Suka makan tart telur tapi tak tahu cara nak nak buat? Ok resipi kali ini sangat-sangat mudah dan rasanya pun sedap. Lepas ni tak payah dah nak fikir macam mana nak buat kulitnya.
Apa yang perlu mama sediakan bahan asas untuk fillingnya. Bila dah siap nanti, mesti satu keluarga puji sedap dan akan minta lagi nak buat.
Berikut perkongsian resipi Norain Naim yang mesti dicuba. Memang tak akan menyesal walaupun pertama kali anda buat.
TART TELUR HOMEMADE LAGI SEDAP DARI BAKERY
Assalamualaikum kesayangan, ada yang tunggu tunggu resepi dari Ain ke tu.
Since ramai yang tanye resepi tempoh hari so harini Ain nak kongsi resepi bukan saje kegemaran anak-anak tapi mak, ayah, nenek, atuk pun suka tau.
Buat mudah sangat-sangat. Jom cikedot
BAHAN PASTRY
Ain guna pastry brand KAWAN @ apa-apa brand pun boleh
FILLING
150g Gula Pasir
250ml air panas
4 biji telur
200ml fresh milk @ Full cream
1 sudu teh esen vanila
CARA CARA:
1. Bancuh gula dengan air panas dulu sampai gula larut. Ketepikan sehingga air gula sejuk.
2. Whisk telur tak perlu lama. Masukkan air gula, full cream milk, esen vanila dan kacau. Tapis bancuhan telur tu kita tak nak ada buih.
3. Sebelum tepek kulit pastry Ain sapu butter sikit tak nak dia melekat dekat acuan. Dah sapu, tepek kulit pastry dekat acuan, kemudian tuang bancuhan telur sehingga hampir penuh.
Jangan penuh sangat nanti melimpah ruah. Kalau melimpah, kulit luar akan serap filling tu dan buat kulit pastry jadi lembik.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak atau kekuningan. Masa masak ni berbeza ikut oven masing-masing.
5. Untuk pastikan tart telur dah masak, ambil lidi bersih cucuk. Kalau lidi yang keluar tu bersih maknanya tart kita dah masak.
6. Keluarkan tart dari oven. Kalau Ain terus ambil lidi cungkil tepi-tepi kulit tu supaya bila dah sejuk senang nak keluarkan tart dari acuan.
7. Dah sejuk boleh makan dengan bacaan Bismillah. Konfem sekejap dah licin sebab sedap sangat.
Sumber: Norain Naim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)