Bila anak masuk sahaja kereta, mesti mak atau ayah akan bertanya “macam mana sekolah hari ini”. Soalan simple dan general yang semacam itu susah anak nak kembangkan jika dia tidak tahu cara hendak bercerita. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak berusia lima tahun atau pra sekolah.
Cuma mak ayah kembangkan soalan jadi lebih menarik. Macam mana? Ini yang dikongsikan oleh Siti Noor Izwani Bahaudin, Terapis Pertuturan Bahasa. Jom praktis!
TAMBAH BAIK SOALAN BERSAMA ANAK SELEPAS SESI PERSEKOLAHAN
Pernah dak ibu bapa mengalami situasi di mana apabila ibu bapa bertanya, “How was your day?” atau “Macam mana sekolah harini?”, kemudian anak menjawab, “Good” atau “OK la” atau “Hmmm”.
Komunikasi terhenti di situ.
Jadi, mari kita cuba tambah baik soalan apabila bertanya kepada anak supaya soalan kita lebih spesifik dan bermakna.
Anak pun akan senang respon dan seronok bercerita bersama ibu bapa.
Nak tanya soalan apa? Di bawah ini turut dikongsikan contoh-contoh soalan untuk panduan mak ayah. Kita kembangkan soalan kita lebih dari biasa.
Ads
1. Siapa yang buat kamu gembira hari ini?
2. Apa yang buat kami rasa berani hari ini?
3. Ada tak kawan buat sesuatu yang lucu hari ini?
4. Di mana tempat paling selamat di sekolah?
Ads
Macam-macam soalan mak ayah boleh tanya. Malah dari jawapan anak itu pula kita boleh kembangkan menjadi satu lagi soalan tambahan untuk anak. Barulah anak makin rancak bercerita.
Kita sebagai mak ayah pun boleh tahu perkembangannya pada hari tersebut. Simple!
Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Adik doakan mama papa tadi dekat sekolah” kalau anak-anak sentiasa menyebut tentang doa kepada kedua ibu bapanya, itu antara salah satu tanda kejayaan anda dan pasangan dalam mendidik anak-anak.
Impian setiap ibu bapa pastinya ingin mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Perkongsian daripada Puan Hjh.Zaharah Awang Ibu Zarah boleh menjadi penanda aras untuk kita mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.
Antara perkongsiannya:
Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Quran sekurang-kurangnya semuka sehari, puasa Isnin Khamis dan sebagainya… tambah lagilah untuk mendidik orang lain…maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak keadaan matlamat kita untuk anak-anak sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
Tuntutlah ilmu berterusan walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
JANGAN LABEL ANAK. BOLEH KATA ANAK MALAS TAPI JANGAN LABEL DIA ‘PEMALAS’. PANGGIL NAMA ANAK DENGAN NAMA YANG BAIK SEBAB ITU ADALAH LABELNYA.
Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. Jadi hamba Allah yang baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yang baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.
Anak bukan milik kita tapi amanah kepada kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jangan bawa anak-anak kepada kita, bawalah anak-anak kepada Allah.
Ibu sama dengan Ramadhan sebab ibu adalah madrasah anak-anak dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah untuk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.
Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yang sudah berkahwin dan ada anak-anak tidak terlambat untuk membuat kebaikan…didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.
Didiklah anak dengan Al Quran. Ibnu Sina hafiz pada masa umurnya 7 tahun. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah. Kita bukan hafiz tapi pastikanlah anak-anak sekurang-kurangnya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.
IBU BAPA PEMIMPIN KEPADA ANAK-ANAK. PEMIMPIN YANG BAIK ADALAH YANG BESAR PENGARUHNYA KEPADA ANAK. SEKARANG NI ANAK TADIKA LEBIH PERCAYA USTAZAH DI SEKOLAH DARI IBU BAPANYA. ANAK REMAJA LEBIH PERCAYA KAWAN DARI IBU BaAPANYA. AKHIRNYA IBU BAPA HILANG PENGARUH KERANA DUNIA TAPI SEMPADAN AMAT BESAR PENGARUHNYA.
Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dalam rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yang mencintai suaminya tapi tidak mempercayainya…
Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dengan membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
Niatkanlah kebaikan yang kita lakukan seperti sedekah banjir dan sebagainya tawasul anak menjadi baik. Contoh: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak-anakku..
Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana dia sayang diri kita. Contoh: kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus ruar-ruarkan… anak yang tak dapat elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita… jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai
Ibu bapa muhasabah diri, mohonlah hidayah dan agar mudah dalam mendidik anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar ibu kepada seorang anak lelaki, Ryan Sky Dalton, 7, melengkapkan hidup Ning Baizura dan suami dalam melayari kehidupan berumah tangga. Sejak mempunyai anak, Ning Baizura lebih selesa memberi tumpuan pada anak lelakinya itu.
Dengan kehidupan Ning yang lebih low profile dan bebas gosip, itu yang diharapkannya agar Ryan dapat membesar dan bebas seperti kanak-kanak seusianya. Ditambah pula untuk tahun 2020 ini, cabarannya agak besar.
Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, keterbatasan untuk Ryan bersosial bersama rakan-rakan juga terhad. Walaupun masa banyak dihabiskan di rumah, Ning dan suami sentiasa pastikan anaknya seperti seorang ‘kawan’ dan sentiasa memanfaatkan masa dengan aktiviti yang membantu perkembangan Ryan.
Semua ini dilakukan demi memastikan Ryan sentiasa ada aktiviti yang sesuai dengannya dan tak cepat bosan.
Sebelum ini, Ning sendiri akui mengalami tekanan ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, Mac lalu kerana terlalu banyak tawaran menyanyi dibatalkan.
Dalam mengharungi cabaran getir itu, penyanyi bersuara soprano ini bertuah kerana keluarga adalah sumber inspirasi untuk dirinya cekal dan tabah.
“Mujur saya dikelilingi keluarga yang sangat memahami. Dalam menghadapi situasi itu, bagi kami, komunikasi itu penting.
“Saya cuba hindari perasaan sedih dan atur perancangan supaya kehidupan jadi lebih baik demi masa depan anak,” katanya.
Mula belajar bisnes online
Sebagai persediaan masa depan, Ning berkata, sepanjang PKP, dia menambah pengetahuan dengan mempelajari selok membina perniagaan atas talian.
“Mahu atau tidak, kita kena akur situasi hari ini yang tidak sama dengan sebelumnya. Justeru, saya mengambil beberapa kursus perniagaan melalui pelantar digital.
“Rasa seronok apabila kita dapat belajar perkara baharu. Ini membuka mata kita melihat sesuatu daripada perspektif berbeza,” katanya.
Ning mengambil pendekatan ini kerana memikirkan masa depan Ryan yang masih jauh perjalanannya dan persediaan harus dimulakan awal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap orang ujian yang dilalui tak sama. Namun bagaimana seseorang itu menempuhinya terletak dalam diri kita sendiri. Ada orang hidupnya sempurna sejak dari kecil sehinggalah besar. Ada pula yang pernah melalui peristiwa hitam dalam hidup sehingga menjadikan diri lebih kuat.
Apa pun perjalanan hidup kita, percayalah Allah tempat kita bergantung harap. Asalkan niat yang baik untuk berubah ke arah kebaikan, pasti dipermudahkannya.
Seperti kisah seorang ibu muda ini yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom, ia begitu menyentuh hati kerana perjuangannya untuk tetap menjaga bayi dan menyusukan dengan susu ibu walaupun status anak itu tidak mempunyai ayah.
Tebus kesilapan lalu
“Assalamualaikum puan. Saya masih dalam perjalanan. Kalau saya lambat sikit boleh tak? Nanti tolak masa 3 jam tu..”
Biasanya saya buat kaunseling hampir 3 jam juga. Jadi ibu ini minta izin untuk mula lewat tapi habis pada masa yang sama.
Saya ringkas jawab, “Boleh..”
Kemudian saya pesan kepadanya supaya tak tergesa-gesa. Bimbang kalau suaminya terpaksa bawa kereta laju-laju untuk sampai awal.
Selepas 1 jam setengah lebih kurang, ibu muda ini dan adiknya sampai dengan seorang bayi.
“Naik apa?”, tanya saya.
“Naik bas kak..”, tersipu malu dia jawab.
“Suami kerja?”, tanya saya.
“Saya tak ada suami…”, jawabnya sambil tertunduk.
“Maaf akak nak tanya, awak belum bernikah?”
Dia menggeleng kepala. Allahu.. Serba salah pula saya melihat dia bersusah payah untuk datang berjumpa saya hari ini.
Saya tahu dia belum makan dan desak dia pergi makan dulu. Apatah lagi dia sudah bertolak dari pukul 7 pagi.
Dia menolak pelawaan saya. Saya terpaksa hulur duit ke tangannya kerana bimbang dia tak cukup duit dan minta izin untuk ambil bayinya (semoga Allah jauhkan saya dari sifat ujub dan riak).
“Pergilah makan dulu. Mesti awak tak makan lagi. Nanti dah makan kita sambung.”
Dia dan adiknya yang berusia 11 tahun tersenyum dan pergi makan di kedai hadapan. Usai makan, kami teruskan sesi kaunseling.
‘Doakan saya dan anak mati’
Ya ibu muda ini telah melahirkan anak tidak sah taraf.
Hidupnya sendiri kerana keluarga malu. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Namun dia tak pernah putus asa dalam mencari ilmu demi menyusukan bayinya dengan susu ibu.
“Lelaki tu doakan saya dan anak mati bila saya cari dia untuk bertanggungjawab. Dia dah kahwin pun dengan orang lain..”, jawabnya sambil bergenang air mata.
“Saya nak bagi susu ibu sebab saya sayang anak saya…”
“Nak menuntut ilmu ni 3 kali saya tukar bas dan 3 kali naik grab,” terangnya yang buat saya serba salah. Kalaulah saya tahu sesusah itu si ibu, sudah tentu saya sendiri yang akan melawatnya di rumah.
“Saya jumpa akak melalui Youtube. Saya belajar marmet dari youtube akak. Kemudian saya nampak gambar akak. Saya rasa akak orang yang sama dengan youtube tu. Sebab tu saya nak belajar dengan akak”, ceritanya tentang bagaimana dia boleh menemukan saya.
“Sayang sangat pada lelaki tu?”, tanya saya tiba-tiba.
“Ya sayang. Sebab sayanglah saya buat benda bodoh tu..”
“Setiap titis susu yang keluar tu kena syukuri. Bila kita bersyukur, Allah tambah nikmat. Macam hari ni, susah payah awak datang, awak kena bersyukur sebab tak semua orang dapat gali ilmu macam awak,” terang saya untuk meredakan rasa salah dalam dirinya.
“Jaga anak ni betul-betul. Mana tahu dia akan jadi pejuang agama dan pelindung kepada ibunya nanti..”, beritahu saya pada ibu ini.
Banyak yang kami kongsi bersama tentang penyusuan susu ibu. Dari teknik perahan tangan, teknik perahan dengan pam, posisi penyusuan, lekapan dan lain-lain.
Ibu ini juga aktif dalam group-group penyusuan. Saya perasan juga profilnya tanpa muka dan nama yang pelik juga.
“Memang sengaja guna nama pelik untuk sembunyikan identiti?”, tanya saya kepadanya.
Dia mengangguk sahaja. Pernah dia diminta tukar nama profil facebook itu untuk memasuki group. Rupanya ada sebab mengapa sesetengah ibu ini terpaksa menyembunyikan identiti mereka.
Dia nampak letih dan sugul. Tapi bersemangat waja.
Nampak rindu di wajahnya pada keluarga. Nampak terbeban di bahunya menanggung tanggungjawab itu sendirian. Sungguh bayi yang dikendong itu tidak berdosa. Dan syukurlah dia masih mahu menjaga dan menyusukan bayinya.
Dia sudah kesal dengan apa yang berlaku. Saya yakin dia tak mahu mengulangi kesilapan yang lalu.
Saya kagum dengan semangatnya yang luar biasa.
Dalam sendiri dan tidak bersuami, dalam kepayahan dan tiada kenderaan, dia masih mahu datang dari jauh, dengan naik turun bas dan grab hanya ingin zahirkan rasa cinta dan sayang buat anaknya.
“Saya nak bagi susu ibu sebab saya sayang anak saya…”, kata ibu itu yang menggamit jiwa keibuan saya sebelum dia beransur pulang.
Semoga ibu ini terus tabah dalam menempuh jalan seribu liku.
Sumber: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
Fasilitator Art Therapy in Breastfeeding
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...