Keinginan wanita mengandung ada pelbagai. Teringin makan itu ini. Salah satunya tapai. Tidak kisahlah sama ada tapai ubi atau tapai pulut. Mahu makan, tapi risau akan kandungan.
Dr Zubaidi Hj Ahmad ada menerangkan tentang pengambilan tapai ketika hamil. Ikuti penjelasan beliau ini.
MAKAN TAPAI KETIKA HAMIL
Soalan: “As salamu alaikum doktor. Bolehkah saya makan tapai pada usia kehamilan 36 minggu? Ada apa-apa kesan mudarat kepada bayi dalam rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”
Jawapan: Wa alaikum mus salam.
Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alkohol termasuk tapai beras dan ubi. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol. Penghasilan alkohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.
Agak sukar menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan. Namun saya menasihatkan puan agar tidak mengambil makanan yang mempunyai alkohol walaupun sedikit semasa hamil sekurang-kurangnya untuk tiga bulan pertama kehamilan puan.
Baca Juga:
Doktor Kongsikan Simptom Kanser Payudara Ibu Perlu Tahu, Kena Selalu Buat Pemeriksaan Kendiri
“Baby Duduk Macam Mana Dalam Perut?”. Pakar O&G Kongsi Posisi Bayi Dalam Kandungan, Macam-Macam Ada!
Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil
Ini kerana tapai mengandungi sedikit alkohol yang dibenarkan, dan sangat cepat sampai bayi dalam rahim melalui plasenta. Bagi wanita yang agak sensitif, memakan tapai menyebabkan kelahiran keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pramatang di akhir kehamilan.
Jika puan mengambil terlalu banyak tapai semasa hamil, ia boleh merosakkan sel-sel otak dan sistem saraf bayi puan. Apabila besar, dibimbangi anak puan akan mengalami masalah pembelajaran dan masalah memori.
Jadi jika ambil sedikit saja tapai sesekali, ia tidak memudaratkan, sementara makan dengan banyak akan menyebabkan kemudaratan.
Rujukan: Falgreen Eriksen HL, Mortensen EL, Kilburn T, et al. 2012. The effects of low to moderate prenatal alcohol exposure in early pregnancy on IQ in 5-year-old children. BJOG 119(10):1191-200.
#HealthDrZubaidi
Sebaik-baiknya jika makanan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, eloklah dielakkan ketika sedang mengandung. Jika teringin juga, dapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI