Tercari-cari menu sarapan pagi atau minum petang untuk anak? Jangan susahkan diri mencuba menu sukar tetapi tidak menyihatkan buat anak.
Cuba resipi gabungan sayur dan keju ni pada anak. Resipinya ringkas tetapi kaya dengan taburan sayuran dan keju yang pastinya buat anak makin berselera. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Norzila Omar ni.
Resepi ni sangat sesuai kalau buat sarapan pagi ataupun sebagai kudapan pada petang hari. Kalau ada anak-anak yang susah nak makan sayur tu, Kak Zie sarankan korang cuba resepi ni, pasti anak-anak suka! Rasa cheese yang lemak masin, pastu bila keluar dari oven, makan panas-panas, rangup, krup krap krup krap…perggghhhh.
BAHAN-BAHAN BATTER
4 biji telur
1 sdk serbuk lada hitam
10 gm baking powder
4 sdb minyak zaitun (minyak masak biasa pun ok jer)
4 sdb susu cair
120gm tepung gandum
SAYUR-SAYURAN
2biji kentang (diparut kasar)
2 batang lobak merah (diparut kasar)
1 batang daun bawang (daun bawang yg batang besar – Chinese leek)
250gm kobis – hiris halus
2 batang cili merah
1 pokok daun saderi
100 gm cheddar cheese untuk topping (gunakan cheese mozzarella pun ok)
Sayuran yang diperlukan. Parut kentang, lobak merah. Hiris daun bawang, kobis, lada merah dan daun saderi.
IKLAN
Gaul dan satukan kesemua sayur.
Pukul telur. Masukkan kesemua bahan untuk batter kecuali tepung. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum.
Gaul hingga dapat batter begini.
IKLAN
Campurkan batter dan sayur-sayuran dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam tray yang dah dialas dengan kertas.
Ratakan dan bakar dalam oven pada suhu 180°c selama 25 minit.
IKLAN
Selepas 25 minit, keluarkan dari oven dan tabur cheese kat atas adunan dan sambung bakar lagi 25 minit pada suhu yang sama.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ikan merupakan penyumbang nutrisi yang tinggi kepada tubuh manusia kerana memiliki khasiat yang berganda. Selain ikan merah dan salmon yang memiliki nutrisi tinggi, ikan tenggiri juga sesuai dijadikan dalam menu harian anak.
Ikan tenggiri memiliki jumlah protein dan kalsium yang baik untuk pembentukan otot kanak-kanak malah mempunyai sumber vitamin K, Vitamin C dan juga B1. Selain ikan tenggiri, ikan dengan isi lembut lain seperti salmon, tuna dan ikan merah juga merupakan jenis ikan tepat untuk diberikan kepada anak-anak kita.
Resipi bubur ikan tenggiri yang disediakan oleh ibu ini, Nor Haidah Md Said antara resipi bubur yang boleh disediakan buat bayi kita. Nampak pun sedap!
Bahan-bahan:
Bubur nasi
kentang
Lobak
Sederi
Sweet peas
Ikan tenggiri
Bawang putih dan halia -ditumbuk
Tumiskan dengan bawang besar dan bawang putih yang dicincang. Tumis sampai lembut dengan api slow.
Kemudian masukkan dalam bubur.
Ikan tenggiri perap kejap dengan bawang putih dan halia tumbuk.
Kemudian letak minyak sikit kat pan, grill macam biasa, guna api slow.
Dah masak asingkan tulang dan hancurkan.
Bila bubur dah kembang, masukkan isi ikan, padam api dan gaulkan sekata.
Siap.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memikirkan menu sahur simple adalah perkara yang merunsingkan kebanyakan ibu, terutamanya buat anak kecil yang baru belajar berpuasa. Jangan gusar! dikongsikan resepi sahur mudah yang dapat meningkatkan selera mereka.
Tip bantu anak menahan lapar dahaga sepanjang puasa
Sebelum kami kongsikan menu sahur simple tetapi mampu menaikkan selera anak, jom ketahui cara untuk membantu mereka dapat berpuasa. Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh individu dewasa yang sihat. Bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Tetapi bagaimana jika si kecil ingin berpuasa? Mampukah mereka untuk berpuasa?
Sudah tentu mereka boleh! Bahkan ia amat digalakkan jika mereka menunjukkan minat untuk berpuasa walaupun belum memasuki usia yang diwajibkan berpuasa.
Sebagai ibu bapa, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk memudahkan anak berpuasa dan bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadah tersebut dengan selamat:
Sentiasa berikan sokongan kepada anak terutamanya jika ini adalah kali pertama mereka berpuasa
Galakkan anak berpuasa secara berperingkat supaya tubuh mereka dapat membiasakan diri untuk tidak makan selama berjam-jam
Sarankan anak berpuasa puasa dengan kurma dan/atau air
Nasihatkan anak untuk makan hidangan iftar atau berbuka puasa secara perlahan-lahan
Pastikan diet harian anak tetap mengandungi semua kumpulan makanan seperti bijirin, daging, buah-buahan dan sayuran
Galakkan anak untuk minum air secukupnya antara waktu berbuka puasa dan makan sahur – 6-8 gelas sehari. Pilihan minuman boleh terdiri daripada jus segar dan susu
Resepi sahur mudah untuk anak
Berdepan kerenah anak yang cerewat makan semenangnya boleh menguji kesabaran, apatah lagi jika dalam bulan Ramadan, anda pastinya akan lebih tertekan. Apa kata anda cuba menu sahur simple dan mudah berikut untuk memastikan si kecil kenyang sepanjang tempoh berpuasa.
Susu kurma dan badam
Susu kurma yang dicampur badam adalah cara terbaik untuk memulakan hari. Minuman lazat ini pastinya dapat menjadi kegemaran anak. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga buat si manja, tetapi turut membuatkan mereka kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
Lempeng pisang madu
Lempeng yang lembut dan gebu pastinya boleh menarik perhatian anak untuk bersahur dan ia juga mengenyangkan. Selain itu, lempeng merupakan antara menu yang mudah untuk disediakan pada waktu sahur.
Untuk menjadikan ia lebih menarik, jangan lupa menambah madu dan juga pisang untuk memberikan tenaga tambahan buat mereka!
Nasi goreng telur
Nasi goreng adalah salah satu menu kegemaran kebanyakan individu, termasuk kanak-kanak. Menu yang satu ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu sahur simple kerana ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dalam masa singkat.
Untuk versi sihat, elakkan daripada menambah nuget atau sosej kegemaran anak. Sebaliknya, masukkan bahan yang lebih sihat seperti pelbagai jenis sayur seperti kubis, brokoli, lobak merah atau kacang pis supaya keperluan serat anak anda dikekalkan.
Di samping itu, anda juga boleh menambah telur mata atau telur dadar sebagai sumber protein haiwan yang baik untuk anak.
Omelet keju brokoli
Telur adalah sumber protein yang sangat baik untuk kanak-kanak yang semakin meningkat umur, dan telur dadar merupakan antara menu sahur yang boleh ibu sediakan.
Buatkan telur dadar dengan potongan brokoli, kacang pis serta bayam. Pastikan juga anda memasukkan keju supaya keperluan vitamin dan mineral anak anda dipenuhi sepanjang hari.
Nuget tauhu sayur
Nuget antara makanan digemari kanak-kanak disebabkan rasa dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik. Jadi apa kata anda sediakan nuget sendiri? Anda boleh menyiapkannya pada waktu malam dan meletakkannya di dalam penyejuk beku atau sejuk. Jadi, apabila tiba waktu sahur, anda hanya perlu menggorengnya.
Untuk menjadikannya lebih sihat, buat versi nuget dengan menambah lobak merah dan tauhu. Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Semoga resepi sahur mudah yang dikongsikan di atas dapat memberikan anda idea untuk hidangan si kecil sahur nanti. Selamat mencuba!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali ke kedai bakeri atau roti, Portugis Eggs Tart sudah semestinya menjadi menu wajib untuk dibawa pulang ke rumah. Tart rangup dengan inti filling yang lembut dan berlemak buat suapan tidak cukup satu.
Tak perlu beli, apa kata sepanjang PKP ini anda cuba hasilkan sendiri di rumah buat anak-anak. Amat mudah dan sudah semestinya sedap dengan resipi perkongsian cikgu popular, Azlina Ina. Sedap!
Siapa suka makan portugis eggs tart? Kalau pergi pasaraya mesti terbeli kalau lalu kedai roti kan. Mak pun sama heheh. Lepas ni boleh buat sendiri ek. Tengah hot kat bakery mak sekarang 3 RM10.
Portugis eggs tart melting
Bahan-bahan:
Instant Puff pastry
*Filling*
Telur penuh 20g (telur biasa kuning dan putih)
Telur kuning 2 biji
Gula kastor 45g
Susu 75ml
Esen vanila
Whipping cream 150ml
Kacau rata telur penuh dengan telur kuning, gula kastor, susu dan esen vanila hingga sebati. Kemudian baru masukkan whipping cream. Kacau lagi.
Ok lapik plastik dulu bawah pastry kemudian tekan kan dengan cawan.
Masuk dan kemaskan dalam acuan tart. Kemaskan bahagian atasnya.
Cara kemaskan tekan ikut bentuk dia saja.
Lepas tu tuangkan filling tadi.
Siap.
Bakar dalam oven 25 minit suhu 160-170 ikut oven masing-masing ya. Bila nampak keperangan tu dah masak la tu dan puff dia nampak garing. Guna api atas dan bawah.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!