Pasti ramai yang masih ingat kejadian yang sungguh menyayat hati berlaku pada arwah adik Afiq yang diperlakukan tanpa perikemanusiaan oleh suami pengasuh sendiri sehingga meninggal dunia.
Terbaru menerusi perkongsian ibu arwah adik Afiq, dah sebulan anak syurga ini pergi menghadap ilahi. Walaupun begitu, perjuangan untuk menuntut keadilan demi Afiq akan diteruskan.
Melalui luahan hati Puan Robiatul Adawiah, dia menceritakan kronologi kes yang berlaku pada anaknya dari awal dapat berita tentang Afiq tak sedarkan diri sehinggalah saat menghembuskan nafas terakhir.
27/5/21 genap sebulan peristiwa yang paling menyayat hati kami sekeluarga. Kat bawah ni wasap suami saya dengan pengasuh. Wasap 27/4 malam, 28/4 baru balas. Saya cuba call, tapi telefon dia tutup. Sikit pun dia tak tanya keadaan anak saya.
27/4/21 pada pukul 3.44pm saya masih di tempat kerja dapat satu panggilan dari pengasuh (IDA) “biey, datang Hospital Sungai Buloh sekarang, Afiq tak sedar”.
Dengar je anak tak sedar dunia gelap tiba-tiba. Kawan satu office je tahu macam mana saya waktu tu. Terus call suami, pergi terus ke Hospital Sungai Buloh menaiki motor. Bayangkan masa tu tengah hujan kami redah je. Kenapa la hospital yang paling jauh kau bawa. Hospital yang dekat ada, KJMC, PPUM, Hospital Shah Alam semua ni dekat dengan rumah. Saya tinggal kat Lembah Subang, dia pergi hantar Hospital Sungai Buloh.
Dah la jauh lepas tu Hospital Sungai Buloh ni khas untuk pesakit Covid sahaja. Dah tengok anak saya dah tak bernyawa kenapa dia tak terus call saya? Boleh dia cakap dia tak terfikir nak call saya. Sepanjang-panjang perjalanan dari rumah ke Sungai Buloh boleh kau cakap tak terfikir nak call aku??? Aku Ibu dia Ida. Apa yang kau cakap ni Ida??? Lepas doktor terima anak saya baru dia call saya.
Ads
Anda baca sendiri la wasap yang dia cakap kalau call ambulance lambat. Apaa??
Jadinya kereta kau lagi laju dari ambulance ya. Hebat!!!! Bayangkanlah kami pergi naik motor pun tak boleh nak cilok, jem sangat. Dia yang naik kereta tu macamana. Ke kereta boleh terbang? Waktu puasa start pukul 1 memang jem sangat-sangat.
Lepastu kau cakap laki kau buat CPR. Oh, pandai ya penagih dadah buat CPR. Sampai je Hospital Sungai Buloh dengan yakinnya kau cakap anak aku masih ada. Macam kau pulak doktor.
Jantung dah berhenti masa sampai hospital
Jumpa jer dengan nurse, nurse cakap tak boleh masuk nak tengok baby. Kami video call je dengan doktor kat dalam nak tengok anak. Terima kasih doktor bagi kerjasama. Doktor cakap masa dia terima anak saya tu jantung dah berhenti. Lepas buat CPR 10 minit baru ada balik. Entah dari pukul berapa lagi jantung anak saya berhenti. Yang serahkan baby kepada doktor tu laki dia ya, bukan pengasuh. Entah mana kau Ida masa tu.
Ads
Lepas nurse ambil semua detail dengan saya dia masuk ke dalam. Ida bagitahu nak pergi tengok anak kat laki dia kat bawah. Nurse keluar tanya mana pengasuh? Saya call Ida tanya kat mana? Tanpa rasa bersalah cakap dah kat bazar Ramadan. YA ALLAH, yang tengah kritikal tu anak asuhan kau, bukan anak kucing.
Otak dah rosak sebab oksigen tak sampai
Malam tu doktor scan cakap otak baby dah rosak sebab oksigen tak sampai. Luluhnya hati kami. Alhamdulillah, tengah malam doktor bagi masuk untuk jaga baby tapi atas risiko sendiri sebab kami dikelilingi dengan pesakit covid kat zon kritikal. Hati ibu mana tak sedih tengok anak dah tak bergerak penuh dengan wayar.
Adik tak pernah sakit, tak pernah demam tiba-tiba tengok adik dah tak bergerak macam ni. Mana tak meraung ibu dengan ayah. Malam tu kami bergilir-gilir jaga sebab salah seorang je boleh masuk.
Sampai hari ini kakak masih tak dapat terima adiknya dah pergi buat selamanya
Tak sempat kami buat report, doktor dulu buat report sebab tak tahu punca lagi kenapa anak saya jadi macam tu. Tengok la apa pengasuh tu cakap, dia tak tahu kenapa tiba-tiba tak bernyawa. Padahal laki kau yang bunuh. Laki kau pun buat macam orang tak tahu apa-apa.
Ads
Afiq tiada respon, doktor minta izin cabut alat pernafasan
Pagi 28/4 kami balik sekejap untuk tukar pakaian. Datang balik pukul 7 lebih. Doktor bagitahu tiada perkembangan yang baik dari semalam. Jantung adik makin lemah, darah makin kurang. Dah bagi ubat yang paling kuat, tapi tiada respon. Doktor berbincang dengan kami, untuk tak nak bagi baby sakit lagi kami terima doktor nak kurangkan 1 per 1 ubat.
Lepas kurangkan ubat, doktor cakap ambil masa lama lagi kalau macam ni, kesian baby. Doktor nak cabut alat bantuan pernafasan, kami redha. Pukul 12.18pm 28/4/2021 Muhammad Afiq Rizqin pergi meninggalkan kami. Masa ni kami masih tidak tahu punca kematian anak syurga kami.
30/4/2021 selepas bedah siasat baru terbongkar segalanya. Anak kami lemas sebab mulut dan hidung ditutup dan di saluran najis ada kesan koyakan sebab diliwat. Kami redha dengan ujian ini tapi kami akan fight untuk anak syurga kami.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tidak terkejut melihat rambut anak yang panjang tiba-tiba menjadi pendek dan hampir botak setelah diambil dari rumah asuhan.
Kata ibu bernama Dr Nil Irma Isaura Azman ini, rambut anak lelakinya yang sebelum ini mencecah paras telinga sengaja dibiarkan tidak dipotong kerana lambat panjang.
Malah dikatakan, rambut Ahmad Ezra Ahmad Haziq yang kini berusia satu tahun enam bulan tidak pernah dipotong sejak lahir.
“Rambut anak keempat saya memang lambat tumbuh sejak lahir, jadi saya biarkan saja. Tambahan pula rambutnya halus dan lembut, jadi tak nampak serabut.
“Cuma bahagian hadapan sahaja dah sampai mata dan memang saya rancang nak rapikan… tapi tak sangka pula yang pengasuh dah potong pendek!” luahnya ketika dihubungi.
Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Isaura berkata seperti biasa dia akan menghantar anaknya ke rumah pengasuh pada waktu pagi.
Rambut Ezra tidak pernah dipotong sejak dia dilahirkan.
Namun ketika mengambil anaknya pada petang hari, dia sangat terkejut melihat rambut Ezra sudah dipotong pendek.
“Memang terkedu sangat pada waktu tu tapi tak mampu bercakap apa.
Apabila balik rumah, saya berbincang dengan suami tentang kejadian yang berlaku dan kami sependapat bahawa tindakan pengasuh tersebut perlu ditegur,” jelasnya.
Bagi mendapatkan pandangan ramai, wanita berusia 33 tahun itu turut memuat naik video berkaitan Ezra dan bertanyakan sama ada wajar atau tidak tindakan pengasuh menggunting rambut anak asuhan tanpa meminta izin terlebih dahulu.
“Memang terkilan sangat sampai saya sendiri tak lalu nak makan, rasa emosi dengan apa yang berlaku.
“Setiap kali nampak rambut Ezra botak macam askar memang saya akan rasa sedih dan kira-kira dua minggu saya elak daripada menghantar anak ke rumah pengasuh tersebut,” ujarnya lagi.
Menurutnya, rambut Ezra juga dipotong oleh pengasuh berusia lingkungan 40-an dan bukannya dilakukan oleh tukang gunting berpengalaman.
“Memang geram sebab dia langsung tak beritahu. Saya rasa dia cuma nak trim sahaja sebab dia rasakan Ezra rimas dengan rambut panjang.
Wajah terkini Ezra.
“Tapi anak saya memang susah kalau nak potong rambut kerana duduk tak diam… mungkin dah tersalah potong, jadi dia terus botakkan saja,” ujar Isaura.
Tambahnya yang juga seorang doktor perubatan, walaupun tidak dapat menerima kejadian yang berlaku terhadap Ezra, dia tetap menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh terbabit.
Malah katanya yang menetap di Ipoh, Perak, sudah lebih setahun dia mendapatkan khidmat individu tersebut dan yakin dengan perkhidmatan yang diberikan.
Video perkongsiannya itu menjadi tular di aplikasi TikTok dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
“Terkejut mak kau… anak aku botak! Penat simpan rambut bagi panjang,” demikian tulis Isaura pada posting video berkenaan.
Isaura bersama suami dan anak-anaknya.
Rata-ratanya menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan pengasuh yang disifatkan ‘lebih sudu daripada kuah’ kerana memotong rambut anak asuhan tanpa meminta izin waris.
“Nak potong rambut atau nak bawa pergi jalan-jalan.. pengasuh perlu bagitahu pada kita (ibu bapa atau waris). Jangan buat pandai-pandai.
“Tak kisah la jadi lagi handsome atau lagi kemas… tanya mak dia dulu.
“Kalau saya memang sakit sangat hati sis… ni bukan kira penyayang atau jaga macam anak sendiri. Apa-apa yang nak buat kat anak kena bagitahu, jangan pandai-pandai buat.
“Walau macam mana pun pengasuh tetap kena hormat pada parent. Nak buat apa-apa tetap kena minta izin sebab anak tu tetap anak orang,” ujar beberapa netizen.
Bagaimanapun terdapat segelintir yang bersetuju dengan tindakan pengasuh tersebut dan menyatakan pengasuh mempunyai masa lebih lama berbanding keluarga serta mengetahui masalah yang dihadapi anak asuhan berkenaan.
Kredit: nilirmaisaura, mstar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ruang tamu yang cantik dan selesa pastinya menjadi idaman setiap ibu bapa. Lagi-lagi bila rumah dihias dengan sofa mewah berwarna lembut, lengkap dengan kemasan manik yang menyerlahkan gaya elegan. Tapi siapa sangka, keindahan itu boleh bertukar menjadi perangkap bahaya – lebih-lebih lagi jika ada si kecil yang sedang aktif membesar!
Itulah yang berlaku kepada seorang ibu, Puan Anis, apabila anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun mengalami luka panjang di bahu hanya kerana tertoreh pada manik tajam di sofa kegemaran mereka.
“Semalam bahu anak saya tertoreh… panjang lukanya. Trauma betul bila tengok darah dan kesan torehan tu,” luahnya dalam nada sebak.
Sofa Mewah, Tapi Bahayakan Anak
Segalanya berlaku sekelip mata. Si kecil ketika itu sedang bermain-main seperti biasa. Namun, tanpa disedari, bahagian manik pada sandaran sofa yang terkeluar sedikit telah menyebabkan torehan yang dalam pada kulit bahu anaknya.
Apa yang lebih menyedihkan, Puan Anis tidak pernah menyangka bahawa hiasan manik kecil itu boleh bertukar menjadi ‘senjata’ yang mencederakan anak tersayang.
“Saya terus cabut semua manik kat sofa tu. Biarlah nampak pelik atau kurang cantik, asalkan anak saya selamat…” katanya nekad.
Jangan Pandang Ringan Bahaya Manik & Hiasan Tajam
Sofa jenis bermanik atau berhiaskan perincian keras seperti kancing besi, kristal, dan stud hiasan memang nampak mewah. Tapi bagi rumah yang ada anak kecil, ia boleh jadi punca kecederaan seperti:
Luka tercalar atau tertoreh
Kesan lebam akibat terhantuk
Risiko tercabut dan tertelan manik
Bahaya pada mata atau muka jika terkena
“Tak Nak Dah Rumah Cantik Tapi Anak Luka”
Selepas kejadian itu, Puan Anis akui beliau serik dan trauma. Kini, soal hiasan rumah bukan lagi keutamaan. Apa yang penting baginya hanyalah keselamatan dan kesejahteraan anak-anak.
“Cantik macam mana pun perabot tu, kalau tak selamat untuk anak… saya memang takkan ambil risiko lagi.”
Beliau turut menitipkan nasihat penuh kasih buat para ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati bila memilih perabot rumah.
Tip Pilih Sofa Selamat Untuk Anak
💡 Pilih rekaan ringkas dan lembut – Elakkan hiasan keras seperti manik, butang besi atau rekaan bersegi tajam. 💡 Periksa bahagian tersembunyi – Pastikan tiada paku, kayu atau bahan tajam terdedah. 💡 Lapisan fabrik & span tebal – Lebih selamat dan selesa untuk anak. 💡 Letak sarung tambahan – Jika sudah ada sofa bermanik, tutup dengan sarung pelindung sementara. 💡 Ajarkan anak guna sofa dengan betul – Elak melompat atau bermain kasar di sofa.
Ingat mama, rumah kita adalah syurga buat anak-anak. Biarlah sederhana asalkan selamat, biarlah tidak terlalu mewah asalkan si kecil gembira membesar tanpa bahaya.
Jika mama sedang merancang untuk ubah suai rumah atau beli perabot baru, semoga kisah ini menjadi pengajaran yang sangat bermakna. 💖
Sungguh berat ujian ini, namun apakan daya Allah lebih mengetahui segalanya. Pemergian suami tercinta tanpa apa-apa pesan cukup mengejutkan seorang isteri tambah lagi dengan anak kecil yang berusia setahun.
Lagi sedih, pemergian suami sungguh tak disangka kerana arwah baru sebulan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu selepas tamat latihan pada Mac lalu.
Baru sebulan bertugas
Menerusi laporan Utusan Borneo, arwah Konstabel Norhalim Tumiran, 25, yang bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu ditemui meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewa rakannya di Lorong 9, Permai hari ini (6 Mei).
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, berdasarkan laporan, mangsa ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Laporan mengenai kejadian diterima sekitar pukul 7:00 malam.
Berlaku di rumah sewa rakan
Menurutnya lagi, tempat kejadian merupakan rumah sewa lima rakannya, manakala mangsa tinggal di rumah transit di IPD Sibu.
Norhalim yang berasal dari Pahang baharu sahaja bekerja lebih kurang satu bulan setengah di sini dan kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Saling merindui satu sama lain
Sementara itu, dalam Facebook isteri arwah, Nor Fitrah, nampak kerinduan dan kasih sayang antara mereka.
Memandangkan arwah mula menjalani latihan polis pada September 2020 dan tamat latihan pada Mac baru-baru ini, jarak telah memisahkan mereka. Namun arwah dah berhasrat untuk bawa isteri dan anak ke Sibu selepas semua urusan selesai.
Tapi takdir Allah, hasrat itu tak kesampaian dan arwah terlebih dulu menemui ajal.
Dalam salah satu posting yang dimuat naik, Nor Fitrah ada memberi kata-kata semangat buat suaminya sebelum memulakan tugas di tempat baru.
Selamat bertugas biy! Jaga diri kat tempat orang k .. Kami di sini sentiasa doakan yang terbaik. Icha tungu baba balik amik Ichaa yee.
Baru sambut ulang tahun perkahwinan
Dalam pada itu juga, arwah juga baru menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua pada 19 April lalu.
Tiada susunan ayat yang istimewa hanya ucapan dan doa ringkas yang mampu diucapkan. Semoga ALLAH melindungi perjalanan hidup kita dan dimurahkan rezeki seperti air sungai yang mengalir bahagia di dunia & akhirat.
Semoga kita tabah dan kuat untuk hadapi segala dugaan yang akan datang. Semoga kita menjadi suami isteri yang terus kekal selama lamanya. Amin yaa rabb.
Moga isteri, anak perempuan dan keluarga arwah terus kuat dan tabah menjalani kehidupan mendatang tanpa insan yang tersayang. Walaupun perit untuk melaluinya, percayalah Allah sebaik-baik perancang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr. Najwa Latif selamat menimang cahaya mata sulung pada 11 November 2025 — tarikh istimewa yang juga ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Rezeki berganda dan hadiah terindah buat pasangan muda ini.