Target 4 Anak Sebelum Umur 40 Tahun. Yana Samsudin Tak Kisah Jarak Anak Dekat-Dekat

Share

Selepas menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI), sebanyak 3 kali bermula November tahun lalu, pelakon dan pengacara, Yana Samsudin masih tidak berputus harap untuk mendapat zuriat keduanya.

Isteri kepada Fadzil Zahari ini mengakui rawatan kesuburan yang dilakukannya ini antara salah satu ikhtiar untuk mendapaykan cahaya mata dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum ada rezeki untuk memberi adik kepada anaknya, Aisy Mateen walaupun belum menginjak usia dua tahun.

Menurut Yana yang kini berusia 34 tahun, dia dan suami mahu empat orang anak sebelum umur 40 tahun.

Kita sedia maklum bahawa bila kita mengandung pada usia yang lewat, banyak komplikasi yang datang,” katanya.

Bagaimanapun, Yana juga turut mengakui selepas dia mendedahkan rawatan kesuburan yang dilakukannya untuk mendapat zuriat kedua, ada juga netizen mengecam dengan melabelkan dia terburu-buru walaupun anak masih kecil.

Walaupun ada kecaman, saya ambil semuanya sebagai positif dan ada juga peminat turut mendoakan yang terbaik. Mana tau antara doa yang diberikan itu, akan ada dimakbulkan.

Yana juga turut menjelaskan ada sebab dia mahukan anak dalam tempoh yang terdekat kerana dia pernah membaca satu artikel psikologi tentang pembesaran anak-anak dalam satu fasa yang sama.

“Saya pernah baca satu artikel di mana anak-anak berusia empat tahun ke bawah mempunyai perkembangan fasa yang sama. Di mana kalau kita tak cukup tidur pun, ia hanya berlaku sehingga mereka berusia empat tahun.

“Sebab itu kalau boleh jarak usia anak kedua dengan Mateen tidak jauh berbeza.

“Kita sebagai wanita bekerjaya kena rancang semua itu. Sebenarnya anak-anak yang lahir rapat ini lagi senang nak jaga,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian & ig Yana Samsudin

 

Published by
Wan Amy