Memang biasa anak umur 2 tahun bersifat kedekut. Tapi ibu ayah kena tahu cara ajar mereka supaya tak kedekut lagi.
Ini saya punya!” Anak anda berusia dua tahun mula menjerit, merampas mainan dari tangan kawannya yang datang ke rumah.
“Jangan!” Sekali lagi suara jeritan nyaring melarang tetamu mengambil mainan dari dalam kotaknya. Si kecil mula menjadi tamak, kedekut dan mementingkan diri sendiri. Padahal selama ini mainan tersebut tak pernah dihiraukan.
Hati ibu begitu meronta-ronta mahu menegur sikap si kecil yang agak keterlaluan di hadapan tetamu. “Geramnya dengan Ayra ni!” hanya tercetus dalam hati sahaja.
Ibu, cuba bertenang dan jangan terus menengking dan memarahi sikap si kecil dua tahun itu. Anak anda hanyalah bertindak mengikut akal pemikiran anak usianya sahaja di mana segala barang kepunyaannya tidak boleh diambil oleh orang lain.
Anak umur dua tahun juga mula faham tentang tak boleh berkongsi barang miliknya, dan mereka bimbang orang lain mengambil barang kepunyaannya, sehingga menjadikan dua perkataan iaitu “saya punya” dan “jangan” adalah perkataan kegemarannya.
Bagaimanapun ada juga kanak-kanak usia ini yang boleh berkongsi tetapi kebanyakan mereka tidak mahu berkongsi. Hakikatnya, pada peringkat perkembangan usia ini ramai kanak-kanak tidak bersedia untuk berkongsi. Ya, mereka boleh bermain bersama jika anda terus memerhatikan mereka, tetapi jangkakan beberapa perkara yang tak konsisten dalam bab bertolak-ansur.
Ads
Berkongsi adalah aktiviti yang perlu dipelajari dan memerlukan masa untuk menguasainya. Sudah tiba masanya anda mengajar si kecil pentingnya berkongsi. Ini caranya yang anda boleh buat untuk membantu mereka belajar berkongsi.
1. Berlatih ambil giliran
Bila bermain dengan anak, ajar dia ambil giliran untuk buat sesuatu aktiviti. Misalnya bila baca buku cerita, bergilir-gilir buka muka surat buku, atau kalau bina blog lego, anda boleh ajak dia susun secara bergilir. Boleh juga buat giliran peluk dan cium teddy bearnya ketika bermain. Mula-mula giliran anak lepas tu anda dan seterusnya. Dari sini dia boleh belajar iaitu berkongsi dan mengambil giliran ketika bermain juga sesuatu yang menyeronokkan. Memberi orang lain berkongsi mainan bukan bermakna dia tak akan dapat semula mainannya.
2. Jangan hukum sikap kedekutnya
Ads
Kalau anda selalu cakap anak pentingkan diri sendiri, kedekut dan akan denda kalau dia tak nak berkongsi atau memaksanya menyerahkan barang yang disayangi, anda hanya akan menggalakkan kemarahan daripada kemurahan hati. Untuk menggalakkan dia berkongsi, gunakan cara yang positif berbanding kekerasan. Sentiasa ingat yang anak anda masih kecil dan belum betul-betul faham erti berkongsi. Semakin besar dia akan lebih faham seronoknya berkongsi mainan bersama kawan-kawan dengan syarat anda tak jemu mengajarnya untuk berkongsi.
3. Jangan jemu berpesan
Orang kata kalau nak mengajar anak kecil jangan pernah jemu berpesan perkara yang sama walaupun terpaksa cakap beribu kali. Lebih efektif sekiranya anda boleh berpesan kepadanya semasa situasi sebenar sedang berlaku. Misalnya jika kawannya cuba memegang barang kepunyaannya anda boleh cakap “Maryam nak tengok teddy bear Ayra. Dia nak peluk sekejap je. Boleh kan?” Berikan dia pujian sekiranya si kecil tidak merampas barang itu daripada tangan kawannya.
4. Puji jika dia tak kedekut
Ads
Kanak-kanak dua tahun kadangkala akan menunjukkan sikap memiliki tetapi membenarkan kawan untuk menyentuh mainannya tanpa melepaskan dari genggamannya. Berikan sedikit pujian kepadanya yang menunjukkan mainan tersebut kepada kawan. Akhirnya dengan pujian anda, dia berasa selamat untuk melepaskkan cengkaman pada mainan tersebut untuk dikongsi.
5. Hormat barang miliknya
Jika anda tak suka orang ambil barang milik anda tanpa kebenaran begitulah yang dirasakan oleh si kecil. Jadi, minta kebenaran darinya sebelum meminjam barang mainannya. Pastikan adik-beradik lain yang lebih besar menghormati juga barang milik si kecil. Jangan terus rampas atau ambil barangnnya kerana dia akan marah dan menjadi kedekut.
6. Tunjukkan contoh
Cara terbaik bagi anak kecil belajar sikap murah hati iaitu dengan melihat sendiri contoh. Anda sendiri perlu memainkan peranan penting mengajar anak untuk berkongsi. Anda boleh berkongsi makan aiskrim dengan si kecil atau meminjamkan barang anda jika dia memintanya. Gunakan perkataan “kongsi” untuk menggambarkan apa yang anda lakukan. Apa yang penting, biarkan dia melihat anda bersikap tolak-ansur, berkompromi dan berkongsi dengan orang lain. Barulah dia akan mengikut sikap tersebut.
Mengajar si kecil memerlukan kesabaran dan pengulangan pesanan yang sama berulang kali. Jangan jemu mengajar mereka. Si kecil dua tahun masih terlalu mentah untuk memahami tentang dunia ini. Mereka baru sahaja melepasi fasa bayi dan memerlukan banyak tunjuk ajar untuk membesar!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak seperti dahulu, kini menukar duit raya bagi mendapatkan duit raya baru dan wangi cukup mudah. Tidak perlu beratur panjang dikaunter, kini Maybank sekali lagi menawarkan khidmat pertukaran wang yang sama hanya di mesin ATM sahaja.
Macam mana nak buat dan bagaimana langkahnya? Ini panduan untuk semua.
Tukar duit raya di ATM je sekarang, tak perlu lagi beratur panjang di bank.
1. Pergi ke mesin ATM khas di mana-mana cawangan terpilih di seluruh negara. (sila rujuk senarai)
Mesin ATM khas ni ada tanda “Khas untuk pelanggan Maybank. Dapatkan wang kertas RM50 di mesin ini.”
Tapi, tu lah, tidak semua mesin ATM mengeluarkan duit not RM10 dan RM20. Kebanyakkan hanya keluarkan duit not RM50 sahaja. 😅😅
Senarai lokasi mesin ATM yang ada duit not RM10 dan not RM20 ada dalam gambar.
2. Kemudian, tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.
3. Jumlah maksimum adalah sebanyak RM1,500. Pilih dan terus keluarkan duit baru daripada mesin tersebut.
4. Sekiranya anda ingin mengeluarkan jumlah duit yang banyak anda perlu ulang semula langkah 3 di atas.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak yang soleh dan taat sememangnya menjadi idaman ibu bapa. Namun kita sering terleka dengan cara didikan kita yang fokuskan untuk anak dengar cakap saja tetapi tak fikirkan kesan sebaliknya sehingga anak-anak pula rasa tekanan.
Pesanan Ustazah Isfadiah ini sangat bermanfaat untuk kita sama-sama menjadi ibu bapa sempurna buat anak-anak.
5 langkah WAJIB BUAT untuk dapat anak taat
Antara ibrah parenting yang kita boleh ambil dari Nabi Ibrahim AS dalam kisah pengorbanannya ialah ‘Freedom of Expression’!
Hakikatnya dalam mentaati Allah sudah tentu tiada kompromi, Nabi Ismail wajib patuh pada ayahandanya dan akur pada perintah Allah. Nabi Ibrahim AS boleh arah, perintah dan guna kuasa ganda duanya (sebagai Ayah dan sebagai Rasul) untuk melaksanakan wahyu Allah.
Surprisingly, apa yang Nabi Ibrahim AS lakukan adalah mengambil langkah berikut
1. Mengiktiraf kebaikan anaknya.
2. Memberitahu tentang mimpinya.
3. Menjelaskan tentang maksudnya.
4. Minta pandangan anakandanya
5. Berserah pada Allah.
(As Shaffat: 99-111)
Selaku Orang Dewasa langkah-langkah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as merupakan satu formula penting untuk memperolehi anak yang taat, anak yang pasrah dan anak yang kental jiwanya.
Jadikan 5 langkah ini amalan wajib di rumah sebelum menjayakan sesuatu urusan
1. Sebut dulu potensi dan sikap baik anak.
2. Memberitahu urusan dan rancangan kita
3. Menjelaskan matlamat urusan kita
4. Minta pendapat anak-anak.
5. Berserah diri pada Allah. ( Mengharapkan urusan kita diterima Allah sebagai ibadah)
Nak mudah ingat kita buat formula taat ABCDE
1. Angkat (bagi dia terangkat)
2. Beritahu
3. Cerita
4. Dengar
5. Ehsan (1 tahap lebih tinggi dari Iman) – Allah sentiasa melihat kita.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda perhubungan yang rapat antara ayah dan anak boleh dibina dengan cara menguruskan anak sejak kecil. Penglibatan si ayah dalam kehidupan seharian anak yang akan membina rasa percaya (trust) dan hubungan yang rapat (connection) yang berpanjangan antara ayah/ibu dan anak.
Saya pernah bertanya dengan mak, ayah dengan kami masa kecil macamana?
Mak bagitahu,
“Ayah, dia paling ringan tangan mandikan korang semua. Tukarkan pampers. Buatkan susu. Itulah kesukaan ayah. Umi tak pernah minta tolong, ayah akan terus buat. 11 orang anak, ayah buat semua”
Iya. Rupanya inilah ikatan hati antara ayah dan anak akan terhubung.
Saya akui, saya dulu cukup malas nak buat benda ni. Letih!
Tapi, bila paksa diri buat setiap hari, akan ada satu perasaan yang lain dalam jiwa seorang lelaki dan ayah macam saya.
1. Anak-anak akan sangat rapat. Garanglah macamana, anak-anak tetap akan datang pada ayah mereka.
2. Bila anak buat perangai, buat hal, rasa marah akan cepat reda. Tak sampai nak tangankan. Apalagi, nak pukul atau cubit. Allahu.
3. Anak-anak mudah mendengar kata. Degil dan keras kepala macamana pun, di kata dan di pujuk anak akan ikut pelan-pelan.
Saya suami dan bapa realiti.
Benar tak mudah buat perkara ini. Namun, usahalah setiap hari.
Ia menumbuh satu rasa yang akan Allah beri pada lelaki seperti kita ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.