Pada peringkat awal umur anak-anak, mereka menunjukkan tingkah laku tanpa memahami perasaan sebenar yang dialami. Anak pada usia lima atau enam tahun boleh bertindak agresif. Ia berlaku disebabkan mereka tidak memahami dan tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perasaan. Semakin membesar anak-anak bermakna mereka akan memahami lebih banyak bentuk perasaan seperti cemburu, bosan dan sebagainya. Mereka bukan sahaja dapat memahami perasaan diri sendiri tetapi juga perasaan orang lain.

Ibu bapa berperanan untuk membantu anak-anak memahami dan menyatakan perasaan dengan baik.

Anak-anak yang faham dan dapat meluahkan perasaan dengan baik akan membentuk tingkah laku positif. Mereka juga dapat mengawal dan menangani perasaan kecewa atau marah dengan lebih berkesan. Ikuti tiga tindakan yang harus ibu bapa lakukan untuk membantu anak mengawal tingkah lakunya.

1.Memahami perasaan

Anak-anak dapat dibantu untuk memahami perasaan diri sendiri melalui interaksi positif yang ditunjukkan oleh ibu bapa.

Cara ini akan menggalakkan anak-anak mengenalpasti perasaan yang dialami. Apabila anak menunjukkan tingkahlaku bermasalah, ibu bapa boleh bertanyakan kepada mereka apa sebenarnya perasaan yang dirasakan ketika itu.

IKLAN

Juga bertanyakan kesan tingkahlaku tersebut ke atas orang lain dan juga terhadap dirinya sendiri.

Teknik ini membantu anak-anak untuk memahami perasaan dirinya sendiri dan perasaan orang lain dalam persekitarannya.

IKLAN
  1. Mengawal perasaan

Kadangkala anak-anak menunjukkan tingkah laku yang bermasalah kesan daripada perasaan negatif yang dialami seperti kecewa dan marah. Ibu bapa akan menyalahkan anak atas tingkahlaku yang ditunjukkan akan menyebabkan anak keliru dan memberontak.

Ini kerana anak-anak belum cukup bijak untuk memahami dan mengawal perasaan diri sendiri.

IKLAN

Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah cuba memahami apa perasaan kanak-kanak sehingga bertingkahlaku bermasalah.

Melalui komunikasi secara terbuka dan berkesan, anak-anak dapat dibantu memahami perasaan dan mengawal perasaan dengan baik.

  1. Arahan positif bertentangan negatif

Terdapat beberapa bentuk arahan yang selalu digunakan oleh ibu bapa  apabila berkomunikasi dengan anak-anak. Arahan-arahan ini ada berbentuk positif dan ada juga berbentuk negatif.

Arahan berbentuk positif akan memberi kesan yang positif kepada anak-anak, manakala arahan berbentuk negatif akan memberi kesan yang sebaliknya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI