Nasi Goreng Cina antara nasi goreng mudah dan tidak pedas untuk sajian anak-anak. Nak sedap dan tambahkan sayur, lagi makin berkhasiat anak makan. Macam mana caranya?
Teknik cincangan sayur yang dikongsikan oleh Zurina Zulkifli ini buat anak makan bertambah. Jom cuba!
Anak-anak saya masih kurang gemar memakan sayur. Tapi kalau saya masak nasi goreng cina ni, laju je diorang habiskan.
Satu tip yang membantu saya berjaya membuatkan mereka makan nasi goreng cina ni adalah lobak merah dan daun bawang mesti dicincang halus, saiz lebih kecil daripada sebutir nasi.
Saya guna sebiji lobak merah untuk masakan ni, alhamdulillah habis dimakan anak-anak.
Bahan yang perlu disediakan:
Nasi sejuk – saya guna lebihan nasi pagi tadi
Udang, kupas kulit – kalau tiada udang boleh ganti dengan isi ayam
Seikat daun bawang – hiris halus
Sebatang lobak merah – hiris dan potong halus
Dua ulas bawang putih – cuci bersih dan ketuk
Sebiji telur ayam
Minyak masak, garam dan lada sulah
Panaskan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Pecahkan telur dan kacau sehingga keseluruhannya berwarna kuning.
Biarkan selama dua minit. Kemudian angkat dan simpan tepi.
Tambahkan sesudu minyak masak ke dalam kuali tadi dan tumiskan bawang putih bersama kulit. Biarkan seketika sehingga bawang putih keperangan kemudian angkat dan ketepikan. Saya cuma guna bawang putih untuk mewangikan minyak masak dengan aromanya.
Masukkan udang dan biarkan ianya masak.
Masukkan lobak merah dan daun bawang.
Masukkan telur hancur. Gaul sebati.
Masukkan nasi putih dan gaul.
Masukkan sedikit lada sulah dan garam halus mengikut citarasa.
Tip saya untuk nasi goreng sedikit lembut, saya tambahkan sesudu air ke atas nasi goreng yang sedang dimasak. Wap yang terhasil akan melembapkan nasi goreng.
Siap, sedia untuk dimakan.
Menarik: Senangnya Buat Sumsum Cheese Dragon Fruit Untuk bayi Ni, 3 Bahan Saja Sedap
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!