Bila anak demam, ibu dan ayah mesti rasa susah hati. Tanpa sedar ada kesilapan yang dibuat oleh ibu bapa bila anak demam.
Menangani anak kecil demam tak sama caranya dengan orang dewasa. Mungkin ada cara rawatan yang dilakukan oleh ibu bapa ketika anak demam selama ini tidak betul.
Menyedari hal tersebut, sebagai pengamal perubatan Dr.Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai DrRich DrRahim menerangkan perkara yang betul tentang isu anak demam.
Menurutnya ketika demam ramai ibu bapa akan bertindak memandikan anak dengan harapan dapat menurunkan suhu badan anak yang panas. Sebenarnya tindakan tersebut adalah satu kesilapan. Baca penjelasan Dr.Abdul Rahim.
ILMU KESIHATAN. Artikel 374.
Doc Boleh Tak Anak Saya Mandi ketika Demam?
Soalan di atas banyak di soal pesakit doc ketika doc merawat pesakit di klinik. Doc rasa tanggungjawab memberi penjelasan di bawah supaya InsyAllah anak bangsa doc pandai jaga anak ketika mereka demam. Harap jangan pengaruh orang keliling tapi doc harap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yang betul. OK!
Ads
Apa itu demam?
Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 3-37.5 Celcius iaitu lebih 37.5 C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu.
Itulah kita sebagai emak bapa relax je jika bayi tu tetap aktif bermain, minum & makan OK. Tak perlu beri ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.
Cara turunkan panas badan anak
Doc senaraikan cara-cara menurunkan suhu tubuh bila demam. Gunakan kain tuala kecil di basahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut,leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ini bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori & mudah mengeluarkan panas dari dalam tubuh.
Ads
Adalah satu KESILAPAN jika anda:
1. Menggunakan air sejuk, air ais, atau ketul sebab hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi meningkatkan lagi suhu badan, kerana air yang dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yang dibawa darah ke kulit terhalang.
2. Apatah lagi bila demam ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kesian si anak lagi menggigil serta lagi naik demamnya. Jika emak ayah demam, cuba terus mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar apatah lagi mandi air sejuk.
Ads
3. Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis & longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke mormal.
4. Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas!
5. Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas dibolehkan tapi air yang digunakan harus air yang hangat suam, jangan air sejuk. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala & terus cepat tutup badan dengan pakaian.
6. Anak tak perlu makan ubat jika ia demam tapi boleh main, makan minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38 C. Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit, ini tanda infeksi kuman/virus tak dapat dilawan. Segeralah bawa ke doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.
*Nasihat doc. Segera rawat DEMAN ANAK ANDA. ELAKNYA drp SAWAN PANAS TARIK “Febrile Fit”
Sumber: DrRich DrRahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu, pasangan selebriti Akim dan Ummu Shaikhah Stacy Anam turut berkongsi pilihan nama ringkas untuk anak lelaki mereka.
Kongsi Akim menerusi satu petikan akhbar, dia dan Stacy sepakat memilih nama ringkas iaitu Isa untuk bayi lelaki mereka.
Malah kata Akim lagi, nama ringkas itu dipilih kerana ia cukup dekat dengan nama dua anaknya yang lain.
“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella,” kongsinya.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Akim turut berkongsi rasa terujanya saat melalui detik kelahiran anak keduanya ini.
Berkongsi keterujaan itu, Akim yang juga bapa kepada seorang cahaya mata turut berkongsi rasa terharunya bila mana dapat menemani Stacy di dewan bersalin.
Paling menyentuh hati kata Akim lagi, dia dapat mengazankan anak lelakinya.
“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu tadi dalam dewan bersalin buat pertama kalinya.
“Tidak dapat saya gambarkan perasaan saya waktu itu, sangat luar biasa.
“Selain itu, saya diberi peluang untuk bersama anak saya dalam sesi khas untuk mengukuhkan ikatan antara ayah dan bayi yang baru lahir,” jelas Akim lagi.
Terdahulu, Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Eshaal Afiq Akim, 5 dan putera yang baru dilahirkan, Isa.
Pasangan penyanyi ini juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella De Luna Valentina yang kini berumur 10 tahun.
Sebelum ini kita mengikuti pengalaman daripada para ibu yang pernah cuba mendapatkan perkhidmatan homebirth dengan doula. Kali ini terapis pula yang berkongsi pengalaman ketika memberikan perkhidmatan kepada ibu-ibu yang bersalin dengan cara ini.
Perkhidmatan terapis banyak digunakan semasa ibu berpantang untuk memberikan urutan. Tidak seperti kebanyakan ibu bersalin yang lain, pihak terapis terkejut dengan keadaan ibu dan bayi yang melahirkan menggunakan kaedah homebirth/ natural birth dengan doula.
Ibu didapati mengalami kesakitan teramat sangat selepas bersalin, koyakan pada faraj yang teruk dan situasi bayi yang terdedah kepada pelbagai keadaan yang berbahaya. Lebih mengerikan apabila ibu menunjukkan tanda-tanda meroyan dengan ketawa dan menangis seorang diri. Berikut ialah perkongsian Madam Suez.
Terkedu lihat tali pusat bayi belum dipotong & uri kering di sebelah bayi. Ibu pula ketawa menangis sendirian semasa diurut, mungkin simptom meroyan.
Masih terbaring lemah pada hari ke-5, sakit bila dipegang dan tidak sedia untuk diurut. Alami koyakan hingga ke punggung dan tidak ambil apa-apa ubatan.
Ibu juga alami rengat dan hanya mengikut sahaja ilmu daripada doula. Manakala suami hanya mengikut kehendak isteri bulat-bulat.
Ameera Zaini berkongsi tips bagaimana dia telah berjaya wean off atau menghentikan penyusuan susu ibu kepada anak. Mudah rupanya tapi ibu mesti konsisten dan cekal.
Bagi ibu yang menyusukan anak, memang agak sukar untuk memutuskan penyusuan susu ibu. Ini kerana penyusuan susu ibu bukan sekadar memberikan susu tetapi ia melibatkan ikatan emosi antara ini dan anak.
Ameerai berkongsi tip di Instagram tentang caranya memutuskan penyusuan susu ibu dengan anaknya, Mateen yang kini berusia 2 tahun 2 bulan.
Sebelum ini Ameera mengakui yang dia sudah pun menggunakan pelbagai cara untuk menghentikan penyusuan kepada Mateen.
Selalunya apabila masuk ke dalam kereta Mateen akan meminta susu. Apa yang dilakukan pengacara ini ialah buat-buat menangis dan sakit. Kata nak pergi jumpa doktor. Tak lama kemudian anaknya tertidur sendiri.
Selalunya Mateen akan cuba memujuk Ameera untuk menyusu dengan perlahan, tak mahu ibunya sakit.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...