Tasha Shilla Akui Bab Anak, Cepat Sangat Tersentuh. Baru Tahu Perasaan Seorang Ibu!

Share

Betullah orang kata, emosi wanita sama ada ketika mengandung, berpantang dan selepas mempunyai anak agak lain. Mungkin juga sebab perubahan hormon dan juga perasaan selepas melihat anak membesar di depan mata.

Seperti apa yang dikongsikan oleh Tasha Shilla menerusi program bual bicara di TV3, dia berdepan situasi dimana emosi mudah sensitif sepanjang tempoh kehamilan serta ketika berpantang. Ujarnya, meskipun sudah bersalin, emosinya sensitif dan senang menangis.

“Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya akan rasa cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.

“Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif itu masih ada walaupun dah bersalin, sikit-sikit rasa nak nangis,” katanya.

Hampir tiga bulan menimang cahaya mata, pelakon berusia 34 tahun itu akui sangat gembira dan seronok sepanjang proses kehamilan sehingga bergelar ibu.

“Sejujurnya, saya punya proses dari awal mengandung, bersalin dan berpantang saya berasa sangat gembira dan seronok.

“Saya bersyukur sebab suami sayaa banyak membantu saya dari segi untuk menguruskan saya dan anak saya. Dia sangat memainkan peranan sebagai suami, jadi saya punya perjalanan untuk menjadi ibu ni Alhamdulillah, semuanya seronok,” katanya.

Terdahulu, Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari tahun lalu selepas lima hari mengikat tali pertunangan.

Kredit: rotikaya.com

Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy