Bila berkomunikasi dengan anak, terutamanya bila kita MENEGUR SESUATU KESALAHAN ANAK, elakkan menyebut apa yang kita TAK MAHU DIA JADI, TAPI SEBALIKNYA SEBUT APA YANG KITA MAHU DIA JADI.
Berikut perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah yang banyak menulis tentang tip keibubapaan yang boleh jadi panduan bersama.
Contoh situasi yang kerap berlaku, anak kita selalu tumpahkan air atau makan berlari.
Kita pun sebut,
“Kakak, janganlah makan sambil berjalan-jalan sana sini. Ibu tak suka anak Ibu makan bersepah. Makan tu duduk jelah setempat.” Ini salah. Sebab kita sebut pada dia, apa yang kita tak suka dia jadi, tapi itulah yang kita dok ulang-ulang sampai mati. Pastu kita kata, “Berbuih dah mulut menegur. Tak makan saman!”
Walhal, strategi kita salah. Yang sepatutnya kita, sebut, “Kakak, ibu suka anak Ibu makan duduk setempat dan tak bersepah. Hati ibu rasa seronok.. Rumah pun kekal bersih, kan?”
Maksudnya sama, nak suruh anak makan duduk, jangan lari lari.
Tapi PENDEKATANNYA JAUH BERBEZA, bukan?
Contoh lain, bila anak kita misbehave. “Ahmad, janganlah lari-lari macam tu. Tak soleh.” Ini juga salah. Ini punca sindrom “MULUT BERBUIH IBU2 SEANTERO DUNIA”
Ads
Tapi tukarkan kepada
“Ahmad jalan elok-elok ya. Macam itu baru anak soleh.”
Ringkas kan? Tapi win.
Winning their hearts, percayalah.
Kenapa kemahiran menegur anak ini sangat PENTING untuk kita pelajari sebenarnya?
Kerana WORDS ARE SO POWERFUL.
IT CREATE PERCEPTION THAT WILL BE HARDWIRED INTO THEIR BELIEF SYSTEM.
Kalau dah seminggu 3x 4x dia dengar mak cakap dia “Haip tak solehah, haip tak solehah, haip tak betul haipp tak bagus..” Maka apa yang masuk dalam mindanya?
Ads
“Aku tak soleh, aku tak betul, aku tak bagus dan sebagainya.”
The mind process those words and sends signals to their body on how to produce action of being tak soleh tak betul tak bagus. It becomes, their PROGRAMME.
Niat asal kita nak MEMBINA, tetapi yang terjadi adalah MEMBINA-SA.
Kerana itu, ketika menegur, jangan ucapkan apa yang kita tak mahu dia jadi semata, tapi ucapkan apa yang kita MAHU DIA JADI.
Ads
Contoh situasi lagi, bila anak mencarut.
Kita pun kata,
“Jangan mencarut. Mulut jahat. Ibu tak suka”.
Ya, anda betul.
Mencarut memang petanda mulut jahat.
Tapi approach itu salah untuk anak-anak kecil.
Sebetulnya, katakan,
“Anak Ibu tak mencarut. Sebab anak Ibu mulutnya baik. Tadi dia termencarut sebab dia tak sengaja. Kan kakak? Kakak tak sengaja kan? Kakak lupakan tadi sebab tu tercakap dekat adik bod** dan gila, betul Kakak?”
Selalunya, anak akan tone down bila dia tau kita tak marah tapi WE ARE THERE TO HELP THEM TO COPE WITH THEIR MISBEHAVIOR. Mereka tak perlu seorang hakim yang menjatuhkan mereka hukuman, tetapi mereka perkukan seorang yang HALIM (rahmah dan kelembutan) yang memberi mereka pedoman.
Dengan teknik ini juga, anak mudah untuk mengaku bersalah. Dan ketika ini, kita boleh ajar pula padanya, BAGAIMANA KITA AMEND KESALAHAN KITA apabila kita tersalah laku.
Kuasa pelukan tiada siapa boleh nafikan, boleh membentuk anak menjadi lebih tenang dan lembut hati. Syaratnya perlu lakukan beberapa perkara ini supaya pelukan lebih berkesan.
Pelukan, cara menyatakan kasih sayang yang digunakan oleh seluruh lapisan umur, kanak-kanak juga tdak terkecuali. Memeluk dan dipeluk kedua-duanya memberikan kesan positif kepada emosi apatah lagi jika dilakukan oleh ibu ayah sendiri.
Pelukan ‘menyampaikan’ rasa kasih sayang ibu ayah yang sangat mudah, tanpa keluarkan apa-apa modal. Anak-anak bila rasa disayangi, akan lebih mudah dibentuk dan emosinya lebih stabil.
Dr Taufiq Razif berkongsi teknik efektif memeluk anak agar ia memberikan impak yang lebih baik kepada perkembangan anak. Katanya walau senakal mana pun anak, akan lembut hatinya, demikian kuatnya kuasa pelukan yang betul.
Sekiranya salah cara, walau pun dipeluk setiap hari, anak boleh melawan dan keras hati serta sukar dibentuk.
“Mungkin cara kita peluk anak selama ni tidak betul. Itu sebabnya anak makin keras dan melawan!
Anak yang tak rasa dicintai dan disayangi memang akan lebih keras dan suka melawan. Padahal kadang kadang kita sayang je anak anak kita tapi rupa-rupanya mereka TAK DAPAT RASA.
Kita sayang je tapi mungkin mesej tu tak sampai kat anak kita!
Mungkin salah kita sebab kita tak belajar cara terbaik untuk MEREKA RASA apa yang kita rasa.
Sini saya nak kongsi cara peluk yang betul :
#1 Baiki dulu emosi kita. Jangan pergi peluk anak masa kita tengah stress melampau. Ambil deep breathing dulu dan ambil nafas daripada perut untuk tenangkan emosi.
#2. Melutut dulu, biar mata kita dan anak kita tu selaras atau satu level. Masa ni kalau kita ada buat salah kat anak pun, kita boleh je mintak maaf. Tak jatuh pun derajat mak ayah kalau mintak maaf kat anak.
#3. Jangan peluk anak dengan paksaan. Kalau anak jenis susah nak bagi peluk atau rimas kena peluk, pandai pandai la cari cara untuk pujuk mereka. Alih fokus dan perhatian mereka pada benda di luar sana. Tunjuk pada anak kita tu kereta tengah melintas ke, burung berterbangan ke atau si ayah tengah berdengkur ke ?
#4. Dah berjaya peluk anak tu, samakan bahagian dada kita dengan dada anak kita. Rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
5. Ingat tau, jantung kita yang kat dada tu ada electromagnetic fields yang kuat yang boleh dikesan sejauh beberapa kaki daripada badan kita!
6. InsyaAllah dengan cara pelukan yang betul, anak kita akan lebih tenang dan dia akan boleh rasa yang dia disayangi.
7. Senakal nakal anak pun kalau dipeluk mereka akan kalah kerana keinginan untuk dipeluk itu adalah FITRAH TERINDAH mereka!
Anak yang Love Language dia adalah Physical Touch lagi lagi la kena peluk selalu.
Sebab mereka faham kasih sayang tu adalah sentuhan fizikal. Itu corak pemikiran mereka.
Sekali suruh tak jalan, berkali-kali ibu beri arahan baru anak nak bangun. Rungutan semacam ini selalu kita dengar dari mak-mak.
Mendidik anak melakukan kerja rumah seharusnya dimulakan dari awal lagi. Lebih-lebih lagi di musim PKP ini, ajarlah anak kecil kita membantu uruskan kerja rumah. Bukan menyusahkan atau mendera anak tapi mendidik. Benar apa yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim.
Wahai ibu jangan la kedekut kerja rumah dengan anak. Kami tahu ibu ibu semua tak nak menyusahkan anak anak, ibu rasa bertanggungjawab untuk buat semua kerja rumah itu sendiri.
Tapi jangan di lupa, ibu juga ada tanggungjawab untuk mengajar anak jadi seorang yang ada rasa tanggungjawab dengan kerja rumah juga.
Baru la anak tadi membesar jadi seorang yang tidak jelik membuat kerja rumah. Bila ada rasa tanggungjawab ni percayalah anak anak kita akan jadi sangat matang dan sangat mahir untuk cope dengan kehidupan seharian. Nampak je rumah bersepah dengan sendiri dia ambil penyapu sapu.
Nampak sinki penuh dengan sendiri dia basuh semua pinggan mangkuk yang kotor. Malah bila dia nampak kita sedang kepenatan dengan sendiri dia akan datang bawakan kita air dan urut kaki kita.
Tapi ibu kena mulakan dulu. Jangan kedekut kerja rumah dengan anak, baru la anak tak kedekut bantu kerja rumah kita.
Ajar la anak buat kerja rumah sejak dari kecil lagi, – sapu rumah – basuh pinggan – lipat baju – susun meja makan – kemas mainan
Mulakan yang ringan ringan. Tapi ingat, tujuan nak mengajar bukan mendera tau. Jangan pula anak buat kerja rumah kita goyang kaki layan drama korea, itu mendera namanya.. Buat la kerja tu bersama-sama.
Ya, nampak genyah sikit banyak main dari buat kerja nanti tapi percayalah selain anak belajar buat kerja rumah dalam masa sama ibu bakal dapat kuatkan silturrahim bersama si comel ibu.
Jadi jangan kedekut tau ibu!
~ Mohd Fhais Salim ~
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa kecil bukan main manja anak-anak dengan kita kan. Apa yang dia nak sebolehnya kita akan penuhi walaupun bukan terus dapat. Namun apabila mereka makin besar hubungan ni seakan ada jurang.
Sesetengah ibu bapa anggap ini normal untuk anak yang dah besar tetapi hakikatnya dalam ilmu keibubapaan, anak yang makin besar ini sepatutnya perlu jadi kawan.
Perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini ada logiknya dan boleh sama-sama membuka mata kita sebagai ibu bapa untuk lebih berusaha ke arah lebih baik demi melihat anak membesar dengan akhlak dan budi pekerti yang tinggi.
Kenapa Anak Makin Besar Jadi Makin Renggang?
Kalau ikut logik patutnya anak makin besar, IQ dan EQ dia makin matang. Patut lebih kuat bonding dengan mak ayah, tapi tidak!
Inilah puncanya:
1 – Sayang Bersyarat
Makin besar anak makin banyak pula syarat nak dapat rasa di sayangi.
“Kakak sayang ibu kan, tolong buat…” “Abg jangan buat ayah marah boleh?” “Adik tak dengar cakap ibu, adik tak sayang ibu ke?”
2 – Tak Ikhlas Beri Perhatian
Mulut bercakap dengan anak, tapi mata tengok telefon. Dari bahasa tubuh ni tahu tak anak rasa apa? Anak rasa diri dia TAK PENTING!
3 – Dah Besar
Kakak dah besar kena jalan sendiri. Gedik nak berdukung bagai. Abang dah besar tak boleh main macam budak kecil.
Hmm.. kita yang tua ni pun kadang kadang berangan nak jadi budak budak balik, apatah lagi anak anak yang masih mumayyiz.
4 – Anggap Anak Gedik/Mengada
Tak pernah ada istilah anak nak mengada atau gedik dengan mak ayah. Sebaliknya hanya ada anak yang rindu di belai dan di layan mak ayah sama seperti masa kecil.
5 – Tak Ada Empati
Anak menangis kita kata dia benyek. Anak kuat tantrum kita kata susah nak faham. Anak tak dengar cakap kita kata dia degil. Macam macam gelaran kita bagi kat anak.
Pernah tak sekali kita terfikir yang anak tu cuma nak perhatian dan rasa di sayangi?Percayalah tak ada satu pun perangai buruk anak kita yang berniat buruk pada kita melainkan kita yang berfikir buruk tentang mereka..
Macam mana buruk pun kita layan mereka tak pernah seinci pun luak kasih sayang mereka pada kita.
Kredit: Mohd Fhais
– Parenting Influencer
– ParenTips – Video Content
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.