Tarik Nafas Sebutlah ‘Audzubillah Himinas Syaiton Nirojim’. Inilah Penyejuk Bila Nak Marah Anak

Share

Cabaran mendidik anak hari ini sangat berbeza berbanding zaman mak ayah dulu membesarkan kita. Tak boleh nak samakan cara didikan dulu kerana dengan pelbagai perubahan ada sesetengahnya dah tak releven.

Malah pelbagai tarikan di luar sana, sebagai ibu bapa mesti berhati-hati. Terlalai sikit kita mendidik anak, buruk kesannya pada pembentukan peribadi anak dan mungkin akan di bawa hingga mereka besar.

Lagi satu yang ramai ibu bapa sering terlupa dan menganggap memarahi anak akan buat anak lebih takut dan hormat. Namun sebaliknya tidak. Kenapa sedemikian, ini penjelasan dari Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dalam FB Live bersama Pa&Ma dengan topik Kawal Marah Ibu Ayah, Banyaklah Peluk Anak.

Apabila membincangkan hal ini, sering kali ibu bapa bertanya jika anak susah dengar kata cara terbaik kenalah marah. Kalau diikutkan memang betul. Tapi yang dirisaukan adalah bila perasaan marah ini dibiarkan ‘bermaharajalela’ dalam diri.

ARTIKEL MENARIK [Jangan Dipukul Anak 0-3 Tahun Yang Tantrum. Basuh Muka Dan Kepala Anak Sambil Zikir]

Sebenarnya marah datang daripada pengharapan. Bila ada harapan tapi target tu tak capai atau ada benda yang menyekat buatkan diri ibu ayah jadi nak marah.

Kena faham marah ni datang atas sesuatu kehendak yang kita nak. Contohnya harapan kita nak suruh anak angkat pingan letak di sinki, tapi sebaliknya apa yang anak buat dia sepahkan pula lepas makan.

Sebab itulah pentingnya kita ajar anak-anak langkah demi langkah. Kita pandai kawal harapan kita. Bila kita boleh kawal dan tak cepat melatah, tangan pun tak cepat naik.

Marah ni sebenarnya fitrah dan diberikan oleh Allah. Tapi ia ada peranan untuk melindungi sekadar yang sepatutnya. Bukannya marah ni bertukar jadi menguasai.

Bagaimana nak kawal marah

Berdasarkan apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW, kawal marah pada anak boleh dikawal melalui sentuhan di beberapa bahagian badan.

1) tepuk, usap, picit bahu anak.
2) panggil nama anak dengan lembut. Cuba panggil lembut nama anak walaupun dalam keadaan ibu ayah rasa nak marah
3) Ibu bapa boleh sentiasa baca doa dan mintalah pada Allah.. “Ya Allah hilangkanlah baran di hati ku”..

Rasa nak marah anak, kena cepat diam

Selain itu, nabi juga berpesan kalau nak marah anak, ibu bapa kena diam, jangan dilayan. Cuba alih tempat, pergi bilik air ambil wuduk, solat, minum air, baring atau pun tidur sekejap.

Sentiasalah berusaha untuk kawal marah, jangan lepas marah baru menyesal. Selain diam boleh tarik nafas sebut “Audzubillah Himinas Syaiton Nirojim”. Kita minta Allah lindungi supaya boleh mengawal kemarahan.

ARTIKEL MENARIK [Amalkan Doa Ini Untuk Anak-Anak & Diri Sendiri. Pastinya Rezeki Keluarga Tak Putus!]

Kalau ikut Imam Ghazali, setiap kali ibu bapa rasa nak marah anak boleh pergi dekat cermin dan tengok cermin untuk bantu kawal kemarahan kita.

Moga-moga dengan cara ini ibu bapa dapat terus mengawal kemarahan pada anak agar kita dapat terus menjadi HERO di hati mereka.

 

Published by
Wan Amy