Teknik Tarik Picagari Bantu Bentuk ‘Nipple’ Ibu Yang Tenggelam Dan Sukar Susukan Bayi

Share

Nipple hanyalah membantu untuk ibu menyusukan bayi dengan baik. Puting leper atau puting tenggelam bukanlah satu masalah dalam penyusuan sekiranya ibu-ibu tahu teknik lekapan dengan betul.

Namun, nipple boleh di’bentuk’ perlahan-lahan dengan merujuk kepada teknik yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Nad Masrom. Dengan harapan selepas nipple ibu-ibu timbul, ibu-ibu lebih yakin untuk menyusukan bayi tanpa sebarang masalah.

Berikut teknik yang boleh dilakukan oleh ibu yang mengalami masalah ini

Peralatan yang diperlukan: Picagari (rujuk gambar). Pastikan ibu-ibu memilih picagari yang bersesuaian dengan saiz puting. Ukur saiz puting dan carilah picagari yang mempunyai ukuran diameter yang hampir sama. Kesilapan memilih picagari boleh menyebabkan puting terluka (sekiranya puting besar dan ibu memilih picagari yang kecil).
Potong bahagian hadapan picagari seperti dalam gambar. Bahagian yang dipotong ini tidak diperlukan.
Letakkan tomboh picagari bertentangan dengan bahagian yang dipotong tadi.
Masukkan tomboh ke dalam picagari (rujuk gambar).
Untuk membentuk puting, tarik perlahan puting dengan menggunakan picagari (rujuk gambar).
Setelah puting ditarik keluar, tekan sedikit di bahagian aerola di tepi puting untuk keluarkan tekanan udara dalam picagari dan untuk keluarkan puting tanpa rasa sakit. Ulang semula kaedah ini 2-3 kali sehari setiap hari. In shaa Allah puting akan terbentuk sedikit.

Bagi ibu yang dah tahu teknik ini dan mengalami masalah puting tenggelam cuba dulu. Kita ikhtiar untuk anak. Mana tahu rezekinya ada walaupun pada permulaan sedikit mencabar.

Walaupun tak boleh secara eksklusif sekurang-kurangnya anak dapat juga rasa susu ibu yang terbukti banyak khasiat dan sangat bagus untuk sistem imunisasi anak.

Sumber: Nad Masrom

 

Published by
Wan Amy