Jika anda peminat tauhu begedil atau tauhu sumbat, ini ada lagi satu resipi wajib anda cuba. Namanya tauhu bunga. Intinya seperti tauhu begedil cuma tidak menggunakan ubi kentang.
Bahan utama untuk menghasilkan tauhu bunga ini menggunakan tauhu putih, beberapa jenis sayuran dan inti ayam atau daging. Bagi anda yang pertama kali hendak menikmatinya, pasti tak akan menyesal kerana teksturnya ranggup di luar dan lembut di dalam.
Berikut perkongsian dari Puan Noris Nora dan patut anda cuba.
Sebelum viral tauhu bergedil, saya suka buat tauhu sumbat goreng @ tauhu terbalik @ tauhu bunga ni…
Tips – adunan inti tu macam cekodok lembut-lembut, jika kering sangat, sila tambah telur. Kegunaan telur tu untuk melekatkan semua bahan-bahan inti dalam kulit tauhu.
TAUHU TERBALIK (Tauhu Bunga)
* 25 biji tauhu kering
-potong X di atas tauhu dan terbalikkan. Keluarkan isi tauhu kering jika ada, nanti campur dengan tauhu putih untuk inti
* 5 biji tauhu putih – di lecek.
* 2 pokok daun bawang (boleh ganti dengan bawang besar)
* 2 pokok daun sup
* 1/2 batang carrot di sagat panjang
* 2 biji cili merah besar di hiris.
* 3 biji telur
* Serbuk perasa ayam
* Garam
* Lada sulah
(Boleh juga tambah ayam, daging, tapi kena tumis sedikit dulu supaya masak)
Cara-cara membuatnya:
– Gaul semua bahan-bahan ni sampai sebati. Sumbat dalam tauhu terbalik tu..
– Masa nak goreng, masukkan bahagian bunga dulu dalam minyak, tekan sekejap, masak hingga garing, baru terbalikkan.
– Tak perlu celup telur lagi semasa hendak menggoreng. Tauhu ni sedap garing-garing. Rangup sangat kulitnya.
– Makan dengan sos cili thai homemade atau sos pencicah.
Kredit Resipi: Noris Nora
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI