Ibu bapa yang ada anak masih belum dapat pegang pensel dengan baik atau bila disuruh menulis atau mewarna akan beri pelbagai alasan boleh cuba tip ini.
Nampak macam anak tak selesa tapi sebenarnya boleh buat anak seronok melakukan aktiviti yang menggunakan pensel atau pensel warna.
Perkongsian dari Puan Hajar Binti Md Said ini yang juga seorang guru boleh dimanfaatkan.
Kami sekeluarga memang sudah gazettekan Omar ni anak bongsu. Hehehe. Jadinya bila begitu, secara automatiknya, kami memang berlambat-lambat dengan perkembangan Omar.
Terlalu enjoy zaman toddler dia.
Antara kesannya ialah, diantara adik-beradik, Omar yang paling lambat potty train, paling lambat pandai pakai baju dan seluar sendiri (ni pakai baju sendiri pun belum lepas lagi, seluor je boleh), paling lambat tidur asing dan masih belum boleh suap makanan sendiri (kecuali finger food).
Oh ya, masih hisap susu dalam botol..haiyaaaa
Potong sikit buat 2 lubang.
Apa-apa sahaja perkara yang disuruh, kalau tiada kena mengena dengan bermain, Omar suka beri jawapan;
“Omar tak retilah.”
“Omar penat.”
“Omar mengantuk”, walau hakikatnya tak pun.
Jari keluar macam ni.
Dan dalam kebanyakan kes, kami semua akan mengalah dan mengikut kehendaknya. Adehai…
Sampailah dah masuk tadika ni. Omar memang sangat asing dengan alat tulis atau alat mewarna. Abang-abangnya dulu adalah juga suka mewarna sebelum tadika. Omar? Pegang pensel pun tak pernah oiii!
Hujung minggu ni tengok dalam beg sekolah, ada 2 lembaran kerja “pencil tracing” yang perlu disiapkan.
Ads
“Jom, Omar kita buat kerja ni nak?”
“Omar penat.” Ok dah agak dah jawapan ni.
“Jomlah..kejap je. Meh. Mak tolong.”
Dia pun melangkahlah ke meja jepun tempat kami buat kerja.
Mula-mula..memang tak biasa lagi. Tengok tu malas nak buat. Sangkut dagu kat meja.
“Omar tak reti..” Yup, memang sangat awkward Omar pegang pensel. Bila mata pensel kena kertas langsung tiada tekanan.
Cikgu pun buatlah the next best thing. Cikgu terangkan macam mana hendak pegang pensel. Cikgu masukkan pensel dalam genggamannya dan turut menulis bersama-sama.
Dua tiga kejap, genggamannya lari dan kembali kepada cara pegangan yang salah.
Ha..mulalah dia bermalas-malas nak buat.
Bolehlah siapkan homework mana yang dia suka tu 😂😂😂😂
Ok, en Google mesti ada cara, atau tip untuk bantu anak biasa pegang pensel.
Cari punya cari, memang ada banyak. Tapi cikgu pilih ‘Teknik Setokin”. Sebab apa? Teknik ni memerlukan paling sedikit instructions kepada anak.
Macam ni;
Cari setokin lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna setokin bapak dia. Besor sangat.
Ads
Masukkan setokin ke tangan anak. Kenalpasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
Belum perfect, tapi menunjukkan hasil positif
Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.
Pakaikan setokin pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam setokin.
Buatlah apa-apa cerita tentang setokin tu. Cerita cikgu macam ni:
” Ada sekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada setokin). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas.
Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensel). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka.
Hulur pensel ke tangan anak.
Ads
“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”
Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing.
Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood dia jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis.
Kadang-kadang cuba tanpa stoking
Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan.
Dapatlah juga siapkan homework.
Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh
Ps: bolehlah cuba kalau mahu. Kalau tahu ada yang nak cuba, boleh share.
Pelakon, Johan Ariff telah memuatnaik dua buah video di instagramnya. Video tersebut memaparkan seorang pelakon terkenal, Que Haidar sedang memujuk anak Syria di tepi jalan di Turki untuk makan bersamanya. Video kedua dimuatnaik semasa anak-anak tersebut sedang menikmati makanan.
Difahamkan Que Haidar bersama Johan datang ke Turki untuk bercuti dan ketika berjalan di suatu tempat mereka terserempak dengan anak-anak Syria. Que Haidar mendekati mereka dan memujuk anak Syria untuk makan bersama.
Sungguh Kaya Hati Mu, Bergenang Air Mata Anak Syria Dapat Makan
sungguh kaya hati mu yang mulia @the_haidars abang ku sayang. anak syria itu bergenang air matanya bila abang Que beri sedekah. antara kenangan manis kami semasa bermusafir di Istanbul tempoh hari.
Oh ya… Abang Que sempat belanja dia dan seorang lagi anak kecil makan, dan mereka berkongsi makanan kerana bahagian makanan yang seorang ini dia minta bungkus untuk beri makan kepada emaknya.
Jom Kita Lakukan Sebanyak Mungkin Untuk Bantu Pelarian Syria
Kenangan yang mulia abang que ku sayang @the_haidars makan bersama dengan anak-anak Syria di Beyazit, Istanbul. “Ya benar, mereka adalah anak-anak pelarian Syria”, kata salah seorang pekerja restoran di situ. Alhamdulillah.. sobat-sobat ku yang dikasihi, jom kita lakukan sebanyak mungkin untuk membantu pelarian Syria
Kehilangan insan yang tersayang adalah rindu yang tiada penghujungnya. Tambah lagi bagi anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang. Andainya takdir Allah, siapa kita untuk mempertikaikannya.
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan, ziarah kubur adalah antara aktiviti yang tidak dibenarkan ketika sambutan Aidilfitri.
Namun apa yang membuatkan ramai sebak, satu video seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan empat atau lima tahun ini yang mengambil kesempatan menziarahi kubur arwah bapa dan neneknya bagi melepaskan rindu yang terpendam.
Momen kanak-kanak itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun TikTok @idazaini._ sehingga tular dan cukup menyentuh hati orang ramai. Walaupun masih kecil, anak ini seolah-olah faham insan yang dia sayang dah pergi menghadap ilahi buat selamanya.
Al-Fatihah ayah!
Rakaman video berdurasi 29 saat itu memaparkan kanak-kanak perempuan tersebut yang sopan bertudung menitipkan ‘pesanan’ buat kedua-dua insan yang tersayang sambil mencium batu nisan sebelum menaburkan bunga di atas pusara berkenaan.
Malah anak ini sempat menitipkan pesanan seperti dia sedang bercakap dengan ayah dan neneknya secara berdepan.
Posting video tersebut meraih hampir 300, 000 tontonan dan rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata turut sebak melihat ketabahan seorang anak kecil yang telah kehilangan dua insan tersayang.
Ya Allah Sedihnya!
Al-Fatihah! Kamu Anak Yang Kuat Sayang..
Betullah orang kata, anak kecil ni setiap apa yang berlaku dalam hidupnya akan kekal dalam memori mereka. Walaupun tak semua orang melaluinya, tapi bila melibatkan anak-anak, kita yang dewasa pun tak kuat.
Moga semua yang diuji ini terus dikuatkan semangat dan dapat melalui hari-hari mendatang dengan baik. Percayalah Allah uji sebab dia tahu kita kuat.
Bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak luah rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia ketika tidur, dua hari lalu.