Adat orang kita bertanya khabar adalah biasa namun jika ada di antara rakan-rakan kita yang baru melahirkan anak, lebih-lebih lagi yang terpaksa berpantang sendiri, jangan buat tidak tahu. Berusahalah untuk bertanya dan membantu mana yang termampu.
Bukan busy body atau menyibuk, membantu mana yang termampu. Walau hanya mendengar cerita dan berkongsi masalah, itu pastinya amat membantu ibu baru bersalin. Perkongsian Pn Insyirah Soleha ini benar belaka, bertanyalah khabar sahabat terdekat kita.
Kawan-kawan,
Kalau kita tahu ada dikalangan sahabat baru lepas bersalin, sesekali tanyalah khabar mereka. Bukan bermaksud busy body nak menyibuk anak tu lelaki ke perempuan, berapa kilo, handsome ke tidak, putih merah halus mulus ke kulit licin atau berbulu.
Tetapi tanyalah khabar seorang ibu yang sedang bertarung emosi dan fizikal melalui proses penyembuhan. Mengandung dengan penuh susah payah, melahirkan (normal atau czer atau vacuum atau forsep, atau natural birth sekalipun) dengan susah payah dan ketahuilah proses penyembuhan selepas bersalin juga penuh dengan ujian.
Ada ibu berulang alik ziarah anak di NICU.
Ada ibu berulang alik ke klinik kerana anak jaundis.
Ada ibu punya support system yang padu, tapi ketahuilah ramai juga sendu support system.
Makan nasi sejuk, lauk semalam. Tak ada yang bantu sediakan makanan, dalam masa yang sama ada anak lain yang perlu diuruskan.
Kalau kita merasa berpantang dengan confinement lady, ketahuilah ada sahabat kita nak mandi pun jenuh bertangguh dari masa ke semasa.
Apapun, kita kena jadi wanita yang berjiwa besar. Selepas melalui fasa kesusahan demi kesusahan, yakinlah janji Allah bahawa selepas kesusahan ada kemudahan. 2 kali Allah ulang, selepas kesusahan ada kemudahan!
Tanyalah khabar sahabat kita, kadang mereka blur nak urus diri sendiri kerana kurang tidur, tak sempat makan, kenyang jauh sekali, tambah pula yang ada penyakit.
Kalau tak mampu nak bantu mudahkan mereka, kita cubalah apa yang kita mampu.
Kebiasaan sebelum bersalin, saya selalu siapkan makanan kering sebab saya sangat lapar dan mudah menggigil bila lewat makan.
Makanan kering seperti serunding, bawang putih goreng, sambal bilis dan seumpamanya memang selalu saya simpan.
Kalau tak sempat masak, memadailah ada nasi dan makanan kering untuk memudahkan isi perut.
Kadang makan pun tak sempat kunyah, hanya telan dan telan sahaja. Itulah semua pengalaman ibu-ibu tak sama.
Tanya khabar sahabat kita, mungkin dia sedang sangat penat dan sangat ingin menangis tetapi tak tahu nak cerita pada siapa.
Dalam keadaan lemah, sakit, lapar, penat. Semuanya bercampur dan boleh buat ibu down.
Kalau kita dahulu okay sahaja berpantang sendiri, kena tahu setiap kondisi berbeza. Jangan paksa orang lain okay sebab kita okay saja, sedangkan kita ada support dari sekeliling tetapi sahabat kita terumbang ambing sendirian.
Please, be kind.
Ummu Amir,
Its okay to be not okay. ⚘
Menarik: Dukung Anak 9kg Setiap Hari Sampai Lupa Makan, Zahirah Macwilson Tak Sempat Fikir Diri Sendiri!
Nak dapatkan produk anak sambil cuci-cuci mata, jom ke Mom’s House.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)