Berita

Tangki Air Jadi Harapan, Anak Selamatkan Ibu Asma Dalam Banjir

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kasih seorang anak tak kenal batas. Ini jelas kelihatan apabila seorang pemuda sanggup berikhtiar mencari tangki air  untuk membawa ibunya yang menghidap asma meredah banjir di Kampung Sri Kulim, Melor, Kota Bharu Kelantan.

Memetik laporan Bernama, Mohammad Shaher Rahalim, 33, berkata bersama beberapa rakan dia mengambil inisiatif mencari tangki air bagi mengangkut keluar ibu, Rosliza Ibrahim, 58, yang kesejukan akibat rumah mereka dimasuki air sedalam dua meter.

“Ibu menghidap asma sejak 20 tahun lepas dan dia tidak bole berada dalam keadaan kedinginan.
“Saya berusaha menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bot penyelamat namun selepas menunggu lebih dua jam dan melihat keadaan ibu semakin serius, saya serta rakan mencari ikhtiar bagi membawanya keluar.”

Anak sulung itu berkata sebaik diselamatkan dan berjumpa semula dengan adik, Nur Shasabila, 26, mereka menunggu pula bapa, Rahalim Ismail, 61, yang dibawa keluar dengan bot penyelamat Jabatan Pertahanan Awam.

Keadaan banjir di Kelantan

Mohamad Shaher berkata walaupun ibu bapanya sudah dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, mereka mash tidak dapat mendaftar kerana jumlah mangsa banjir sudah terlalu ramai di PPS tersebut.

“Kami kemudian memutuskan untuk membawa ibu bapa ke rumah saya di Kampung Alor Bakat bagi membolehkan mereka berehat dengan lebih selesa dan kesihatan terjaga,” katanya. Dia juga bercadang untuk mendaftarkan ibu bapanya di mana-mana PPS berdekatan esok.

Sumber: Bernama

 

 

Published by
Nor Yusoff