Mula membaca usia 3 tahun, tidak ke tadika, apabila usia 4 tahun pula sudah pandai membaca buku dan terbukti berjaya! Bukan sahaja buku kanak-kanak tetapi buku novel! Motivasi sungguh perkongsian ilmu ini.
Paling hebat si ayah yang mengajar anaknya. Sekarang anaknya telah berusia tujuh. Subjek Bahasa Melayu dan buku adalah subjek yang paling diminati oleh anak ini. Hebatnya! Ibu bapa ini saling bekerjasama untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang. Tentu ada teknik yang digunakannya.
Perkongsian hebat dan bermanfaat ini dikongsi oleh Puan Zairul Akmal dalam Facebook miliknya pertengahan tahun lepas setelah mendapat mendapat keizinan daripada ‘tuan badan’ yang ingin dirahsiakan namanya. Moga menjadi panduan berguna buat ibu bapa cemerlang semua.
******
Setelah mendapat keizinan dari tuan badan yang ingin dirahsiakan namanya, kak Z akan kongsi dengan semua ibubapa hebat sekalian.
Seawal 3 tahun. Anak ini diberi pendedahan bagaimana menarik minat anak membaca.
Sekali dengar. Pasti ramai berkata. Alah, anak aku pun pandai baca abc, 123 semua. Hantar je sekolah swasta. Mereka akan boleh baca punya!
Ya. Betul. Setuju. Itu cara paling mudah dan kerja senang bagi ibubapa yang sibuk bekerja macam kak Z dan juga orang lain. Tetapi bagaimana kalau ada sesetengah tak mampu nak hantar sekolah swasta? Atau bekerja dari rumah? Perlu ke hantar seawal 3 tahun? Awal sangat bagi saya. Usia 3 tahun ni mereka tengah seronok explore aegala benda. Main. Makan. Tidur. Tidak perlu bebankan mereka tentang belajar!
Zaman sangat pantas berlalu sekarang. Semua mahu berlumba nak bagi anak pandai. Kalau boleh masa umur 2 tahun anak dah boleh buat kira-kira! Serius! Ini yang dah ditanam dalam minda ibubapa baru sekarang. Sampai kadang kak z dan suami tertanya-tanya. Lewatkah kita masih belum hantar anak sekolah di usia 4 tahun? Bagaimana nanti anak orang lain dah pandai baca tapi anak kita tak tahu apa pun lagi? Risau. Tak sempat masa nak ajar. Lalu hantar anak sekolahm di mana usia itu mereka sepatutnya enjoy bermain. Tanpa perlu menangis mandi pagi buta ke sekolah. Belajar kononnya.
Tapi kak Z tak nafikan. Bagus juga hantar anak awal. At least mereka belajar bergaul. Cekalkan hati dan diri. Belajar bercakap. Bukan kak Z kata tak bagus.
Berbalik pada isu membaca seawal 4 tahun pula.
Ini yang di ceritakan pada kami:
Anak beliau tidak ke sekolah, tapi usia 4 tahun dah pandai baca. Buku novel. Bukan buku cerita kanak-kanak. Huh! Terperanjat kami dengar.
Bermula usia 3 tahun, bapanya belikan 1 set buku Bacalah Anakku untuk anaknya.
Hari pertama selepas Isyak, bapa akan spend masa paling lama 30 minit untuk anak-anak beliau. Kenapa tak sejam? Mereka perlu belajar lama. Lagi bagus. Bukan begitu? Salah tu. Kanak-kanak hanya boleh beri tumpuan hanya beberapa minit sahaja. Paling lama 30 minit. 3 tahun. Bukan 6 tahun!
Malam selepas Isyak panggil anak duduk di sisi.
Kakak, malam ni ikut ayah baca ya.
Buku set 1. Frasa ba,ca, da, ma, la. Kita sebut dan tunjuk. Biar anak ikut satu-satu. Satu muka surat satu malam. Cukup 1 mukasurat, bagi mereka bermain seperti biasa.
Anda rasa mereka stress tak? Tak kan. Seronok sebab ikut je ayah baca.
Malam kedua. Baca lagi muka surat yang sama. Ikut je ayah sebut suku kata tersebut. Siap. Lepaskan mereka meneroka rumah pula.
Begitulah seterusnya. Sampailah mereka dah boleh sebut sendiri tanpa sempat si ayah sebut. Sebab dalam kepala mereka dah tahu nak sebut apa sukukata ini.
Teknik sebut dan ulang. Teknik mengingat tanpa sedar. Sebab tu masa bayi kita digalakkan untuk tunjuk flash card pada bayi. Lama-lama akan melekat dalam fikiran mereka tanpa sedar.
Teruskan sampai habis buku 1. Sambung buku 2 pula dan konsisten setiap hari.
Anak tak stress dan mereka akan senang hati nak main baca-baca dengan ayah. Bes sebab ayah tak marah. Ikut je ayah sebut.
Patutlah anak kak Z selalu stress kalau ajak membaca. Sebab kadang kami tekan dia mengingat pada masa yang sama. Kesian dia kan. Bersalahnya.
Langkah seterusnya. Part buku set 5-8 (kak Z lupa part dia yang betul) bahagian baca ayat. Pastikan ayah/ibu baca dengan nada! Jangan baca tanpa intonasi. Biar anak ikut intonasi kita.
Habiskan sampai 8 set. Dan akhirnya Alhamdulillah anak kawan kami ni dah boleh baca masa usia 4 tahun. Bila ayahnya beli buku cerita. Tak sampai 10 minit dah habis baca. Bosan katanya sebab cepat habis.
Baca dan faham. Cerita yang dia baca tu benar-benar dia faham.
Lalu si ayah pun belikan anaknya buku kulit tebal yang boleh tahan sebulan untuk di baca. Syukur. Tanpa pergi tadika. Ayah je ajar sekejap setiap malam.
Kawan kami juga kerja tapi katanya dia memang khaskan masa malamnya untuk anak-anak. Masa membaca tu lah masa dapat diluang bersama anak. Lepas tu anak-anak akan tidur.
Sekarang si anak umur 7 tahun dah. Subjek bahasa melayu dan buku adalah perkara paling diminati oleh si anak.
Buat Kak Z, admin sendiri pun teruja baca perkongsian ini. Setuju juga pendapat Kak Z bahawa sesibuk mana ibu bapa bekerja, perlu luangkan masa untuk mengajar anak membaca. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Apa lagi, ibu ayah yang ada anak usia tiga tahun dan ke atas boleh mula sekarang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI