Tauhu Berlauk Sedap & Ringkas, Guna Acuan Lompang, Lagi Senang Anak Makan!

Share

Minum petang untuk anak tak sah rasanya tanpa gorengan yang segar dan rangup. Apa kata kali ini, kita hidangkan tauhu berlauk pula untuk anak-anak. Buatkan saiz comel seperti yang dikongsikan oleh Pn Rusidawati Ab Rahman.

Saiz yang comel dengan menggunakan acuan kuih lompang ini pasti buat saiz jadi sekata malah lagi senang anak makan. Jom cuba.


Sedap rupanya benda alah ni. Patut la duk viral je. First time buat. Not bad. Nanti boleh repeat buat lagi. Minta maaf ye semua ramai yang minta resepi, so sis tepek kat sini je laa ye.

Bahan-bahan:
2 ketul isi ayam
3 keping tauhu petak
4 ketul tauhu telur (tofu)
3 biji telur
Sebiji bwg bombay
Carrot
Daun sup
Serbuk cukup rasa

Blend isi ayam, tauhu petak, tauhu telur dan telur. Blend sampai hancur ye.

Lepas tu masukkan dalam bekas gaulkan dengan serbuk cukup rasa, carrot, bawang bombay dan daun sup.

Masukkan dalam acuan lompang, kukus sekejap je dalam masa 5 minit macam tu laaa lebih kurang.

Dah kuarkan dari acuan, celup kan tauhu yang kukus tadi dalam telur dan goreng sampai kekuningan.

Okey siap.

Selamat mencuba.

Artikel berkaitan: Tauhu Berlauk Super Duper Sedap, Makan Cicah Dengan Sambal Kicap, Simple Je Cara Nak Buat

Gabungkan Dua Tauhu Dalam Resipi Tauhu Berlauk, Menu Tinggi Protein & Kalsium Buat Anak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM