juga merupakan penulis keibubapaan, Siti ‘Aisyah Rozalli mustahil untuk kita menjadi ibu ayah yang sempurna.
Ikuti penulisan ini;
Mustahil untuk jadi PERFECT PARENTS. Saya personally tak suka bila anak saya peluk-peluk dan meleset 😅 Saya akan rasa rimas. Jadi, 50% dari waktu anak saya peluk saya, saya akan biar mereka peluk sambil berusaha menahan ketidakselesaan saya.
50% lagi, saya akan cakap “mama berpeluh, busuk-busuk”. Dan saya akan ganti dengan saya yang peluk mereka, atau pegang tangan mereka erat-erat.
Mustahil untuk jadi PERFECT PARENTS. Ada parents yang kata, suara anak menjerit dalam rumah buat mereka sangat pening kepala. Jadi, ada hari yang mereka akan tahan saja sakit kepala sebab mengenangkan anak-anak sedang menjerit sebab gembira bermain sesama mereka.
Namun, ada hari yang mereka akan kurung diri dalam bilik sebab tak tahan dengan bunyi bising. Dan ada hari yang mereka akan marah anak yang bising.
Mustahil untuk jadi PERFECT PARENTS. Ada parents yang sangat risau dengan masa depan anak mereka. Sangat risau kalau anak keciciran pembelajaran. Sebab, bagi parents ini, ilmu itu sangat penting untuk dikuasai. Tapi, mereka tahu yang setiap anak ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Jadi, ada waktu yang mereka cuba pujuk diri sendiri bila lihat keputusan anak kurang cemerlang di sekolah. Tapi, ada waktu yang mereka drill anak untuk belajar subjek yang anak lemah. Kadang siap tinggi suara sekali. Tapi, kemudian mereka berfikir semula. Patut ke? Tak patut ke?
Mustahil untuk jadi PERFECT PARENTS. Sebab? Kita semua beza-beza. Kita semua ada kesukaan yang tak sama. Kita semua ada level stress yang tak sama. Kita semua ada kecenderungan yang pelbagai.
Yang penting… Kita jangan stress kan parents lain dengan cara mereka yang berbeza tu. Bantu supaya mana-mana yang ekstrim, boleh usaha jadi sederhana, dengan penuh hikmah dan kesabaran.
Nobody can be you. You cannot be like anybody. You do you. Sebab… Semua parents berusaha sebenarnya. Semua parents struggle sebenarnya. Kan?
Ada benarnya perkongsian ini kerana mungkin kita terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi pada diri sendiri sehingga terasa tak cukup sempurna untuk anak-anak. Sudah tentu kita hanya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak jadi kita sentiasa berusaha untuk terus memberikan semampu yang kita boleh demi kesejahteraan mereka.
Gelagat si comel Ardy Wira, anak pelakon dan penyanyi, Betty Rahmad seringkali mencuri tumpuan wargamaya dengan kepetahannya bercakap.
Bahkan Wira juga sudah pandai membaca ayat Al-Quran dengan baik menerusi beberapa perkongsian video ibunya di media sosial.
Terbaru, Wira terus menjadi kesayangan dan buah hati semua bila mana melaungkan azan buat pertama kalinya biarpun usianya kini baru mencecah empat tahun sepuluh bulan. Memang luar biasa!
Menerusi perkongsian tersebut, Ardy Wira atau lebih mesra disapa Wira kelihatan memakai baju tidur pijama berwarna biru gelap dan memakai kopiah berdiri serta melaungkan azan maghrib di rumah mereka.
“MashaAllah TabarakaAllah. Segala puji bagi Allah SWT. Wira first azan,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Alunan merdu kalimah Allah itu sudah semestinya mampu mencairkan hati seorang ibu, begitu juga pengikut setia Wira di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa bangga dan sebak apabila melihat reaksi Wira.
Malah, ramai yang memuji cara didikan Betty kerana berjaya mendidik anaknya dengan ilmu agama dan akhlak yang cukup baik.
Terdahulu, anak kepada pasangan Betty Rahmad dan Ardy Damis ini pernah mencuri perhatian apabila dia kelihatan tidak kekok dan lancar membaca Al-Quran beserta taranumnya malah cukup petah berkata-kata.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
“Dah kenapa dari tadi awak asyik mengamuk ni, penatlah mama nak layan!.” Ia adalah perkara normal bila tiba-tiba anak buat perangai tanpa kita ketahui puncanya. Sebenarnya dia cuma nak melahirkan perasaannya, tapi tak tahu bagaimana. Sebelum marah-marah, eloklah kita ambil tahu mengapa mereka buat begitu.
Biasanya kita berhadapan dengan hal begini dengan memarahi anak-anak. Itu membuatkan emosi anak semakin terganggu dan mereka merasakan kita tidak sayangkan mereka. Menurut perkongsian dari Dr Luqman Bukhari, cara menangani anak yang sedang tantrum adalah dengan memeluk mereka.
Anak Tantrum, Ibu Ayah Mengamuk!
Takutnya bila tengok ada parent yang tiba-tiba naik hantu sama bila anak meragam dan mengamuk tak tentu hala.
Bukan Nakal, Anak Cuma Mahukan Perhatian
Selalunya budak jadi macam tu bukan sebab dia orang nakal. Tapi hati mereka rasa kurang kasih sayang, tak dapat cukup perhatian. Cuma yang sedihnya dia tak pandai nak ekspresikan perasaan tu dalam bentuk perkataan.
Itu yang kita nampak kelakuan dia pelik-pelik. Semata-mata nak tarik balik perhatian parent pada dia.
Patutnya bila berlaku keadaan tu, kena segera rawat balik luka kat hati anak tu. Ubat paling efektif, kita cepat-cepat peluk dan cium anak seikhlas hati. Tunjukkan yang kita sebenarnya prihatin.
Dengan pelukan tu, bonding antara parent dan anak jadi menguat balik sebab masa tu badan akan keluarkan hormon oxytocin dan dopamine. Hormon-hormon ni lah yang rangsang kita semua kembali rasa tenang dan gembira.
Ada Ikatan Kuat, Anak Senang Dengar Kata
Dan yang paling best, biasanya anak yang ada ikatan kuat dengan parent mudah sangat nak dengar nasihat dan teguran. Sebab tu anak yang rapat dengan orang tuanya kita boleh nampak motivasi dalam diri mereka sangat hebat!
Saya selalu pesan pada isteri. Kita mesti biasakan tabiat peluk dan cium anak-anak masa mereka kecil lagi. Supaya anak-anak tak rasa janggal nak tunjukkan rasa sayang pada kita bila dia orang dah makin dewasa nanti.
Mudah-mudahan.
#notaDrALB
Sebenarnya anak-anak tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan mereka. Perasan atau tidak, kadang-kadang bila mereka ajak kita bersembang, kita pula sibuk dengan hal lain? Biasanya yang menjadi ‘musuh ketat’ anak adalah handphone! Sibuk sangat kita dengan handphone sehinggakan anak bercakap pun kita tak peduli. Bila anak tantrum tak dilayan, kita marahkan mereka.
Mungkin kita boleh adakan sesi khas untuk berborak dengan anak-anak setiap hari. Dalam sesi itu, tiada sebarang gangguan luar dibenarkan. Hanya kita dan anak-anak. Ambil tahu apa yang mereka mahu ketika itu. Dengan cara ini sebenarnya bonding akan menjadi lebih kuat dan kita dapat sama-sama berkongsi keinginan.
Kes seorang kanak-kanak enam tahun yang maut kerana tersepit di celah meja lipat banyak membuka mata orang ramai akan bahayanya yang tidak boleh dipandang ringan.