
Bagi ibu yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan, pastinya punya impian besar untuk bersalin normal. Namun ia bukan mudah.
Banyak faktor yang mempengaruhi proses kelahiran seseorang ibu. Selain mental dan fizikal ibu yang bersedia, tahap kesihatannya juga mesti berada di tahap terbaik bagi membolehkan kelahiran normal. Bukan itu saja, keadaan bayi dalam kandungan juga mempengaruhi sesebuah proses bersalin.

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin berkongsi tentang faktor yang menentukan kejayaan kelahiran normal;
Fakta Femina : Faktor penentu kejayaan bersalin normal = 3P
1. POWER
Power = kekuatan kontraksi rahim yg stabil & konsisten penting untuk :
• menolak bayi turun & masuk ke dalam rongga pelvis, vagina & keluar dari faraj
• membuka serviks sehingga 10cm
• menolak bayi dalam posisi yang betul – occipito-anterior (OA) di mana kepala bayi menyentuh dagunya & memberikan diameter yg muat untuk melepas rongga vagina & faraj
2. PASSAGE
Passage = Laluan i.e rongga pelvis, vagina & faraj boleh dihalang atau jadi tidak sesuai untuk melahirkan secara normal bila :
• ketinggian ibu < 150cm dengan pelvis yg sempit atau bentuk yang tidak normal, CPD
• tumor yang menghalang bayi untuk masuk ke dalam rongga pelvik seperti cyst atau fibroid

3. PASSENGER
Passenger = Penumpang i.e bayi dengan keadaan berikut berisiko tinggi jika bersalin normal :
• posisi bayi tidak dalam posisi OA seperti muka menghadap vagina (face presentation), mendongak (brow presentation)
• kepala bayi besar e.g hydrocephalus
• bayi yang besar 》4kg
• CTG atau jantung bayi yang tidak stable / distres
Sekiranya kelahiran normal selamat dan kedua-dua ibu dan bayi sihat, itu adalah satu detik yang menggembirakan bukan saja untuk keluarga bahkan pegawai perubatan serta jururawat yang bertugas.
Biar apa jua teknik kelahiran seseorang ibu, pengorbanannya tak boleh dipandang remeh kerana dia tetap bertarung nyawa demi bayinya. Terima kasih, ibu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah Fad Bocey & Isteri! Syaheera Selamat Lahirkan Bayi Lelaki. Nama Ibrahim Jibriel Jadi Pilihan

Tahniah diucapkan kepada Fad Bocey dan isteri tercinta, Nur Syahirah A. Rahman yang baru sahaja menimang cahaya mata keempat mereka.
Berita gembira itu dikongsi oleh Fad menerusi entri terbarunya di Instagram.
Memanjatkan rasa syukur, Fad memaklumkan isterinya itu telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 4.41 pagi tadi.

Fad juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan buat mereka sekeluarga.
Tak lupa juga Fad turut memberikan ucapan penghargaan buat isteri tercinta yang baru sahaja melahirkan anak keempat mereka.
“Assalammualaikum,salam subuh semua..syukur Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi,tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi,isteri saya selamat melahirkan baby boy. Welcome baby mummy and daddy, IBRAHIM JIBRIEL BIN MOHAMAD FADZLIE..
“Terima kasih semua yang mendoakan kami, thank you so much my love @syaheeraarahman ,I LOVE U SO MUCH.
View this post on InstagramA post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on
Menjenguk ke ruangan komen, hantaran tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti dan juga peminat.


Terdahulu sebelum itu, Fad ada memuat naik sekeping gambar dirinya dan isteri yang sudah berada di hospital.
Dalam entri tersebut, Fad memohon doa supaya dipermudahkan urusan isterinya bersalin. Dia juga memohon orang ramai untuk turut mendoakan isterinya selamat bersalin.
“Ya Allah Kau mudahkan,jangan Kau susahkan,Ya Allah Kau akhirkan dengan kebaikan”doakan isteri saya mudah dan selamat bersalin ye semua,” tulisnya.
Fad dan Syahirah telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Mereka telah dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayya serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.

Tahniah buat Fad dan isteri. Semoga dengan kehadiran Ibrahim Jibriel akan menambahkan lagi kebahagiaan keluarga mereka.
Sumber: IG Fad Bocey
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betul Ke Ibu Bersalin Caesarean Kena Pantang Lebih? Bidan Beritahu 5 Langkah Wajib Buat Lepas Bersalin

Berpantang secara moden tidak bermakna meninggalkan langkah-langkah berpantang tradisional. Bersalin secara pembedahan caesarean bukan alasan untuk tidak mengamalkan pantang!
Menurut Nur Syatirah Shuib, perawat pantang dan terapis daripada UIS Special Therapy Sdn Bhd, ia diringkaskan cara dan dipermudahkan. Katanya, ibu yang berpantang secara pembedahan ini perlu berpantang lebih daripada mereka yang bersalin secara normal.
1) MINUM AIR HALIA
Sebaik sahaja bersalin, anda digalakkan meminum segelas air halia yang bercampur madu ataupun jus kurma. Ia bertujuan mengelakkan anda daripada terbatuk kerana suhu yang terlalu sejuk di dalam dewan bedah serta membantu mengawal loya akibat angin yang banyak di dalam perut. Selain itu, ia juga bertujuan mengelakkan daripada anda memberi tekanan kepada kawasan pembedahan akibat daripada batuk tersebut. Segelas air halia tidak akan menyebabkan bayi anda kuning. Namun, minuman tinggi gula putih boleh menyebabkan bacaan kuning bayi anda meningkat ke paras tinggi.
2)SAPU MINYAK HERBA
Selepas itu, ibu tersebut juga perlu disapukan dengan minyak herba seluruh badan bagi menghangatkan kembali tubuh ibu setelah sekian lama di dalam dewan pembedahan. Kawasan yang wajib dilebihkan minyak herba ialah di kawasan atas perut dan kawasan bius. Ia bertujuan membantu mengeluarkan lebihan angin dan membantu merawat saraf. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan ibu mudah menggigil kesejukan dan mudah dimasuki angin.
3)CARA BERBENGKUNG KHAS
Ibu bersalin secara pembedahan sangat takut untuk bergerak. Maka, cara paling mudah untuk menampung perut ialah dengan memakai bengkung dengan kaedah yang betul. Ada dua kaedah yang boleh digunakan sebaik sahaja bersalin;
- Menggunakan strap-on- binder. Anda perlu menyapu minyak herba dahulu di perut dan pinggang sebelum memakai bengkung bagi membantu pengeluaran angin panas daripada perut dan melawaskan pengeluaran darah kotor seperti darah bantal dan darah bayam bersama darah nifas. Selepas dua minggu luka jahitan sudah pulih, maka anda boleh menggunakan bengkung bertali yang panjang hingga ke paha agar hujung kain bengkung tidak menekan luka jahitan. Ini adalah pendapat Datin Anisah Barakbah.
- Manakala pendapat kedua pula daripada rakan perbidanan Nur Syatirah iaitu Puan Nor Asmah Bt Mohammad. Katanya sebelum memakai bengkung bertali, ibu hendaklah melapis bahagian luka pembedahan menggunakan tuala wanita agar luka tersebut cepat kering. Kemudian, barulah memakai bengkung bertali setelah disapu minyak herba di kawasan perut. Labuh bengkung hendaklah melepasi paha agar tidak memberi tekanan kepada bahagian luka jahitan.
Pada pandangan saya pula, pendapat kedua lebih baik kerana lemak di atas luka pembedahan akan memberi tekanan kepada bahagian luka dan menyebabkan jahitan terbuka. Ibu-ibu sekarang terpaksa ulang-alik ke klinik sebaik selepas bersalin adalah disyorkan berbengkung yang memberi sokongan kepada otot perut dan rahim. Namun begitu, jika anda tiada pembantu, boleh usahakan memakai strap-on-binder.
4)DISIPLIN MEMAKAN HERBA
Perkara yang paling penting bagi ibu bersalin secara pembedahan ialah hendaklah disiplin memakan herba setiap hari selama minimum enam bulan selepas bersalin. Bagi ibu yang tersalah makan, jika mereka bersalin secara normal, risiko terbesar adalah bayi mudah kembung perut jika mereka menyusukan bayi. Namun, bagi mereka yang bersalin secara pembedahan, risiko untuk kebas-kebas dan kesejukan adalah tinggi.
5)MANDI HERBA SEHINGGA NIFAS KERING
Selain itu, pastikan anda meneruskan mandi herba selagi darah nifas masih lagi mengalir keluar. Ibu yang bersalin secara pembedahan juga hendaklah bertungku. Tungku tidak semestinya di perut. Bertungku di tapak kaki, kawasan pinggang dan punggung. Namun, sebaik-baiknya bertungku seluruh badan kecuali di kawasan luka pembedahan dengan bantuan terapis terlatih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Bagi Kurang Rasa Sakit Masa Bersalin, Kena Pandai Curi Nafas. Ikut Teknik Ini

Proses kelahiran bayi atau bersalin tentu sahaja indah namun dalam masa yang sama menakutkan bagi sesetengah wanita terutamanya buat kali pertama.
Pelbagai perkara mungkin akan difikirkan si ibu hamil termasuklah kesakitan yang boleh berlaku tatkala meneran bayi keluar daripada perut.
Untuk pengetahuan anda, ada teknik pernafasan yang mungkin boleh membantu proses ini! Apakah ia?
Teknik pernafasan bersalin Lamaze
Diperkenalkan oleh Pakar Obstetrik dari Perancis, Fernand Lamaze pada sekitar tahun 50-an dahulu, teknik pernafasan bersalin ini masih popular sehingga kini.
Teknik ini menggunakan metode psychoprophylaxis di mana wanita akan dilatih untuk bernafas secara terkawal sebagai alternatif ubat tahan sakit akibat kontraksi.
Secara umumnya, teknik ini merangkumi pernafasan dengan cara berikut:
- Bernafas mengikut ritma
- Bernafas secara perlahan dan mendalam
- Bernafas menggunakan mulut atau hidung
- Bernafas sambil mata terbuka atau tertutup
- Bernafas sambil memfokuskan terhadap sesuatu atau seseorang
Buat anda yang khuatir tentangnya, jangan risau kerana ia selamat! Namun adakah ia berkesan?

Tahap keberkesanan teknik pernafasan ini
Tujuan utama teknik pernafasan bersalin ini dicipta adalah untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami akibat kontraksi.
Buat anda yang belum tahu, kontraksi adalah perubahan pada otot rahim sama ada mengetat atau melentur ketika tiba saat melahirkan bayi dalam kandungan.
Proses ini akan berlaku dan berulang untuk membantu wanita dalam proses kelahiran bayi dengan mendorong kandungan menuju saluran kelahiran.
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa kontraksi ini tentu sekali menyakitkan dan sesuatu perlu dibuat untuk mengurangkannya.
Tahap keberkesanan terknik ini sebenarnya adalah sangat bergantung kepada toleransi seseorang ibu hamil itu terhadap kesakitan.
Penting untuk kalian tahu bahawa ia sama sekali tidak akan menghilangkan kesakitan ketika bersalin namun mungkin boleh mengurangkannya.
Tip pernafasan mengikut tahap kontraksi
Sekiranya anda ingin mempraktikkan teknik pernafasan Lamaze ini, sila dapatkan tunjuk ajar daripada pakar yang terlatih dalam bidang kebidanan.
Namun terdapat beberapa tip pernafasan bersalin umum mengikut tahap kontraksi yang boleh ibu hamil amalkan seperti berikut:

Apabila kontraksi bermula
Tarik nafas secara perlahan dan mendalam pada setiap permulaan dan pengakhiran kontraksi bagi memastikan tubuh badan anda kekal relaks.
Semasa fasa pertama
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan tahan nafas seketika.
#3. Setiap kali menghembuskan nafas, cuba fokus untuk merelakskan bahagian tubuh badan yang berlainan.
Teknik pernafasan ketika fasa aktif
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan hembuskan ia melalui mulut.
#3. Kekalkan pernafasan anda seperlahan yang mungkin namun tingkatkan ritmanya apabila intensiti kontraksi mula meningkat.
#4. Relakskan bahu anda.
#5. Apabila kontraksi mula memuncak dan pernafasan mula menjadi laju, cuba ringankan ia dengan bernafas menggunakan mulut sahaja.
Apabila kontraksi mula berkurang, perlahankan pernafasan dan cuba menarik nafas menggunakan hidung dan hembuskan ia melalui mulut kembali.
Teknik pernafasan ketika fasa transisi
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan perhatian anda terhadap satu perkara contohnya pasangan, gambar, dinding atau sebagainya.
#3. Semasa kontraksi berlaku, cuba bernafas menggunakan mulut dengan kadar 1 ke 10 helaan setiap 5 saat.
#4. Setiap kali tiba nafas yang keempat atau kelima, hembuskan ia dengan tempoh yang agak lama.
#5. Apabila kontraksi ini berakhir, cuba bernafas dengan relaks.

Semasa fasa kedua
#1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan minda anda kepada pergerakan bayi dalam kandungan yang mula menurun untuk keluar.
#3. Bernafas secara perlahan dengan ritma yang sesuai bagi setiap kontraksi.
#4. Laraskan pernafasan anda sendiri untuk keselesaan.
#5. Apabila anda terasa tekanan untuk menolak bayi keluar, tarik nafas sedalamnya dan perlahan hembuskan ia.
#6. Apabila kontraksi berakhir, relaks dan tarik nafas dua kali dengan tenang.
Teknik pernafasan bersalin yang umum ini mungkin dapat membantu ibu hamil melancarkan dan mengurangkan kesakitan tatkala proses bersalin.
Untuk mengetahui cara betul mempraktikkan teknik Lamaze yang kami sebutkan di atas tadi, sila dapatkan informasi lanjut daripada doktor.
Kredit: Hello Doktor

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


