Ibu bapa yang ada anak masih belum dapat pegang pensel dengan baik atau bila disuruh menulis atau mewarna akan beri pelbagai alasan boleh cuba tip ini.

Nampak macam anak tak selesa tapi sebenarnya boleh buat anak seronok melakukan aktiviti yang menggunakan pensel atau pensel warna.

Perkongsian dari Puan Hajar Binti Md Said ini yang juga seorang guru boleh dimanfaatkan.

Kami sekeluarga memang sudah gazettekan Omar ni anak bongsu. Hehehe. Jadinya bila begitu, secara automatiknya, kami memang berlambat-lambat dengan perkembangan Omar.

Terlalu enjoy zaman toddler dia.

Antara kesannya ialah, diantara adik-beradik, Omar yang paling lambat potty train, paling lambat pandai pakai baju dan seluar sendiri (ni pakai baju sendiri pun belum lepas lagi, seluor je boleh), paling lambat tidur asing dan masih belum boleh suap makanan sendiri (kecuali finger food).

Oh ya, masih hisap susu dalam botol..haiyaaaa

Teknik Stoking Bantu Anak Biasakan Pegang Pensel Dengan Betul
Potong sikit buat 2 lubang.

Apa-apa sahaja perkara yang disuruh, kalau tiada kena mengena dengan bermain, Omar suka beri jawapan;
“Omar tak retilah.”
“Omar penat.”
“Omar mengantuk”, walau hakikatnya tak pun.

Teknik Stoking Bantu Anak Biasakan Pegang Pensel Dengan Betul
Jari keluar macam ni.

Dan dalam kebanyakan kes, kami semua akan mengalah dan mengikut kehendaknya. Adehai…

Sampailah dah masuk tadika ni. Omar memang sangat asing dengan alat tulis atau alat mewarna. Abang-abangnya dulu adalah juga suka mewarna sebelum tadika. Omar? Pegang pensel pun tak pernah oiii!

Teknik Stoking Bantu Anak Biasakan Pegang Pensel Dengan Betul

Hujung minggu ni tengok dalam beg sekolah, ada 2 lembaran kerja “pencil tracing” yang perlu disiapkan.

IKLAN

“Jom, Omar kita buat kerja ni nak?”
“Omar penat.” Ok dah agak dah jawapan ni.
“Jomlah..kejap je. Meh. Mak tolong.”
Dia pun melangkahlah ke meja jepun tempat kami buat kerja.

Teknik Stoking Bantu Anak Biasakan Pegang Pensel Dengan Betul
Mula-mula..memang tak biasa lagi. Tengok tu malas nak buat. Sangkut dagu kat meja.

“Omar tak reti..” Yup, memang sangat awkward Omar pegang pensel. Bila mata pensel kena kertas langsung tiada tekanan.

Cikgu pun buatlah the next best thing. Cikgu terangkan macam mana hendak pegang pensel. Cikgu masukkan pensel dalam genggamannya dan turut menulis bersama-sama.

Dua tiga kejap, genggamannya lari dan kembali kepada cara pegangan yang salah.
Ha..mulalah dia bermalas-malas nak buat.

Teknik Stoking Bantu Anak Biasakan Pegang Pensel Dengan Betul
Bolehlah siapkan homework mana yang dia suka tu 😂😂😂😂

Ok, en Google mesti ada cara, atau tip untuk bantu anak biasa pegang pensel.

Cari punya cari, memang ada banyak. Tapi cikgu pilih ‘Teknik Setokin”. Sebab apa? Teknik ni memerlukan paling sedikit instructions kepada anak.

Macam ni;
Cari setokin lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna setokin bapak dia. Besor sangat.

IKLAN

Masukkan setokin ke tangan anak. Kenalpasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.

Teknik Stoking Bantu Anak Biasakan Pegang Pensel Dengan Betul
Belum perfect, tapi menunjukkan hasil positif

Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.

Pakaikan setokin pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam setokin.

Buatlah apa-apa cerita tentang setokin tu. Cerita cikgu macam ni:

” Ada sekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada setokin). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas.

Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensel). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka.

Hulur pensel ke tangan anak.

IKLAN

“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”

Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing.

Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood dia jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis.

Teknik Stoking Bantu Anak Biasakan Pegang Pensel Dengan Betul
Kadang-kadang cuba tanpa stoking

Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan.

Dapatlah juga siapkan homework.

Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh

Ps: bolehlah cuba kalau mahu. Kalau tahu ada yang nak cuba, boleh share.

Pps: link latihan tracing

http://www.shirleys-preschool-activities.com/…/preschool-pr…

Sumber: Hajar Binti Md Said

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI