Kadang kala susah untuk dapatkan respon dari anak, terutamanya bagi anak-anak yang pasif, ataupun ada agenda tersendiri. Jadi mereka perlukan dorongan dari persekitaran dan keperluan diri untuk mereka memulakan interaksi.

Komunikasi 2 hala mesti bersebab dan jika anak sukar untuk buat, kita perlulah beri sebab untuk mereka berkomunikasi. Apa lagi untuk anak-anak yang ada speech delay lagilah mereka susah untuk memulakan interaksi.

IKLAN

Jadi anda boleh cuba -teknik berikut untuk memberi peluang anak-anak mulakan perbualan dengan anda. Tapi ingat beberapa perkara berikut:

IKLAN

✅ Sentiasa tunggu untuk respon anak especially anak delay. Sebab adakalanya respon mereka agak lambat dan mereka perlukan masa.
✅ Apabila menunggu, maintain eye contact dengan mereka yang menunjukkn kita memang tunggu respon dan harapkan respon dari mereka.
✅ Bantu anak jika mereka tak tau nak bagi respon macam mana.. Tunjukkan caranya dan nanti ulang lagi.
✅ Ulang..ulang..ulang… sebanyak yang boleh.
✅ Be interactive and fun dan bukan respon yang tak ikhlas dan yang dibuat-buat. Kanak-kanak pun boleh kesan tau kalau kita tak ikhlas berinteraksi dengan mereka.

IKLAN
Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut. Buat Berulang Kali Pasti Jadi!
LETAKKAN OBJEK DI TEMPAT YANG TIDAK DAPAT DICAPAI Apabila anak inginkan sesuatu objek, letakkan objek tersebut di tempat yang mereka boleh nampak, tapi tidak dapat dicapai. Dengan itu mereka akan cuba meminta dari anda dengan pelbagai cara. Ada yg tunjuk, ada yg sebut, ada yang tarik tangan dan macam2 lg… Jadi inilah peluang anda untuk mengajar kemahiran meminta pada anak. . Sebarang respon anak yang menunjukkan mereka meminta anda boleh ambil dan bg objek tersebut. Jika anak tak buat sebarang reaksi, ajarkan lah reaksi macam mana nak minta, dan lakukan berulang kali setiap kali nak minta.
Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut. Buat Berulang Kali Pasti Jadi!
BERI SEDIKIT DAN TUNGGU… Jika nak galakkan anak minta lagi dan berulang kali, anda boleh berikan secara sedikit2.. contohnya makan, air, atau mainan.. tuang sedikit air, anak minum, dan perlu minta lg.. sama juga dengan mainan seperti puzzle atau lego.. atau boleh berikan satu persatu.. tp perlu anak minta dululah baru bagi.. . Tapi ingat.. respon anak mesti mcm2.. anda perlu kenalpasti respon yg mcm mana anak buat utk minta.. dan dngn segera anda perlu respon dengan memberi..
Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut. Buat Berulang Kali Pasti Jadi!
LAKUKAN AKTIVITI YANG PERLUKAN BANTUAN ORANG DEWASA Anda boleh pilih aktiviti yang memang anak suka tapi tak boleh buat sendiri.. contohnya seperti bubble, mainan yang perlu pusing, mainan yg ada kunci atau apa sahaja.. . Bila anak minta (sebut, gesture, sentuh dll), berikan sekali.. dan tunggu untuk anak minta lagi.. jadi anak akan minta secara berulang.. Barulah terjadinya komunikasi 2 hala dan bila buat banyak kali, anak akan faham dan ingat.
Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut. Buat Berulang Kali Pasti Jadi!
BERIKAN PILIHAN DAN TUNGGU RESPON ANAK.. Bila diberikan pilihan, anak lebih mudah untuk respon. Anda boleh minta anak buat pilihan antara 2 mainan, baju, makanan dan macam2 lagi. . Tunggu respon anak dan berikan apa yang mereka minta..
Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut. Buat Berulang Kali Pasti Jadi!
LAKUKAN AKTIVITI FAMILIAR..PAUSE..DAN TUNGGU RESPON Setiap kanak2 mesti ada aktiviti yang biasa dilakukan setiap hari.. dan anak dah tau dah susunan aktivti tu mcm mana. Contohnya mcm pakai baju, main bola, main geletek2, buat susu dll lagi.. Jadi anda boleh gunakan aktiviti tersebut untuk menggalakkan mereka minta untuk anda buat sesuatu. . Contohnya masa pakai baju.. anda boleh pause pada step2 tertentu spt lepas pakai baju, nak pakai apa pulak.. pause utk anak meminta seluar… Barulah ada komunikasi 2 hala antara anda dan anak anda..
Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut. Buat Berulang Kali Pasti Jadi!
TUKAR CARA LAKUKAN AKTIVITI FAMILIAR.. DAN TUNGGU Sama juga dengan aktiviti familiar yg pause tu… tapi kali ni anda boleh cuba tukar.. mungkin tukar cara, tukar susunan atau tukar alatan dan macam2 lagi.. ini boleh buatkan anak merasa pelik dan mungkin akan tanya soalan atau komen sesuatu berkenaan aktiviti tersebut.. . Masa nil lah anda boleh galakkan anda untuk mulakan perbualan dan bila anda respon dan menggalakkan anak utk terus melakukan komunikasi 2 hala dngn lebih banyak.
Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut. Buat Berulang Kali Pasti Jadi!
SOROK BARANG KEGEMARAN ANAK.. DAN TUNGGU Semasa bermain, anda boleh sorokkan mainan, atau apa sahaja yang anak inginkan.. ini boleh menggalakkan anak bertanya jg seperti “mana” atau komen “takde/hilang” dan lain2 lagi.. . Barulah anak akan faham situasi mcm mana utk tny soalan, dan br lah mereka akan faham fungsi soalan tu mcm mana.. dan ianya lebih natural.
Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut. Buat Berulang Kali Pasti Jadi!
BILA PERKARA YANG TAK SESUAI / TAK DIJANGKA TERJADI Dalam situasi harian kan biasanya mesti ada sesuatu yg diluar jangka terjadi.. dan kita mesti akan memberi respon pd situasi sebegitu.. Jadi sama la juga dengan anak2 ni.. anda boleh create peluang untuk mereka respon. Contohnya, semasa makan sudu xde, atau nak main bola, bola xde, atau air tumpah nak buat apa dan lain2 lagi.. . Tapi yg pnting adalah anda perlu bljr utk tunggu utk anak respon dengan situasi dulu.. tunggu dngn niat menunggu tau.

Sumber: Aishah Kassim (Patologis Pertuturan Bahasa)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI