Sebut sahaja mengenai proses melahirkan anak, pasti ada yang mula terimbau dan mula teringat akan trauma proses ketika melahirkan anak pertama.
Tanpa pengalaman malah hanya berbekalkan ilmu dari pembacaan semata-mata ibu berjaya melaluinya dengan tenang.
Penulis buku 9 Bulan 10 Hari, Pn Nazira Nazir berkongsi mengenai tip proses kelahiran dan paling utama bagaimana untuk bersalin tanpa koyakan. Jom ikuti perkongsian beliau.
“Apa yang kita fikir, apa yang kita doa benda itulah yang akan kita alami.
“Kalau kita rasa kita tak ada ilmu nak beranak, kita carilah ilmu berkenaannya supaya kita bersedia nak hadapi detik indah itu.
“Kita sebagai ibu kena berani bertanya pada doktor untuk bantu doktor yang memeriksa kita. Kita bantu doktor untuk bantu masalah kita. Kita mudahkan kerja doktor yang memeriksa kita sebab kita lebih tahu bayi yang berada di dalam perut kita. Kita boleh rasa baby bergerak-gerak jadi kita beritahulah pada doktor.
Ads
Tip bersalin tanpa koyak
1. Kuasa doa paling mujarab. Setiap pagi selepas solat subuh, mummy buatlah tabung sedekah subuh dan doalah. Masa nak masukkan duit, sebutlah “Ya Allah Ya Tuhanku, dengan sedekah subuhku ini ku mohon padamu Ya Allah agar proses bersalinku ini tanpa koyak tanpa jahit. Ku niatkan sedekahku ini untuk anak-anak yatim yang susah. Lepas sebulan sedekahkanlah duit itu pada anak-anak yatim.
2. Mummy juga perlu ada ilmu. Contohnya jangan angkat pinggul dan sebagainya, ini penting.
3. Untuk suami, bersamalah isteri sekerap mungkin dihujung-hujung kehamilan agar proses bersalin lebih lancar. Bantu isteri buatkan urutan perinium setiap hari agar mudah bersalin tanpa koyak.
Ads
4. Jangan lupa beritahu doktor bahawa anda nak bersalin tanpa koyak. Beritahu pada doktor dan doktor akan cuba bantu kita.
5. Masa kita nak meneran tu jangan lupa doakan doktor yang menyambut kelahiran anak kita dan jururawat yang membantu melancarkan proses kita ketika itu kerana inilah detik yang Allah mudah makbulkan doa kita.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Bagi yang biasa mengikuti perkembangan Hanis Zalikha di instagram, pasti tahu bagaimana caranya mendidik Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Walaupun seorang ibu yang memanjakan anak, ketegasannya tetap ada.
Isteri kepada Hairul Azreen ini sentiasa menjadi inspirasi buat ibu bapa muda dalam bab mendidik anak-anak kerana Hanis tak lokek berkongsi tip keibubapaan yang diamalkannya untuk Yusuf dan Alisa.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, Hanis ada berkongsi caranya mengajar Yusuf dengan membuat ‘Rules of Toys’.
‘Rules Of Toys’, elak lambakkan mainan
Maksudnya Hanis mendidik anaknya untuk ‘melepaskan’ secara sukarela dengan menderma mainan lama jika ada mainan baru. Setiap kali mempunyai mainan yang baru, mainan lama akan diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Cara ini digunapakai bagi mengelakkan situasi dimana mainan terlampau ‘overload’. Bila terlampau banyak mainan, proses untuk mengemas pun akan jadi lebih sukar.
Pendekatan yang Hanis lakukan ini dapat melatih anak-anak supaya lebih peka dalam pemilihan jenis barang. Bukan itu sahaja, mereka tidak akan sewenang-wenangnya meminta mainan yang baru kerana mungkin mainan kegemaran mereka akan diberikan kepada orang lain.
Setidak-tidaknya anak-anak akan faham dan lebih menghargai mainan yang ada serta peka dalam pemilihan jenis barang.
Bagi ibu bapa yang nak cuba buat pada anak-anak sendiri, Hanis nasihat, biarkan anak-anak sendiri yang memilih jenis mainanan apakah yang ingin mereka berikan kepada orang lain.
Teknik ini melatih anak-anak supaya dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Ini juga dapat mendidik mereka yakin membuat keputusan sejak kecil sehingga dah besar nanti.
Kredit: IG Hanis Zalikha
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Tidak mungkin bahtera rumah tangga berjaya tanpa usaha dari kedua-dua pihak. Perjalanan dalam mengharungi sesebuah rumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang mudah, senang tetapi ia memerlukan tanggungjawab bersama untuk mengharunginya.
Sedikit perkongsian daripada Norhayati Abu Bakar tentang alam perkahwinan yang boleh dijadikan panduan buat semua.
Masih terkejut dengan kenyataan bahawa ‘motherboard’ komputer tidak dapat diselamatkan sehingga saya lupa mengucap selamat ulang tahun perkahwinan Syamil Muhammad dan Nurul Ain Zakaria.
Semalam saya ke kedai bersama suami kebetulan terjumpa dulang kecil berlatar belakang Republic Checz, saya tunjukkan kepada suami.
‘Nak buat apa?’ ‘Hadiah kat Ain, tapi birthday dia lambat lagi’ (memang tak ingat langsung hari anniversary mereka, sedangkan malam sebelumnya suami sudah maklumkan sebab ada ingatan dari aplikasi di fonnya)
Akhirnya dulang kecil itu saya letak kembali.
Bulan Ogos banyak mencatat sejarah besar dalam keluarga. Beberapa ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan juga.
Sedar tak sedar sudah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Kata para kaunselor 10 tahun pertama adalah tempoh perkenalan, mencari titik kesamaan dan penuh dengan cabaran.
Tidak mustahil ada pasangan yang berpisah seawal enam bulan berkahwin. Di suatu masa terdengar perbualan suami dengan seorang jurugambar professional.
‘Oh! saya dah tak ambil gambar perkahwinan. Kos tinggi sebab saya memang akan edit bagi betul betul cantik. Kadang ambik masa berbulan juga tengok kalau banyak jobs. Sedihnya bila setelah bersengkang mata berbulan siapkan, pelanggan tak nak ambik album dan langsaikan baki. Alasan? Kami dah bercerai. Masyaalah tepuk dahi saya’
Menyaksikan fasa perkahwinan anak anak sudah pasti ada masa kami turut tidak lena malam dan bangun membuat solat hajat muga Allah limpahkan kesabaran dan kasih sayang dalam rumahtangga mereka.
Meski kami tidak suka campurtangan urusan rumahtangga anak anak tetapi sesekali kena juga pengadil turun ke padang. Menegur dan mencadangkan solusi. Malah pernah juga pasrah menyerah kepada Allah apa sahaja jalan keluar yang dirasakan baik untuk keluar dari kemelut yang melanda.
Berkahwin bukan sekadar menghalalkan hubungan tetapi lebih jauh dari itu. Mencari keserasian, melengkap kekurangan, menerima buruk dan baik pasangan juga bersusah senang bersama. Hasrat setiap pasangan tentu mahu bercinta hingga ke syurga.
Untuk mencapai bahagia juga perlu ilmu. Baca, dengar dan lihat contoh hidup. Paling penting masing masing tahu hak yang perlu ditunaikan. Betapa cekap sekalipun tahap keupayaan isteri mengurus hal rumahtangga dan kehidupan suami tidak sesekali boleh lepas tangan. Berkahwin untuk mengambil tanggungjawab dan memberi kebahagian. Bukan mengambil kesempatan
Saya pernah berbincang dengan suami tentang saudara mara yang berkahwin berkali kali dan membesar anak tiri bersama. Jelas suami, orang dulu dulu tidak ada kemampuan kewangan. Jadi bila suami mati atau dicerai keluarga akan berusaha mencari jodoh baharu supaya kehidupan isteri dan anak anak terjamin. Istilah kahwin salin tikar, kahwin sepupu dan kahwin dua tiga kali itu perkara biasa dalam masyarakat ketika itu.
Zaman sekarang wanita sudah punya kemampuan kewangan yang kukuh dan mereka tidak perlu mengharap suami menyara kehidupan. Maka keperluan mencari suami baharu dan mungkin trauma dari perkahwinan lepas membuat mereka tidak tergesa berkahwin lagi. Ada yang menunggu anak anak dewasa, berkahwin baharu mereka memikir tentang diri mereka. Mungkin untuk mengisi kesepian.
Ya! Setiap rumahtangga adalah satu pelayaran yang panjang. Ada yang mampu menentang arus dan badai, ada juga yang belum apa apa sudah terhempas menghempap batu karang.
Semalam saya terima pesanan dari seorang teman. Sesuatu yang baik juga untuk dikongsi. Penulis asal tidak pula dinyatakan tetapi yang baik itu kita tetap terima sebagai panduan. Muga ada manfaatnya.
*9 Nasihat Terbaik Dari Seorang Hakim Yang Mengendalikan Satu Kes Kekeluargaan di Mahkamah Syariah*
1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda.
Sebaiknya, minta mereka berpindah walau pun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan. (ini yang kami amalkan kata orang dekat bau tahi jauh bau bunga)
2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda.
Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini, hanya ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya. (Betul tu, walau betapa ikhlas menerima mak mertua, hati tetap akan terasa. Dan layan menantu sama rata supaya tak nampak ada diskriminasi. Kadang kita tak sedar, pasangan kena tegur ni)
3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda.
Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul. (boleh bercakap baik baik dengan anak, minta mereka menegur pasangan tetapi jangan bagitau mak suruh bagi tahu, pandai pandailah cipta ruang dan cara bak kata orang bagai menarik rambut dalam tepung)
4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka. (sesekali okaylah supaya mereka tidak pula rasa selesa dan ambil kesempatan di atas kerajinan anda). Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.
5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh. (ini betul kalau mereka tak bercerita atau bertanya pandangan jangan sibuk sibuk bertanya) Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.
6. Cucu anda adalah hak mutlak ibu dan bapa mereka. (betul tu jangan atur hidup anak anak. Biar mereka urus anak mereka. Tolong sekali sekala bolehlah)
Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terpulang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.
7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda. (pemilihan menantu juga penting supaya ada keserasian dari awal, jika bukan menantu pilihan kena belajar menerima hakikat menantu sudah bantu mengambil alih sebahagian tugas anda)
Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.
8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara. (betul sangat. Rancang apa mahu dibuat supaya dapat mengisi hari tua dengan apa yang selama ini tidak mampu dibuat. Lebihkan masa memupuk kasih sayang dengan pasangan bukan dengan cucu cucu)
Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, “It is your own interest that you enjoy your retirement years. Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die. Don’t let your wealth become worthless to you.”
9. Cucu bukan milik anda.
Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda. (sangat setuju)
Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik, makcik, keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.
Wallahualam… 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🤲🏼🤲🏼🤲🏼
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasakan kita dengar anak-anak takut dengan ayahnya? “Ayah garang”..”Ayah selalu rotan”. Sampaikan, ada anak-anak yang berlumba lawan ayah siapa lagi garang.
Tapi, ayah-ayah.. Pernah dengar tak yang emosi anak-anak sebenarnya lebih dipengaruhi oleh emosi ayah berbanding mak?
Mak adalah tempat anak tu luahkan emosi sedihnya lantaran ayah yang tidak dapat memberi aura emosi positif yang baik.
Pernah dengar tak, untuk lahirkan anak yang kuat emosinya, ayah kena sangat “engaged” dengan anak?
Sebab tu lah AYAH ADALAH ORANG TERPENTING DALAM KELUARGA.
Kalau ayah bad mood, satu rumah bad mood.
Kalau ayah marah, satu rumah diam.
Kalau ayah stress, satu rumah resah.
Kerana itulah MENJAGA CAWAN EMOSI AYAH adalah penting.
Siapa nak jaga?
AYAH kena pandai jaga sendiri
MAK boleh tolong back-up make sure cawan emosi ayah tak tumpah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.