Taugeh merupakan satu tumbuhan bercambah yang masih diperingkat awal atau muda. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai bean sprouts, dan apabila ia ditafsirkan ke dalam bahasa Melayu, membawa maksud, kacang yang bercambah, yang akhirnya membawa kepada penghasilan taugeh. 

Taugeh Walaupun Kecil Bagus Untuk Ibu Hamil, Ada Folat Yang Diperlukan Untuk Elak Kecacatan Janin

Proses penghasilan taugeh ini bermula dengan proses percambahan benih, dalam kes ini, adalah percambahan benih kacang hijau. Ia akan direndam selama beberapa jam. Benih yang direndam ini kemudiannya akan didedahkan kepada gabungan suhu dan kelembapan yang betul. Dalam tempoh selama dua hingga tujuh hari, ia akan mula bercambah. Ia sudah boleh dituai atau diambil apabila ia mula mencapai ketinggian dalam 2 hingga 5cm.

Sebenarnya selain kacang hijau, pelbagai jenis benih turut boleh dicambah seperti taugeh, antaranya seperti:

  • Kekacang dan pea seperti lentil, kacang soya, kacang hitam, green pea
  • Bijirin seperti beras perang dan quinoa
  • Sayuran atau pucuk berdaun seperti lobak, brokoli atau bit
  • Kacang atau biji seperti badam, biji alfafa, biji labu, biji bijan atau biji bunga matahari

Tumbuhan yang melalui proses percambahan ini boleh dimakan secara mentah atau anda juga mempunyai pilihan untuk memasaknya sedikit atau sekejap sebelum memakannya.

Nutrien dalam taugeh

Walaupun ia sebenarnya merupakan satu sumber makanan yang rendah kandungan kalori, namun ia merupakan sumber makanan yang kaya nutrien dan sebatian tumbuhan yang bermanfaat. Ia turut mengandungi vitamin dan sumber mineral.

Secara umumnya, proses percambahan yang dilalui taugeh ini membantu meningkatkan tahap nutrien, menjadikannya tinggi kandungan protein, folat, magnesium, fosforus, mangan (manganese) dan vitamin C dan K berbanding tumbuhan yang tidak melalui proses percambahan.

Sebagai contoh, beberapa kajian menunjukkan bahawa proses percambahan ini dapat membantu meningkatkan kandungan protein. Tumbuhan seperti taugeh juga cenderung untuk mengandungi asid amino penting yang lebih tinggi.

Selain itu, protein yang terkandung dalam tumbuhan seperti taugeh juga akan lebih mudah untuk melalui proses pencernaan. Ini mungkin disebabkan oleh proses percambahan, yang kelihatan seperti mengurangkan jumlah antinutrien, iaitu sebatian yang akan mengurangkan keupayaan badan anda untuk menyerap nutrien dari tumbuhan sehingga 87%.

Ia yang berasal daripada kacang hijau ini merupakan tumbuhan yang mengandungi sumber antioksidan dan sebatian lain yang bermanfaat. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa makanan yang terhasil daripada kacang hijau juga adalah lebih berkhasiat.

Taugeh Walaupun Kecil Bagus Untuk Ibu Hamil, Ada Folat Yang Diperlukan Untuk Elak Kecacatan Janin

Manfaat taugeh

Taugeh adalah sejenis sayur-sayuran yang malang sekali, kurang digemari oleh kebanyakan individu tanpa mengira jantina dan usia. Sebenarnya, ia mempunyai pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu. Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh diperolehi dengan memakannya, seperti:

  • Kaya protein

Ia sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

  • Kaya enzim

Berbanding sayur-sayuran lain, ia mengandungi 100 kali ganda enzim. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan kembung perut.

  • Kaya serat

Dalam pada itu, ia juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.

  • Kaya antioksidan

Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan. Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, memakannya juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.

  • Kaya asid lemak

Selain itu, ia juga sangat kaya dengan asid lemak. Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambilnya sebagai alternatif, bukan?

  • Kaya vitamin

Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B. Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.

Taugeh untuk kesihatan

Taugeh Walaupun Kecil Bagus Untuk Ibu Hamil, Ada Folat Yang Diperlukan Untuk Elak Kecacatan Janin

Taugeh merupakan satu pilihan makanan yang sihat. Malah lebih baik, ia adalah pilihan makan yang murah dan mudah untuk didapati. Mari kita selidik kebaikan dari aspek kesihatan yang boleh diperolehi dengan memakannya.

  1. Tingkatkan penghadaman

Taugeh dapat membantu anda untuk mencernakan makanan anda dengan lebih baik dan lebih mudah. Seperti yang dinyatakan di atas, ia mengandungi antinutrien yang rendah, ini sekali gus menjadikan badan anda lebih cepat menyerap nutrien semasa proses penghadaman. Proses pencambahan ini membantu meningkatkan jumlah serat yang tidak larut, sejenis serat yang membantu pembentukan najis dan proses pengeluarannya melalui usus, yang akan mengurangkan risiko untuk berkemungkinan mengalami sembelit.

  1. Kesihatan jantung

Mengambil taugeh dalam pengambilan makanan harian anda, ia dipercayai dapat memberikan manfaat kepada jantung anda. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan faktor risiko penyakit jantung seperti paras kolesterol darah tinggi. Beberapa kajian kepada haiwan menunjukkan bahawa memakannya akan membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL yang dikatakan sebagai kolesterol ‘baik’ dan mengurangkan tahap kolesterol LDL yang dikatakan sebagai kolesterol ‘tidak baik’.

Dalam kajian yang dilakukan terhadap 39 individu dengan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dengan masalah kesihatan diabetes jenis 2, dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan 60 gram lentil setiap hari dan satu kumpulan lagi tidak diberikan sebarang lentil, salah satu jenis tumbuhan yang melalui proses percambahan seperti taugeh. Selepas tempoh kajian selama 8 minggu, kumpulan yang diberikan lentil mempunyai 12% paras kolesterol HDL yang lebih baik dan 75 hingga 84% paras trigliserida dan tahap kolesterol LDL yang lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak diberikan lentil.

  1. Tekanan darah

Taugeh kaya dengan kalium, magnesium dan serat yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Mempunyai tekanan darah tinggi adalah satu masalah kesihatan yang serius kerana ia meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung, satu penyakit utama yang menyebabkan kematian di dunia.

Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah. Melalui kajian yang menghubungkan nutrien seperti kalium, magnesium dan serat yang terkandung di dalam taugeh dapat menjadikan tekanan darah tinggi lebih rendah.

  1. Gula dalam darah

Apabila seseorang individu mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ia adalah ciri utama masalah diabetes dan telah dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan yang kronik. Oleh sebab ini, profesional perubatan dan kesihatan sentiasa menasihati ramai individu untuk mengekalkan dan memastikan tahap gula dalam darah berada pada tahap yang sihat.

Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan memakan taugeh bagi membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Ini kerana komposisi nutrien dalam taugeh baik dalam menurunkan tahap gula dalam darah. Ia tinggi serat dan protein yang menjadikan proses pelepasan gula ke dalam aliran darah menjadi perlahan.

  1. Berat badan

Terdapat kajian yang dilakukan menunjukkan kandungan serat dan protein dalam taugeh dapat menghalang hormon lapar seperti ghrelin. Tambahan lagi, terdapat kajian tambahan yang mendapati kedua-dua nutrien dalam taugeh ini juga menggalakkan pembebasan dan penghasilan hormon yang menjadikan anda berasa lebih kenyang seperti peptida YY, GLP-1 dan cholecystokinin.

Dengan membuatkan anda berasa kenyang, ia sekali gus dapat mengawal pengambilan kalori dan membantu mengurangkan berat badan anda.

  1. Kehamilan sihat

Bagi wanita hamil, anda sememangnya akan disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan folat semasa tempoh kehamilan. Ia adalah penting untuk membantu pertumbuhan optimum dan perkembangan bayi dalam kandungan anda. Lebih membahayakan wanita yang tidak mendapat keperluan folat yang mencukupi, berdepan dengan risiko kecacatan kelahiran yang lebih tinggi.

Taugeh mengandungi 80% jumlah pengambilan nutrien makanan yang disyorkan bagi folat dalam satu cawan taugeh yang dimasak, iaitu sebanyak 202 gram. Ia juga tinggi kandungan zat besi, protein dan serat yang sememangnya amat diperlukan oleh individu wanita mengandung.

Namun, individu wanita yang mengandung harus mengelakkan dari memakan taugeh mentah kerana ia berkemungkinan membawa bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan berbahaya kepada bayi dalam kandungan. Sebaiknya pastikan taugeh yang hendak dimakan dimasak dengan sebaiknya.

  1. Radikal bebas

Antara kebaikan yang boleh diperolehi dengan pengambilan taugeh dalam diet pemakanan harian adalah ia dapat mencegah diri kita daripada radikal bebas. Untuk makluman anda, radikal bebas adalah satu keadaan apabila badan kita mengandungi sebatian kimia yang melebihi had yang sepatutnya. Kandungan kimia ini akan berupaya untuk menjejaskan dan mendatangkan kesan kepada sel-sel dalam badan dan menjadikan ia sel yang tidak baik, di mana sel-sel ini akan menyerang sel yang baik dan sihat yang terdapat dalam badan anda.

Jadi bagaimana taugeh dapat membantu menghalang anda daripada radikal bebas? Ini kerana taugeh mengandungi antioksidan yang akan membantu badan melawan sel-sel yang tidak baik. Antioksidan juga berperanan untuk meningkatkan sistem kekebalan dalam badan anda. Ia sekali gus menjadikan badan anda dilindungi daripada radikal bebas yang turut merupakan salah satu punca kanser.

Bahaya taugeh

Taugeh merupakan tumbuhan yang menjadi antara makanan tidak boleh dimakan mentah. Ini kerana proses tumbesarannya berlaku dalam keadaan yang lembap yang berisiko untuk terdedah kepada bakteria seperti salmonella dan E.coli. Bakteria ini tidak akan boleh disingkirkan dengan hanya membasuh tetapi ia perlu dimasak dengan sempurna untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan.

Berikut adalah beberapa kesan bahaya taugeh jika tidak dimasak dengan betul:

  1. Kehamilan dan penyusuan

Fasa kehamilan adalah satu peringkat penting bagi seorang individu wanita. Pada waktu ini adalah penting untuk mengambil makanan yang seimbang dan mengandungi nutrien penting seperti vitamin dan mineral.

Taugeh merupakan sumber nutrien penting bagi vitamin B, C, zat besi, folat, kalium dan magnesium serta nutrien lain. Ini menjadikan ia sangat bermanfaat untuk memberikan fasa kehamilan yang sihat.

Tetapi ia juga merupakan satu tumbuhan yang berisiko tinggi untuk mengandungi bakteria sekiranya ia tidak dibersihkan dan tidak mengalami proses tumbesaran yang baik. Seperti yang dinyatakan di atas, ia berisiko untuk membiakkan bakteria salmonella dan E.coli yang boleh menyebabkan masalah seperti cirit-birit, mual, demam, dan masalah serius lain kepada wanita hamil. Jadi sangat penting untuk memastikan ia dimasak dengan sebaiknya. Namun, pengambilannya secara berlebihan pula boleh menimbulkan masalah seperti penyerapan nutrien yang tidak baik, kembung perut dan kekejangan perut serta lain-lain lagi.

  1. Alahan

Taugeh sememangnya mengandungi sumber nutrien yang sangat baik seperti vitamin, mineral, antioksidan, fitonutrien, dan serat makanan. Kehadiran sebatian baik ini menjadikannya sangat bermanfaat untuk diambil dalam diet pemakanan harian. Namun, bukan semua individu boleh menikmati manfaat daripada tumbuhan ini. Ini kerana sesetengah individu mungkin akan mengalami reaksi alahan seperti kegatalan, berdehit, ekzema, sesak dan pendek nafas, sakit perut, mual, muntah dan cirit-birit.

  1. Risiko glisemik

Mengambil taugeh dalam kuantiti yang sederhana dan secara tetap adalah sangat baik untuk individu yang menghidap diabetes (kencing manis) dan kepada individu yang berdepan risiko untuk mengalami diabetes. Ia disebabkan indeks glisemik yang rendah dan ini bermakna, tumbuhan ini akan membantu melepaskan gula ke dalam aliran darah pada kadar perlahan dan ia membantu mengawal diabetes.

Tetapi pengambilan taugeh secara berlebihan boleh menyebabkan gula dalam darah turun ke tahap tidak normal yang boleh menimbulkan masalah hipoglikemia (Hypoglycemia), ia merupakan satu keadaan di mana paras gula berada di bawah tahap normal dan individu yang mengalami keadaan ini akan berdepan simptom seperti peluh secara berlebihan, kelaparan yang berlebihan, pengsan, keletihan, mual, muntah dan penglihatan kabur serta lain-lain masalah kesihatan. Jika anda seorang individu yang menghidap diabetes dan telah mengambil ubatan dan memakan taugeh pada jumlah yang berlebihan akan memperburukkan keadaan kesihatan anda.

Taugeh Walaupun Kecil Bagus Untuk Ibu Hamil, Ada Folat Yang Diperlukan Untuk Elak Kecacatan Janin

Resepi masakan taugeh

Seperti yang dinyatakan di atas, taugeh memberikan banyak manfaat dan kebaikan dari aspek kesihatan. Oleh itu, apa kata kita ubah persepsi dan diet pengambilan makanan kita untuk lebih menggemari dan memperbanyakkan sayur taugeh? Jadikan ia sebagai satu makanan yang perlu ada dalam diet kerana manfaat daripadanya adalah sangat banyak dan penting buat kita. Berikut beberapa resepi taugeh mudah dan ringkas yang boleh anda cuba:

#1. Taugeh masak lemak

Bahan yang diperlukan:

  • Taugeh
  • ½ batang lobak merah, dipotong panjang-panjang
  • ½ bawang besar  dipotong halus
  • 1 ulas bawang putih dipotong halus
  • Udang, jika anda mempunyai alahan, anda boleh memilih untuk tidak menggunakan udang, dan menggantikannya dengan ayam
  • ½ cawan santan,
  • ½ cawan air
  • Garam
  • Gula

Cara penyediaannya:

  1. Bancuh santan dengan air. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan bawang putih, bawang besar, udang dan lobak merah.
  2. Bila ia sudah mendidih masukkan taugeh. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila taugeh kelihatan hampir layu, tutup api.
  3. Makanan sudah sedia untuk dihidangkan.

#2. Taugeh goreng

Bahan yang diperlukan:

  • 300 gram taugeh kasar
  • 2 keping tauhu, dipotong dadu
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 100 gram udang segar, dibuang kulit, jika anda mempunyai alahan makanan laut, anda boleh menggunakan isi ayam dan dipotong kecil
  • 50 g daun kucai, dipotong pendek
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaannya:

  1.  Panaskan minyak dan gorengkan tauhu sehingga masak. Angkat tauhu dan masukkan ke dalam pinggan.
  2. Cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk bersama dan tumiskan. Masukkan udang sehingga wangi.
  3. Masukkan tauhu, taugeh, daun kucai dan garam. Kacau rata. Biarkan seketika.
  4. Sedia dihidangkan.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI