Apabila ibu menyusu kekurangan susu badan, biasanya orang-orang tua akan suruh pergi mengurut. Ye ini salah satu alternatif selain beberapa cara lagi yang boleh dilakukan.
Menerusi perkongsian daripada Puan Nurasyikin Ali, teknik Urutan Kasih ini boleh membantu pengeluaran susu.
Urutan ni mampu bantu ibu lebih relaks dan secara tak langsung terhasil hormon gembira atau yang dipanggil oxytocin.
INGAT TAU. Bila ibu happy, susu akan terhasil lebih banyak.
STEP 1:
Ads
-Minta suami atau rakan tolong.
-Posisi ibu duduk di kerusi dan menelungkup di tepi meja supaya badan sedikit membongkok.
-Ibu duduk dalam keadaan tenang sambil memikirkan yang indah-indah
STEP 2:
Ads
-Mulakan mengurut bahagian leher dan bahu si ibu selama beberapa minit. Ianya sebagai ‘warming up’ beri keselesaan dan legakan ketegangan.
STEP 3:
Ads
-Gunakan kedua-dua ibu jari tangan. Urut di dua bahagian tepi tulang belakang. Tekan sikit badan ibu dengan ibu jari dan lakukan urutan bulatan setempat beberapa saat.
-Buat urutan dari bahu hingga pinggul dan ulang step beberapa kali. Elakkan urut atas tulang belakang ya..
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ibu tidak pandai meneran semasa melahirkan bayi, ia boleh akibatkan proses bersalin menjadi tak lancar. Jangan kata ibu yang baru pertama kali nak bersalin, kadangkala ibu yang sudah beberapa kali bersalin pun boleh terlupa cara meneran yang betul.
Apabila proses bersalin tiba ke peringkat kedua (pushing stage), gesaan untuk meneran akan mula dirasai. Cara meneran yang betul sangat penting supaya tempoh masa untuk bersalin tidak lama dan berjalan lancar.
Bagaimanapun, bagi ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar. Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat, tidak pandai meneran bagi memastikan bayi dapat dikeluarkan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan kelahiran. Lebih-lebih lagi, setelah bergelut dengan kontraksi yang semakin kerap dan lama, anda boleh jadi keliru.
2. Sebagai persediaan dan latihan supaya proses meneran berjalan lancar, anda bolehlah membuat latihan pernafasan. Caranya ialah:
Latihan ini selalunya akan diberikan dalam kelas antenatal. Menahan nafas bermaksud anda sedang meneran. Ini bermakna anda sedang berlatih untuk meneran tanpa perlu mencuri nafas. Hal ini kerana mencuri nafas membuatkan proses bayi untuk keluar terbantut dan boleh menyebabkan kepalanya masuk semula ke saluran peranakan.
3. Meneran memerlukan tenaga. Maka disarankan berehat sebelum proses bersalin aktif untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Berjalan-jalan di sekitar wad boleh dilakukan sekiranya ia bertujuan untuk menenangkan fikiran. Namun, ia bukanlah cara untuk menggalakkan pembukaan serviks dan mempercepatkan proses bersalin.
4. Anda dicadangkan supaya mengambil snek sebelum masuk ke dewan bersalin. Antara snek yang boleh diambil ialah seperti roti atau buah-buahan seperti pisang. Makanan ringkas dan berkhasiat yang diambil dalam kuantiti kecil sebagai mengalas perut dapat membekalkan tenaga semasa meneran.
5. Postur badan memainkan peranan untuk memudahkan anda meneran. Caranya ialah dengan:
6. Dengar dan sentiasa peka kepada arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat yang bertugas. Teran apabila disuruh dan tahan apabila tidak perlu teran. Hal ini penting kerana doktor atau jururawat hanya akan memberi arahan teran setelah memantau kontraksi menerusi bacaan CTG dan keadaan bayi.
Cara meneran yang betul semasa bersalin ialah seperti berikut:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema adalah penyakit lifestyle, maka soal pemakanan yang perlu dititik beratkan berbanding ubat.
Ekzema tiada ubat. Tapi ekzema adalah tentang makan makanan yang sihat dan bersih untuk kulit yang sihat dan kuat. #cleaneating
Menurut Eczema Health Coach, Mizhana Padzi, makanan yang asli, kurang terproses, mengandungi nutrien sebenar yang tinggi sangat penting untuk kulit berhenti meradang.
Manakala makanan yang melalui pemprosesan besar besaran, sehingga hilang rasa asli, dan ditambah pelbagai bahan sintetik lain selalunya mengandungi rendah kadar fiber, vitamin dan mineral serta tinggi garam dan gula.
Jika ekzema anak anda sedang di luar kawalan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah HENTIKAN MAKANAN PROSES, mula beri anak makan real foods. #realfoodsrealhealing
Contoh makanan terproses adalah :
Sosej Nuget French fries Bebola ikan Kek ikan Roti inti manis Biskut manis (walaupun gluten free) Kek Gula-gula, lollypop Keropok Megi segera Minuman tin, kotak, kordial Ais krim Cereals Yogurt berperisa Minuman kultur Processed cheese Mee kuning Kicap Sos Mayonis Minuman 3 in 1 Kiub pati ayam Susu cair Susu pekat manis Fast foods
Masalah utama makanan terproses yang menyebabkan radang ekzema sukar shut down adalah pewarna makanan, pengawet makanan, dan perisa tambahan makanan yang tinggi bahan kimia terlarang untuk pastikan rasa makanan ini enak dan tahan lama di rak pasaraya.
Pewarna makanan akan menyebabkan risiko kanser, kencing manis, gastrik dan masalah alahan kulit.
Plumbum dan aluminium yang terkandung dalam makanan ringan boleh menyebabkan risiko tumbesaran terjejas dari segi mental dan fizikal
Bahan Tartazin (E102) yang digunakan semasa memproses makanan boleh menyebabkan gatal kulit yang teramat gatal, serta pembengkakan sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidah dan tangan.
Makanan yang mengandungi perisa makanan sintetik tambahan yang tinggi boleh menyebabkan cirit birit, muntah dan senak perut di kalangan kanak-kanak alergi.
Kajian menunjukkan kesan pengambilan makanan terproses tanpa kawalan akan menyebabkan keradangan tubuh dan leaky gut. Leaky gut akan mencetuskan keradangan kulit, iaitu ekzema.
Oleh kerana itulah zaman sekarang, sesiapa pun akhirnya akan kena juga ekzema jika tidak kawal diet harian dari pengambilan makanan terproses di atas setiap hari.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sering sakit kepala pada usia muda mungkin jarang kedengaran, namun jika ini yang berlaku mama papa memang kena ambil serius. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah migrain, stress, tekanan darah yang tinggi dan banyak lagi.
Kenali punca sebenar mengapa si kecil anda terus diserang dengan sakit kepala yang kerap untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya daripada pengamal perubatan atau doktor. Seperti yang ditanyakan oleh seorang ibu tentang anaknya yang sering mengadu sakit kepala. Jawapan daripada Dr Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Laktasi, Pakar Kanak-kanak, Pusat Rawatan ADDA dan Pensyarah Pediatrik Di Monash University Malaysia mungkin dapat menjelaskan apa yang berlaku.
H: Anak Kerap Sakit Kepala
Adakah kanak-kanak juga boleh mengalami migrain atau sakit kepala yang teruk? Anak saya yang berusia 4 tahun sering mengadu sakit kepala. Apabila saya periksa kepalanya tiada pula luka atau kesan benjolan. Apakah perkara ini serius dan saya perlu membawanya berjumpa pakar?
Aina, Seremban.
Terima kasih atas soalan Puan.
Untuk pengetahuan Puan, kanak-kanak juga boleh mengalami sakit kepala seperti orang dewasa. Malah, penyakit migrain juga adalah salah satu punca sakit kepala di kalangan kanak-kanak. Kajian saintifik menunjukkan bahawa migrain boleh berlaku seawal usia 18 bulan. Kajian juga menunjukkan bahawa migrain boleh berlaku dalam 10 peratus di kalangan pelajar sekolah rendah dan 28 peratus di kalangan remaja berumur 15 hingga 19 tahun. Migrain ini berlaku akibat gangguan kepada sistem peredaran darah di dalam sistem saraf dan otak yang sangat kompleks. Gejala migrain seperti sakit kepala yang berdenyut, selalunya sebelah bahagian kepala sahaja,anak berasa loya, serta sensitif kepda cahaya lampu.
Doktor yang merawat akan memberikan ubat penahan sakit kepala dan pesakit dinasihati untuk rehat dan tidur dalam bilik yang gelap. Ibu bapa disarankan untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan serangan migrain ini seperti makanan tertentu, atau anak kurang minum air kosong, atau kurang tidur. Pastikan anak mengambil air kosong yang mencukupi supaya perjalanan darah menjadi lancar, elakkan anak daripada terdedah kepada matahari yang terik dan elakkan anak mengambil makanan yang menyebabkan anak sakit kepala.
Antara punca-punca anak kerap alami sakit kepala
Namun apabila kanak-kanak kerap mengalami sakit kepala, ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenal pasti punca lain selain migrain. Antara punca lain yang boleh menyebabkan anak kerap mengalami sakit kepala ialah:
Jika anak pernah mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh, terhantuk atau hentakan objek keras. Kesannya mungkin tidak dapat dikesan awal, seperti pendarahan yang sedikit tetapi boleh menyebabkan sakit kepala yang berulang.
Anak yang menghidapi keradangan dalam hidung samada akibat alahan resdung atau jangkitan kuman. Selalunya apabila anak mengalami sakit kepala, keradangan ini berlaku dalam sinus ‘frontal’ di bahagian dahi.
Tekanan perasaan (stres) dengan pembelajaran yang mungkin terlalu menekankan prestasi tanpa ada kerehatan minda untuk menjalani kehidupan sebagai seorang kanak- kanak yang normal. Contohnya ibubapa kerap menghantar anak-anak ke kelas tambahan dan meletakkan harapan semua A dalam semua matapelajaran tanpa membenarkan anak-anak memilih aktiviti yang mereka sukai dan minati.
Alahan kepada beberapa jenis bahan atau protein dalam makanan dan hal ini sangat subjektif di mana alahan adalah berbeza bergantung kepada tubuh masing-masing. Contoh minuman bersoda atau bahan yang mengandungi MSG, kopi atau teh yang mengandungi kafein.
Selalunya kanak-kanak tidak mampu memberitahu bahawa penglihatannya semakin kabur, namun ibubapa akan dapat mengesan perubahan anak kerap menggosok mata dan melihat apa sahaja terlalu dekat walaupun ia boleh dilihat daripada jauh oleh mereka yang mempunyai penglihatan yang normal.
Jika tekanan darah yang tinggi, selalunya berlaku kepada anak-anak yang obese dan ada masalah buah pinggang yang terganggu.
Selalunya sakit kepala akan datang bersama dengan gejala seperti kebas atau lemah tangan atau kaki, hilang koordinasi badan dan menjadi tidak seimbang (ataxia). Selalunya, apabila AVM pecah, pesakit boleh mendapat sawan dan koma.
Jika ketumbuhan itu sejenis yang perlahan seperti vontoh Astrocytoma, sakit kepala selalunya kronik dan berulang kali melebihi sebulan. Namun, barah otak yang cepat membesar selalunya anak mengalami gejala dalam masa yang singkat dan akut (acute) seperti Malignant Ependymoma. Gejala ketumbuhan otak selalunya sakit kepala, kerap muntah, pengsan tanpa sebab jangkitan kuman, lemah mana-mana bahagian anggota badan yang terlibat (bahagian otak yang mengawal anggota tubuh tertentu), tidak selera makan dan berat badan menyusut.
Semua kemungkinan sakit kepala perlu dirujuk kepada doktor pakar di mana kemungkinan untuk melakukan ujikaji dan pemeriksaan yang teliti seperti MRI otak dan mengambil darah. Justetu, nasihat saya, bawa anak kepada doktor pakar kanak-kanak jika gejala yang anak alami mengganggu rutin hariannya. Sekian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!