Teknik Menabung Tepi Mesin Basuh! Sedar-Sedar, Isteri Dapat Lebih Seribu Dalam Setahun

Share

Biasanya bab duit orang perempuan yang lebih peka. Tak kisahlah perbelanjaan barang dapur atau beli keperluan keluarga, isteri dikategorikan sebagai ‘akauntan’ dalam rumah tangga.

Sebab tu dalam bab menabung isteri memainkan peranan penting. Suami tak boleh nak kata apa-apa kerana ini untuk kebaikan bersama. Tu sebab jika nak pergi bercuti bawa anak-anak, teringin nak beli barang kemas, isteri sanggup simpan duit senyap-senyap. Semua ni untuk memudahkan suami juga kan!

BACA [Isteri Kadang Dia ‘Malu’ Nak Meminta. Bila Suami Bawa Keluar Beli Barang Dapur, Seronok!]

Seperti perkongsian seorang suami, Muhammad Hassan, beliau kongsikan cara menarik isterinya menabung tepi mesin basuh. Duit-duit yang dimasukkan ini adalah baki dalam poket seluar atau baju suami. Paling bestnya hasil yang dapat tu lebih seribu.

Genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dkira jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424.(Tidak termasuk duit syiling).

ARTIKEL MENARIK [Suami Kerja Sendiri, Kumpul Duit Bagi Nafkah Style Ikat Getah. Banyak, Sikit Tetap Hulur]

Tipsnya mudah: Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh.

Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami, seluk dalam poket. Baca bismillah, insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.

Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung di sebelah mesin basuh, jadi bila suami tiba-tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang, atau baki bayar tol.

Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami, dalam bilik, ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita, sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.

Kelima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung, jangan dok gatal-gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas.

Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid. Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian.

Kredit: EncikMatt
#MenabungDariRumah

Mama teringin nak shopping sambil santai-santai boleh klik sini 

 

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy