❝Rasulullah ﷺ mencium cucu-cucu Baginda. Baginda mendidik dengan penuh rahmah kepada anak-anak. Ini akan memberi kesan yang besar dalam diri mereka. Jangan didik anak-anak dengan penuh kekerasan.❞
[Habib Musa Kadzim Bin Jaafar Bin Muhammad As-Saggaf]
Tegas tak sama dengan bengis.
Displin tak sama dengan garang.
Hati anak yang lembut, usah di kasari dengan bahasa dan nada yang mengeraskan jiwa.
Jiwa anak yang rapuh, usah di pecahkan dengan tempik dan tengking marah.
Kerana kelak, andai panjang usia, kita akan merasai pahitnya buah hasil keburukan akhlak kita sendiri.
Masa berbaki nyawa di beri,
Moga sempat kita sama sama perbaiki.
Kerna cinta dan kelembutan adalah makanan jiwa paling nyaman.
Yang akan di rindu dan di cari anak untuk menumpang teduh kerana redupnya santun ibu bapa.
“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku (Rasulullah) adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”HR. Tirmizi
Dengan bismillah, kita usaha lagi.
Sumber: Fazrena Kamal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Berkira Dengan Anak Isteri, Allah Permudahkan Urusan Suami. Rezeki Pun Makin Dekat
Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji. Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah.
Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan isteri, urusannya dipermudahkan dengan izin Allah, mudah-mudahan. Asalkan ia dilakukan dengan ikhlas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan inspirasi. Memberikan kejutan sajian makanan yang disukai cukup menggembirakan si kecil. Melihat anak isteri menikmatinya pun hati suami sudah cukup membuatkan diri terharu.
“Ayang, bgtau anak2 yg abg dah beli pizza ni…ptg ni kita makan pizza…”
Hari ni hari gaji…
Check tadi, tgok2 gaji dah masuk…Allah, seronoknya hati…trus wassup wife, bgtau kat wife…sblum blk keje, order pizza siap2 then terus p ambik…xsabar ni nak bwk blk pizza bg kat isteri, bg kat anak2…
Apa la reaksi diorang nanti…
Sampai je kat umah, isteri buka pintu, anak2 terus serbu…”Yeay yeaay, makan pizza, makan pizza…” Allah, seronok plak abah tgok anak2 abah gembira mcm ni…
‘Jom2 dduk kat meja, abah bg pizza…’
“Abah nak x, mai la mkn sekali…”
‘Xpe, makan dlu nak, abah nk mandi, sembahyang smua dlu…mkn2, xpyh tgu abah…’
SESEKALI LIHAT ANAK ISTERI GEMBIRA
Saya tengok je diorang mkn, gembira anak2 dan isteri dpt mkn pizza…bukan hari2 dpt mkn pizza…setiap bulan, hari gaji ja beli…klu bukan pizza, kfc…klu bukan kfc, bwk mkn luar…
Tapi semua tu tak selalu…
Hari gaji ja buat mcm tu…hari2 biasa, back to normal life, makan apa yg ada…nasi putih, ikan goreng…nasi putih, ayam kicap…nasi putih, telur masak merah…nasi putih, sup sayur…
Hari biasa, makan xbleh mewah2 sbb duit x lebih byk pun, bajet ngam2 ja…maka kita bersederhana masa hari biasa, dan kita mkn sedap2 masa hari gaji…ini yg selalu saya buat utk keluarga setiap bulan…
SUAMI JANGAN BERKIRA
Kita yang jadi suami ni, jangan berkira untuk membelanjakan apa-apa saja untuk isteri dan ank2 bila kita ada duit…sebab mereka, urusan kita dipermudahkan…sebab mereka, rezeki kita dimurahkan…sebab mereka, kita diberikan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki…gembirakanlah mereka dengan kemampuan yang ada, selebihnya Allah jua lah yg akan mencukupkan kita..
Jangan risau bab cukup tak cukup tu…
Akhir kalam, manusia tidak akan mengetahui akan sesuatu nikmat kecuali bilamana nikmat itu hilang drpdnya…melihat isteri dan ank2 gembira adalah satu nikmat utk seorang suami yg sentiasa berusaha memikirkan yg terbaik utk keluarganya…
Nota kaki : Sebaik2 sedekah disisi Allah itu adalah pd ahli keluargamu…dah bersedekah kpd ahli keluarga ke belum tu?
Sumber: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hari Cuti Je Anak Dapat Tengok Muka Mak Ayah. Jangan Asyik Sibuk Hadap Telefon!
Ketika hari minggu, apa aktiviti yang biasanya anda lakukan sekeluarga? Biarpun sibuk, seharusnya pada hari Sabtu dan Ahad, masa diluangkan bersama anak-anak.
Tidak perlu tunggu musim cuti, anda boleh mewujudkan bonding time dengan anak-anak, asalkan bijak mencuri masa. Berikut beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mencipta masa bersama dengan anak-anak.
WUJUDKAN RUTIN HARI MINGGU
Tetapkan satu hari untuk membuat kerja rumah bersama-sama. Boleh jadi Jumaat malam atau pagi Sabtu. Dengan cara ini, kerja menjadi semakin mudah. Objektif utamanya bukanlah untuk membersihkan rumah sebenarnya, tetapi lebih kepada berseronok bersama anak-anak. Sambil itu, anda dapat memupuk sikap ringan tulang serta keinginan untuk membantu ibu bapa dalam diri anak-anak.
BACA BUKU BERSAMA
Di negara Barat, ibu bapa di sana amat menitikberatkan tabiat membaca sebelum anak-anak masuk tidur. Membaca buku cerita untuk anak-anak bukan saja dapat mencipta daya imaginasi dan kreativiti anak, tetapi mereka akan menghargai usaha anda untuk meluangkan masa bersama sebelum tidur.
Bacakan kisah tauladan kepada mereka agar dapat memberi impak positif terhadap anak-anak. Lebih baik lagi, jika anda dapat membacakan tafsiran Al-Quran dan bercerita tentangnya kepada anak-anak.
Artikel Menarik: [Bilik Cantik, Anak rasa Teruja. Ajar Anak Kemas Sendiri Sejak Kecil]
AJAR ANAK-ANAK BUAT SOMETHING FUN
Janganlah serius sangat. Sesekali cuba ajar anak-anak buat sesuatu yang menyeronokkan. Contohnya seperti cara buat sandwic, bakar kek, main susunan lego, melukis dan sebaginya. Ketika anda merasakan ia sesuatu yang remeh, percayalah anda akan lebih menghargai masa bersama mereka.
BERJALAN BERSAMA
Ibu bapa yang sibuk bekerja, jarang mengambil masa untuk berjalan bersama anak-anak. Bukan bawa mereka bersiar-siar di pasar raya, ya. Tetapi lebih kepada berjalan sambil bersembang hati ke hati. Anda boleh bawa mereka ke taman atau tempat-tempat yang mendamaikan sambil berkongsi semua hal. Ketika ini, jangan menghakimi anak anda. Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa ada untuk anak-anak. Cara begini dapat membina kepercayaan mereka terhadap anda dan dapat mengelak daripada mereka memendam perasaan.
DATING DENGAN ANAK-ANAK
Setiap anak memerlukan masa untuk one to one dengan anda supaya mereka dapat berkomunikasi. Adakan masa untuk keluar bersama anak (hanya anda dan dia). Ketika ini, anda boleh bertanyakan apa sahaja kepada mereka.
BUAT PARTI MENGEJUT
Tidak perlu parti sebenar yang memerlukan belanja besar. Anda boleh ajak anak-anak menonton filem bersama sambil makan kudapan. Seperti menonton di panggung wayang. Atau mungkin juga anda boleh bermain sebarang permainan dengan mereka. Sediakan makanan ringan dan minuman istimewa, seolah-olah ada satu keraian dengan anak-anak.
Artikel Menarik: [Nak Hadap Tantrum Anak, Ibu Ayah Hati Kena Kental. Bila Dah Biasa, Lama-Lama Jadi Mudah]
BANYAKKAN MENGAMBIL FOTO BERSAMA
Ini banyak ibu bapa yang buat. Jangan sekadar disimpan dalam memori telefon bimbit. Cetak foto tersebut dan susun dalam album. Kemudian bolehlah anda melihat kembali koleksi foto dan bercerita dengan anak-anak tentang foto itu.
Sebenarnya anak-anak tidak meminta agar mereka diberikan hadiah atau ganjaran mewah. Cukuplah sekadar masa dan perhatian ibu bapa berikan kepada mereka. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea kepada anda untuk merancang aktiviti menarik untuk dibuat sekeluarga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Gaduh Giliran Nak Balik Kampung Siapa. Suami Isteri Kena Ada Tolak Ansur
Syawal bakal menjelang dua minggu lagi. Meriahnya kalau dapat disambut dengan keluarga. Perihal giliran pulang ke kampung ini kadang kala menjadi isu besar yang boleh menyebabkan perselisihan faham.
Siapa tidak mahu menyambut hari raya di samping keluarga sendiri. Namun kalau suami ada ihsan kepada isteri, ia tentunya tidak menjadi masalah. Perkongsian daripada seorang bapa, Firdaus Shakirin ini boleh dijadikan panduan.
Tahun Depan Rumah Suami
“Tahun ni rumah suami, tahun depan rumah isteri…”
Giliran balik raya…
Kebiasaannya setiap kali nak raya, maka akan keluarlah posting-posting tentang giliran balik raya…
“Giliran balik raya ni sebenarnya adalah sesuatu yang tak wujud dan ianya atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri…”katanya…
Betul, tepat, konsep ihsan, jadi suami tidak wajib ikut kehendak isteri utk beraya di kampung isteri…so,
“Tahun ni rumah suami, tahun depan rumah suami, tahun 2021 rumah suami, tahun 2099 rumah suami”
Konsep ihsan dalam rumah tangga
Mari kita tgok beberapa konsep ihsan isteri dlm rumahtangga kita…
Isteri wajib tak buat kerja-kerja rumah?
Tak wajib, tapi disebabkan dia nak jadi isteri yang baik, dia faham yg suami dia letih mencari rezeki, dia faham yg suami dia xde masa utk buat, maka dia buat…tugas isteri hanyalah melayani suami sahaja, ini kewajipan dia, bukan keje2 rumah…ini ihsan isteri ke atas seorang suami..
Isteri wajib bekerja tak?
Tak wajib…tempat isteri sepatutnya dimana? Dirumah…jadi kenapa isteri bekerja? Menolong membantu meringankan beban suami dlm menguruskan rumahtangga…meringankan beban, bukannya mengambil alih beban…ada x isteri tolong bayar bil utiliti tiap2 bulan? ada x isteri kongsi bayar ansuran rumah, ansuran kereta? ada, dan bilamana dia buat smua tu, dia tolong bayar, itu ihsan isteri ke atas seorang suami…klu suami dia mampu, dia xperlu utk buat smua tu…dia hanya duduk dirumah tgok samarinda…
Isteri ada hak tak ke atas duit gajinya?
Ada, hak sepenuhnya, hak total…suami boleh guna duit isteri x? Klu isteri izinkan dan redha, boleh…klu dia tak izinkan, dan tak redha, xbleh…ada x isteri beli brg dapur dgn duit dia sendiri? bli baju dgn duit dia sendiri? bli ubat dgn duit dia sendiri? Ada…ganti tak duit2 yg isteri belanjakan tu? Kena ganti sbb menyediakan makan minum, pakaian dan perubatan itu tugas suami…isteri rela dan redha guna duit dia utk bli brg2 dapur, pakaian, perubatan atas asbab ihsan isteri ke atas seorang suami.
Isteri wajib tak jaga org tua suami?
Tak wajib…klu dia jaga dikira apa? Ihsan…kewajipan menjaga org tua suami itu terletak dibahu suami dan adik beradiknya…abg suami, kakak suami, adik suami, ini smua adalah anak dan sebagai anak mereka perlu berbakti kpd org tua mereka…kenapa isteri jaga org tua kita? Sebab kita xbleh nk jaga, kita kena kluar bekerja…maka satu lagi konsep ihsan isteri ke atas seorang suami…
Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, berlambak-lambak ihsan seorang isteri kepada seorang suami dan seorang isteri memerlukan ihsan seorang suami hanya 2 KALI SETAHUN, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha…
Itupun selang-selang, bukan setiap tahun dapat balik beraya rumah orang tuanya…
Ihsan isteri sudah cukup banyak untuk suami
Ihsan seorang isteri tu cukup byk kpd seorang suami, makanya, cubalah bersikap adil dgn meletakkan sesuatu itu kena pd tempatnya…kalau dipersetujui tahun ni rumah kita, maka hormatilah persetujuan itu dan tahun depan rumah dia plak…jgn tiba2 berdalih, bagi alasan, cuba utk tidak balik ke rumah org tuanya…
Suami yang sedar akan apa yang isterinya dah buat utk dirinya, dia akan ikut giliran seperti yg dah dipersetujui bersama…bersikap adil dan berihsan kpd si isteri…
Dia bukan anak yatim piatu, dia pun ada mak bapak dan dia pun nak beraya dgn mak bapak dia selagi mak bapak dia masih hidup…Faham deh?
Nota kaki : Tu la, dulu org suh kawin jiran sebelah, xmau…nk jgak org jauh2 sbb nk ada feel ‘balik kampung’ konon…nah, padan muka…hehe
Sumber: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI