Basuh kain tiada masalah tapi bab nak melipat, kebanyakan mak-mak akan cari masa sesuai untuk melakukannya. Dek kerana cari masa yang sesuai itulah kain baju bertimbun, dan mula berlonggok.Bukan orang yang dah ada anak saja, yang bujang pun sama. Bila ada tetamu datang, tergocoh-gocoh sembunyikan bakul-bakul dalam bilik tidur.
Berikut perkongsian dari Noorfazila Binti Abdul Rahman mengenai teknik melipat dan menyusun pakaian yang dipraktikkannya.
Khas untuk yang request nak tengok macam mana cara saya susun baju dalam wardrobe.. Memandangkan kat rumah kami memang jenis open wardrobe so kenalah sentiasa kemas.
Kalau nak tau keadaannya memang sentiasa macam ni. Bukan hanya setakat nak ambil gambar baru kemas tau.
Ads
Baju yang bergantung memang saya pastikan semua dah siap iron. Kalau nak tanya mana datang kekuatan dan kegigihan untuk iron dan lipat semua baju, saya ni memang selalu fikir kalau tiba-tiba Allah tarik nyawa saya biarlah suami dan anak-anak masih pakai baju sentuhan saya walaupun saya dah tak ada #sindrommakmak sgt kan
Sebab tu sebelum tidur atau nak keluar rumah mesti kemas rumah dan pastikan sinki bersih sebab takut kalau umur tak panjang orang datang nak tengok jenazah tak delah pening tengok rumah bersepah.
Ads
Dari dulu ramai yang komen cakap give up dah lipat kemas anak dan suami ambik baju tak susun elok-elok. Sebenarnya puan-puan kalau kita buat kerja rumah dengan happy dan penuh redha..pasti kita akan rasa happy dan betulkan balik supaya kemas semula hingga akhirnya anak dan suami akan semulajadi ambil baju elok-elok.
Tutorial Lipat Baju
Ads
Tutorial Lipat Baju Anak
Jadi nasihat saya bila anak bersepah sabar dan betulkan semula. Dalam masa yang sama ingatkan mereka. Lama-lama nanti dia orang pun akan ada habit yang sama sebab tu orang cakap melentur buluh biar dari rebungnya. Kita yang corakkan keluarga kita jadi macam mana.
Bertegas tak semestinya kita marah. Sebaliknya ia untuk mendisplinkan anak-anak sejak kecil. Bila anak dah mula bersekolah baru nak ajar dah kira terlambat.
Menerusi entri Lana Nordin di instagram, caranya bertegas dengan menyuruh Gia Quinn McKienzi mengemas permainan mendapat pujian peminat.
Nampak macam garang tapi inilah didikan yang penting untuk anaknya. Malah ramai yang memberi komen dengan menyatakan walaupun Lana berkahwin dengan orang Barat namun tetap menitikberatkan budaya orang Asia.
Malah, apa yang membuatkan netizen kagum, anak Lana juga tanpa banyak cakap mengikut arahan dan seolah-olah faham apa yang perlu buat walaupun berusia dua tahun.
Biasakan anak buat kerja rumah tak rugi, tapi ia salah satu pembelajaran tak formal yang anak akan dapat. Cara ini buatkan anak lebih berdisiplin dan faham apa yang patut dilakukan bila besar.
Mungkin ada ibu bapa tak kisah pun kerana menganggap anak akan belajar sendiri nanti. Persoalannya sampai bila? Sebagai mak ayah kitalah ibu bapa yang kena corakkan keperibadian anak.
Sumber: instagram Lana Nordin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Si kecil mungkin tidak dapat memahami apa yang anda katakan, namun ia tidak bermakna anda tidak boleh berbual dengan anak.
Jom semak 7 perkara yang boleh anda katakan kepada si comel.
Perlu ke berbual dengan anak?
Siapa cakap tidak perlu untuk bercakap dengan si manja? Komunikasi antara ibu bapa dan anak adalah penting. Ia pastinya membantu mengeratkan ikatan kalian.
Malahan mengikut cadangan pakar, mereka menyarankan agar ibu bapa (terutamanya ibu) untuk mula berbual dengan anak walaupun sebelum si manja lahir.
Banyak kajian yang dilakukan membuktikan bercakap dengan anak akan dapat membantu dalam perkembangan kemahiran motor. Ia termasuklah keupayaan mereka untuk belajar kemudian hari.
Ada bukti yang menyatakan apabila anda kerap bercakap dengan bayi di dalam kandungan, ia membolehkan mereka mengenali suara anda. Bukankah itu sesuatu yang menakjubkan?
Tetapi menjadi persoalan kini, apakah topik yang membolehkan anda berbual dengan anak anda?
Topik berbual dengan anak
Walaupun anda dan si kecil mungkin menggunakan bahasa yang berbeza, bak ayam dan itik. Namun ia bukan faktor penghalang untuk anda tidak bercakap dengan si manja.
Berikut adalah antara 7 perkara penting yang boleh anda katakan kepada si comel:
Chak!
Kalau dalam English style ia akan berbunyi “Peek-a-boo”. Tetapi anda pasti lebih biasa dengan perkataan “Chak!”. Ia seperti 1 perkataan yang menyeronokkan untuk anda katakan kepada si comel.
Tanpa anda sedar, perkataan itu memberikan manfaat kepada fizikal dan mental si kecil.
Anda sedang membantu mereka membina hubungan mental antara apa yang dilafazkan dengan gambaran aktiviti.
Jika anda berasa seperti ingin bermain, katakan kepada si comel, “Chak!” sambil menutup dan membuka mata anda.
katakan kepada si comel
Mama tahu sakit, tapi segalanya akan okay!
Ia adalah lumrah anak yang sedang membesar, untuk terjatuh, mengalami luka dan berada dalam kesakitan. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya sakit, bukan?
Selagi ia bukanlah 1 kecederaan serius, maka itu adalah pengalaman buat mereka. Tetapi anda tetap perlu memastikan mereka mengetahui bahawa anda faham apa yang dilalui mereka.
Melafazkan “Mama tahu sakit, tapi segalanya akan okay!”, pastinya lebih baik daripada terus mengatakan “Alaaaa, sikit sahaja luka tu”.
Pandai anak Mama!
Siapa yang tidak sukakan pujian? Jika kita sebagai individu dewasa pun boleh kalah dengan pujian, apatah lagi si kecil.
Berikan penghargaan kepada mereka atas apa yang mereka lakukan bergantung kepada usia mereka.
Sebagai contoh jika si kecil berjaya mengemas barang mainannya, ungkapkan kata-kata pujian seperti, “Pandai anak Mama kemas mainan dia. Sayang dia”. Jangan kedekut pujian, okay?
Mana mainan awak, sayang?
Sudah tentu anda tahu di mana letaknya barang mainan, pakaian atau segala yang menjadi milik si comel. Tetapi tiada salahnya jika anda bertanyakan kepada mereka jika anda mahu berbual dengan anak.
Daripada anda memberikan apa yang mereka mahu, anda boleh tanyakan apa sahaja yang mudah untuk dicapai atau diambil sendiri oleh anak tanpa bantuan anda.
Ia bukan sahaja dapat membantu si kecil mengenal pasti barangan yang terdapat di rumah, tetapi dalam masa yang sama meningkatkan rasa ingin tahu dan sifat ingin meneroka mereka.
Siapa ini?
Daripada Hello Kitty, Pinkie Pie, Upin Ipin, Elsa Frozen hingga kepada Tok, Pak Long dan Abang Amsyar, si kecil akan perlu mengingati ramai individu dan pelbagai karektor dalam kehidupan seharian mereka.
Pastinya menyeronokkan jika anda bertanyakan kepada si manja tentang individu yang mereka kenal walaupun mungkin jawapan yang diberikan tidak tepat.
Ia secara tidak langsung akan dapat menggalakkan anak untuk bercakap dengan lebih banyak dan menggunakan perkataan-perkataan baharu. Sekali gus ia membantu mengembangkan penggunaan bahasa mereka.
Nak tak, sayang?
Hulurkan apa sahaja kepada si manja, pastinya mereka tidak akan menolak apa yang anda tawarkan. Tetapi mungkin anda boleh memberikan mereka beberapa pilihan.
Ini pastinya dapat memberikan manfaat interaksi sosial kepada mereka. Dalam masa yang sama mereka akan belajar untuk bertindak balas dengan mengatakan ya atau tidak.
Mama sayang awak
Rasanya tidak perlu untuk diterangkan lagi mengenai ungkapan tersebut. Ia sudah tentu perkara yang terbaik untuk anda katakan kepada si comel setiap hari dan setiap masa.
Ungkapan itu pastinya 1 cara untuk menyatakan rasa kasih sayang anda kepada si kecil. I love you, adalah perkataan mudah yang boleh anda ajarkan kepada mereka walaupun sebelum mereka dilahirkan lagi.
Eratkan jalinan kasih
Sebenarnya banyak lagi ungkapan yang boleh anda katakan kepada si comel dan banyak lagi perkara dan topik untuk anda berbual dengan anak.
Parents, jangan terlalu leka menghadap gajet. Sebaliknya luangkan masa bersama anak selagi mereka mahukan perhatian anda. Jangan lepaskan peluang dan masa yang ada, hargainya!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita bersedia pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.
Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, ‘itulah waktu yang terbaik untuk kita.’ Yakinlah.
Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.
Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.
Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah ‘mengurniakan’ anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.
Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.