Siti Aafiyah atau nama gelarannya Si Comel Pipi Merah, puteri sulung pasangan popular Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa semakin membesar dengan bijak dan ceria.
Penghibur hati ibu dan ayah yang semakin menambah kebahagiaan rumah tangga yang hampir 12 tahun dibina turut menceriakan sambutan Syawal Siti dan Datuk K tahun ini.
Betullah kat orang, kehadiran bayi dalam hidup akan membuatkan hari kita ceria dan gembira melihat telatahnya setiap saat.
Aafiyah yang kini berusia tiga bulan sudah mencapai tahap perkembangan sama seperti bayi lain seusianya bila sudah pandai ‘bercakap’ dalam bahasanya serta mula mengenali ibu dan ayahnya.
Baru-baru ini Siti memuatnaik video di Instagramnya mengenai telatah Aafiyah bersama suaminya. Dalam video tersebut Aafiyah yang comel seolah-olah sedang berbual dengan ayahnya.
Datuk K juga dilihat seronok melayan apa yang cuba diceritakan oleh Aafiyah.
Tambah lucu bila Siti menulis kapsyen kelakar.
Ads
Ngadu kat Ayah dia la tuu.. ibu sibuk masak laksa Johor & spaghetti meatballs harini..
Memang seronok melayan bayi usia macam Aafiyah yang tengah pandai nak berbual ni. Rasa cepat sangat masa berlalu.
Sebenarnya pada usia ni memang bayi sudah pandai membuat suara agah-agahnya. Apa yang dilakukan oleh Datuk Siti dan Datuk K memang tepat sekali.
Ini kerana memang tugas ibu ayah untuk membantu si comel mengembangkan kemahiran bahasanya dengan rajin melayannya bercakap sepanjang hari.
Tak kisahlah sama ada bayi anda faham atau tidak, yang penting bila anda memberi respon pada ‘percakapannya’, ia membantu bayi untuk terus belajar mengembangkan kemahiran bahasanya.
Ads
Kajian juga mendapati tahap kepintaran yang tinggi seseorang anak itu turut dipengaruhi oleh berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu dengar pada tahun pertama kehidupannya.
Comelnya Aafiyah dah pandai mengadu
Dilihat pada bonding yang terjalin antara Aafiyah dan ayahnya membuktikan betapa eratnya hubungan anak dan ayah ini.
Sebenarnya pada usia bayi seperti Aafiyah, dia sudah menjalin hubungan rapat dengan ibu ayah serta mengenali wajah kedua insan yang paling rapat dengannya.
Ads
Walaupun ada bayi yang mudah tersenyum pada orang yang tidak dikenali terutama jika orang itu bertentang mata dengannya atau bercakap dengannya, namun dia sudah mula tahu siapa orang yang rapat dalam hidupnya dan boleh menentukan siapa yang lebih disukai antara mereka.
Wah, nampaknya Aafiyah dah pandai mengadu dekat ayah dia…Jaga-jaga Tok Ti nanti si comel ini mesti banyak cakap orangnya. Jangan risau, biasanya kalau anak petah bercakap ni bijaklah orangnya nanti.
Apa pun semoga Siti dan Datuk K enjoy moment Aafiyah kejut tengah-tengah malam untuk melayannya bersembang sebab ini akan jadi antara kenangan paling dirindukan oleh ibu ayah bila anak semakin membesar.
Mawar & suami, Raf Yaakob berkongsi momen sewaktu si kecil ini mendapatkan suntikan. Rafael yang dipangku papanya menangis semasa disuntik, namun tangisan itu tidak lama. 10 saat terus reda & tertidur dalam pangkuan Raf. Malah dalam tidur si comel ini siap bermimpi & tertawa!
Gelagat comel Rafael mencuit hati netizen yang kebanyakannya berasa kasihan melihat si kecil ini dia menangis. Ada juga yang memuji Rafael anak yang kuat kerana selepas suntikan terus tertidur. Paling cute ialah apabila telatahnya tertawa dalam tidur.
“Aduh, sakitlah mama” tapi makin seronok pula si manja ni mengigit mama. Adakah perbuatan mengigit anak normal? Bagaimana cara nak atasi anak yang suka mengigit dan tahap bagaimana yang menunjukkan perbuatan mengigit tidak lagi normal bagi anak?
Menurut Dr Rozanizam Zakaria, tabiat menggigit di kalangan kanak-kanak adalah fasa yang normal.
ANAK MENGGIGIT ANAK ORANG LAIN? BACA 26 INFO INI
Normalkah anak saya?
Menggigit adalah sebahagian dari fasa normal pembesaran kanak-kanak. kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun akan melalui ‘fasa suka menggigit’ dan kebanyakannya akan berhenti dengan sendiri seusai usia tersebut.
Walaupun ia merupakan tabiat yang normal, namun ia masih perlu dikawal bagi mengelakkan kecederaan dan kesan jangka masa panjang.
MENGAPA KANAK-KANAK MENGGIGIT?
Perkara pertama ibubapa kena cuba fahami sebelum bertindak ialah cuba memahami sebab disebalik tingkahlaku tersebut?
Antara sebab yang biasa ialah:
Mereka dalam kesakitan – yang paling biasa ialah sakit tumbuh gigi.
Mereka sedang ‘meneroka dunia’ – sebagaimana mereka menyentuh semua benda dengan tangan, begitu juga mulut dan gigi menjadi alat meneroka sekeliling mereka.
Mereka ingin tahu – sebahagian dari fasa perkembangan minda dan akal mereka didorong oleh sifat ingin tahu. merek bereksperimen melihat kesan dan akibat sesuatu tindakan. pada usia yang muda, mereka mungkin belum kenal sempadan dunia mereka, had boleh dan tidak.
Mereka hanya inginkan perhatian – terutama yang kanak-kanak yang besar sedikit. bila mereka terasa terabai, adakalanya ‘buat perangai’ adalah antara cara mendapat perhatian.
Mereka ingin lepaskan perasaan – ‘frustration’ adalah perasaan yang biasa namun susah diproses oleh kanak-kanak. menggigit, sepertimana tingkahlaku agresif yang lain adakalanya adalah cara mereka ‘externalise’ perasaan tersebut.
Cara mereka berkomunikasi – menyampaikan perasaan tak senang, contohnya ada budak yang duduk terlalu dekat dengan dia dan sebagainya. Terutamanya kanak-kanak yang ada masalah pertuturan.
Mereka ‘overwhelmed’ dengan situasi yang terlalu banyak rangsangan (bising, terlalu cerah, terlalu ramai orang) – terutama kanak-kanak yang mempunyai autisme.
Mereka perlukan rangsangan mulut – kalau tak ada benda dimulut dia jadi geram.
8 KAEDAH MENGAWAL
Bergantung kepada sebab, amalkan langkah-langkah awal bagi mengelakkan anak anda dari memulakan tingkah laku tersebut.
Jika anak dalam fasa tumbuh gigi, sediakan alat dan ubat yang mengurangkan ketidakselesaan dari proses ini.
Kenal pasti situasi yang anak mudah bertindak sedemikian – lapar, panas, terlalu sesak, kenalan baru – sediakan anak-anak terlebih dahulu dalam situasi sebegini.
Jika anak mudah beremosi, ajar anak meluahkan dengan kata-kata – “abang tak suka”, ”kakak marah!”, “jangan usik barang saya!” dan sebagainya. Bila mereka boleh meluahkan dengan kata-kata, lebih mudah kita menguruskan emosinya dari dia meluahkan dengan perbuatan. kemudian ajar anak untuk mengatasi masalah tersebut dengan komunikasi. contohnya dia marah kanak-kanak lain ambil mainan dia, ajar dia cakap “saya tak suka awak ambil mainan saya” (walaupun bunyinya nampak sombong, tapi lebih baik dari bertindak agresif, seterusnya boleh diuruskan emosi tersebut dengan teknik lain).
Beri perhatian pada anak-anak secara berkualiti (tanda distraction media sosial dan sebagainya). Perhatian yang lebih dari biasa adakalanya diperlukan terutama bila kanak-kanak melalui fasa baru seperti berpindah kawasan, dapat adik baru, mak baru dan sebagainya.
Alihkan perhatian anak dengan mainan, buku dan alam.
Sediakan biskut, teething toys dan sebagainya sebagai rangsangan mulut.
Ajar berkongsi, guna ‘timer’ atau kira untuk ajar bermain mengikut giliran.
Bercerita atau baca buku yang mempunyai mesej ‘tak baik gigit orang’.
APA PERLU DILAKUKAN PADA MASA KEJADIAN
Kawal perasaan anda – marah, malu dan geram tidak boleh bercampur, ia resipi yang baik untuk memburukkan lagi keadaan.
Ambil anak anda, lihat matanya dan cakap dengan nada tegas ‘jangan gigit, gigit sakit’ (cuba guna mesej yang sama eg “no biting, biting hurts”). Komen pada apa yang berlaku – ‘tengok adik ni, sekarang dia menangis sebab sakit awak gigit’.
Kemudian alihkan perhatian pada kanak-kanak yang digigit. Kaedah ‘negative reinforcement’ ini membolehkan kanak-kanak yang menggigit mengaitkan akibat – gigit kena ignore, digigit dapat simpati (learning theory). Ia akan mengambil masa, tetapi sekiranya kita konsisten, ia anak-anak akan ‘get the point’.
Ajar anak komunikasi alternatif. contohnya, bila dia menggigit kerana marah ajar dia – lainkali kalau marah orang ambil cakap, ‘saya tak suka awak ambil barang saya’, kalau tak dia tak bagi juga, datang pada ibu, biar ibu tolong’.
Beri kanak-kanak tersebut sedikit masa, kemudian teruskan aktiviti seperti biasa. bantu dia kembali kepada situasi “abang nak main balik? sekarang nak main apa?”
Menggigit semula anak, memarahinya di depan orang ramai dan mengasingkannya dari orang lain tidak disyorkan dan tidak berkesan. Jika tingkahlaku ini telah berlaku untuk tempoh yang lama, jangan menjangkakan ia akan berubah dalam sehari dua. Berikan perhatian, fokus, konsisten dan beri masa.
BILA PERLU DAPATKAN BANTUAN PROFESIONAL?
Jika berlarutan lebih dari usia 4-5 tahun.
Jika tingkahlaku ini berlaku bersekali dengan masalah lain seperti sifat agresif yang lain.
Jika menganggu perkembangan pembelajaran, emosi dan sosial pada usia mereka.
Jika mengakibatkan kecederaan serius.
Jika berlaku pada mangsa yang sama pada setiap masa.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuatnya si kecil ni menangis, sakit ke dia? Buat ibu bapa baru, pasti anda sedikit cemas bila mendengar bayi menangis kuat-kuat sampai ‘melalak’ kan?
Buat yang tak tahu, tangisan bayi mencecah 110-120 db (rujuk web OSHA dan banyak sumber lain). Maka YA, kekuatan bunyi jerit tangis bayi boleh merentas jarak jauh.
BAYI SUKA MENANGIS KUAT-KUAT DAN ADA MASA SAMPAI ‘SELAK’ (HILANG BUNYI SEKETIKA). ADAKAH NORMAL?
⛔ 70db itu seperti bunyi vacuum cleaner rumah
⛔ 80db itu seperti bunyi trafik sesak/kuat
⛔ 90-100db itu seperti bunyi banyak ‘power tool’ seperti gerudi tangan dan pemotong rumput
⛔110 – 120 db itu pula seperti night club, konsert rock dan siren ambulance.
Itulah juga kekuatan bunyi jerit tangis bayi yang buat ramai ibu berkata, ‘bagai kena dera’, ‘macam nak tercabut anak tekak ‘, ‘sampai biru muka ‘ dan ‘sampai hilang suara’..
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...