Teknik Potong Buah Oren Secara Kiub. Mudah & Tak Tercekik Anak Makan!

Share

Buah-buahan bagus untuk anak. Cuma ibu bapa perlu pilih buah sesuai dengan umur anak. Sebaiknya digalakkan untuk mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat.

Malah potongan buah yang betul juga penting untuk elakkan anak tercekik. Kebiasaannya buah oren antara buah yang disukai anak-anak kerana mempunyai banyak air. Akan tetapi anak-anak tak makan semua sekali. Mereka lebih suka hisap jusnya semata-mata.

Perkongsian seorang ibu, Puan Ann Hsni Abu Hassan mengenai teknik potongan buah oren boleh dipraktikkan. Bukan setakat oren sahaja, buah betik, anggur atau buah lembut lain pun boleh juga ikut teknik ini.

Buah oren potong kiub 

Saja nak kongsi cara saya potong buah oren untuk anak. Saya potong kiub sebab:

✅ Elak anak hisap jus sahaja kalau potong bentuk bulan sabit
✅Senang jumpa dan buang biji oren

Cara-caranya ada di setiap gambar:

Buah oren. Pisau mesti tajam ya. Kalau tak panas hati sikit nk potong kulit tu

Tadaaaa…. Dah dibuang kulitnya. Hati-hati potong macam potong kulit mangga.. Pastu potong kepada 4 bahagian ikut titik tu. Bahagian tengah tu buang. Sebab situ memang keras.

Dah potong 4 bahagian senang nak cabut buang biji.

Akhir sekali potong kiub atau ikutlah saiz macam mana nak memanjang ke menyerong ke menyimpang ke..

Sebelum ini anak suka pisang. Lama.. mula2 tahun baru nak oren balik. Nak dijadikan cerita masa pergi kenduri ni, oren dipotong bentuk bulan sabit, anak nak. Saya bagi. Dia nak lagi potongan kedua, cari-carilah mana kulit yang pertama tadi. Tak jumpa. Bagi je yang kedua tengok dia makan sekali kulitnya. Ya Tuhanku.. ampunkan ibumu anakku. Patutlah tak jumpa kulit.

Ni lah hasilnya selepas dipotong dadu.

Lepas kejadian tu, ajarlah igit makan part buah sahaja, dia cuma hisap jus, ada lagi saki baki isi buah + kulit. Dia tak nak dah. Macam membazir pula. Lagi pening bonda kena sambung makan habis.

Jadi bila potong kiub macam ni semua dia makan. Kecuali kadang-kadang ada part putih keras, dia luah letak tepi mangkuk.

Moga bermanfaat.

Kredit: Ann Hsni Abu Hassan

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy