Telefon pertama anak? Erra Fazira ajar ibu ayah cara didik dengan psikologi & perjanjian supaya anak bijak guna teknologi tanpa terdedah pada risiko negatif. Pendekatan primadona filem melayu ini sesuai dijadikan inspirasi buat ibu bapa moden.
Bila anak semakin membesar, salah satu permintaan yang biasa kita dengar ialah: “Mama, boleh tak saya nak telefon sendiri?” Inilah dilema besar buat ibu ayah zaman sekarang. Mahu penuhi permintaan anak, tetapi dalam masa yang sama risau soal keselamatan, pengaruh negatif dan ketagihan skrin.
Menariknya, pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira turut berdepan situasi ini apabila anaknya, Engku Aleesya, yang kini berusia remaja, mula diberikan kepercayaan untuk memiliki telefon pintar. Namun, seperti kata orang bijak, “Kepercayaan datang bersama tanggungjawab.”
Telefon Pertama Dengan Perjanjian: Kongsi Kata Laluan & Boleh Diakses
Dalam satu temu bual bersama OhBulan!, Erra mendedahkan bahawa sebelum ini, Aleesya tidak memiliki telefon sendiri. Namun selepas selesai menduduki peperiksaan, dia akhirnya dibenarkan memiliki telefon pintar tetapi dengan syarat yang jelas dan dipersetujui bersama.
“Kami sama-sama buat perjanjian. Dia boleh ada telefon tetapi dalam waktu tertentu sahaja. Kata laluan pula kena dikongsikan dengan kami dan ia boleh diakses bila-bila masa,” jelas Erra.
Ads
Erra juga menegaskan, jika perjanjian dilanggar atau berlaku salah guna, telefon itu akan ditarik balik tanpa kompromi. Ini bukan soal menghukum, tetapi sebagai cara memantau dan membentuk disiplin sejak awal.
Bijak Didik Anak Remaja Dengan Psikologi & Empati
Membesarkan anak yang bersifat introvert bukan mudah. Erra mengakui bahawa Aleesya seorang yang pendiam, dan dia perlu menggunakan pendekatan lembut tetapi bijak secara psikologi agar anaknya tidak menjauhkan diri.
Ads
“Saya dibesarkan oleh ibu bapa yang tegas. Tapi saya tak boleh buat begitu dengan anak sebab bapanya pun seorang yang tegas. Nanti ke mana anak kami nak pergi?” katanya jujur.
Erra memilih untuk lebih ‘sporting’, supaya Aleesya rasa selamat dan selesa untuk berkongsi. Malah, beliau turut mendedahkan, Aleesya kini mula terbuka bercerita termasuk soal ‘crush’, dan sebagai ibu, Erra berusaha kekal tenang supaya anak tidak mencari tempat lain untuk meluah.
“Di belakang dia saya takut, tapi di hadapan dia saya perlu bertenang.”
Ads
Tip Pa&Ma: Panduan Ibu Ayah Bila Anak Mahu Telefon Pertama
Jika anak anda juga sudah mula minta telefon sendiri, berikut beberapa langkah bijak yang boleh diambil:
✅ Buat perjanjian bertulis atau lisan tentang had masa, aplikasi dibenarkan dan akses ibu bapa. ✅ Wajib kongsi kata laluan – bukan untuk mengintip, tetapi demi keselamatan. ✅ Pantau penggunaan dengan aplikasi parental control seperti Google Family Link. ✅ Bina komunikasi terbuka, galakkan anak cerita tentang apa yang mereka lihat dan alami. ✅ Jadi sahabat anak, bukan sekadar pengawal – ini kunci mereka terus percaya dan hormat kita.
Telefon pintar bukan musuh, tetapi ia boleh jadi senjata makan tuan jika disalah guna. Seperti yang ditunjukkan oleh Erra Fazira, pendekatan penuh kasih sayang, ketegasan dan komunikasi berkesan adalah kunci untuk mendidik anak zaman digital dengan lebih selamat.
Jadi, jika anak anda bakal dapat telefon pertama, jangan lupa: bukan sekadar beri, tetapi bimbing juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanyalah mana-mana mama sekalipun pasti pernah berdepan dengan gigitan anak. Sakit..usah cakaplah. Tapi selalunya kita pandang remeh dan biarkan sahaja masalah ini.
Sebenarnya bila anak menggigit ada sebabnya yang mama kena tahu. Perkongsiandari Dr Aein Zul ini mama papa kena baca.
Aileen kena gigit!
Alahai kesian anak mummy ye.
Tapi sebelum ni Aileen pun ada jugak gigit orang kat taska rupanya. Semua nya mummy baru tahu semalam lepas teacher Aileen hantar gambar muka dia kena gigit dengan kawan ?, and teacher bgtahu Aileen pun pernah gigit orang sebelum ni.
Umur 1-3 tahun memang normal phase untuk anak menggigit, tapi kita as parents kena tahu kenapa anak menggigit. Menggigit sekali sekala maybe cara anak express diri. Tapi biting habit yang tak terkawal is not good. Jumpa orang je gigit, takde kena provoke ape gigit. Bila kita tahu sebabnya, kita boleh kenal pasti cara nak kurangkan atau bagitahu anak yang menggigit tu tak baik.
Antara sebab anak menggigit:
1) Teething – Anak nak tumbuh gigi, orang tua kata gatal gusi. Memang tak dinafikan Aileen menggigit time naik gigi, dengan time menyusu pun dia gigit. Aduhhhh!!!
2) Penat – Budak penat lagi nak menggigit, kena tengok sleep pattern anak. Kurang nap pun boleh sebabkan anak menggigit tau
3) Communication – Anak yang tak pandai bercakap banyak, dia nak berkomunikasi dengan orang nak tunjuk dia geram, dia tak setuju, dia marah, dia frust. Emosi la kira ?
4) Nak perhatian
5) Tiru kawan yang menggigit – Budak tak tahu gigit tu benda tak elok, dia ingat macam main so dia pun nak buat.
6) Parents bagi contoh cause & effect yang salah – Bila anak gigit, kita geletek dia balik konon nak main dengan anak. Atau bila anak gigit, kita tak tegur, kita biarkan. So anak rasa gigit tu macam cara bermain jugak, parents tak tegur pun, so dia buat lagi nanti. Anak setahun pun boleh ditegur dengan cara yang betul. Dia akan absorb slowly walaupun ambil masa. Yang penting tegur.
Mummy memang pesan dekat teacher, Aileen gigit orang lepas ni kena bagitahu jugak. Walaupon kecik lagi, she needs to know which one is right, which one is wrong. Papepun, pendapat dan cara kita semua mungkin berbeza, dan terpulang kepada parents tuk sesuaikan keadaan dengan didikan terhadap anak-anak.
Macam kami berdua.
Mummy memang tegas sikit dengan anak bergantung jugak pada keadaan, daddy pulak soft hearted most of the times. Daddy banyak bermain and tackle emosi anak. Bab emosi, memang serah kat daddy sebab mummy pun beremosi cepat jadik singa haha ??
Kredit: Aein Zul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang menganggap suami yang sweet bila bawa isteri jalan-jalan, belikan hadiah yang mahal-mahal dan selalu buatkan surprise. Tapi definisi sebenar bagi pasangan yang sweet bila saling mengingatkan tentang akhirat.
Ustaz Azhar Idrus (uaioriganal) telah berkongsi satu perkongsian menarik daripada Ustaz Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari tentang “Sweet yang sebenar bagi pasangan” di laman instagramnya.
Isteri Yang Solehah “Sweet yang sebenar itu, bukanlah setakat jalan-jalan bawa pasangan, isteri dan selfie sana-sini. Akan tetapi membawa isterinya ke majlis-majlis ilmu juga.
Mempunyai isteri yang solehah itu adalah bukan dari hal keduniaan, malah ianya adalah salah satu jalan untuk suami itu ke syurga oleh kerana isteri isteri yang solehah.
“Jika seorang suami itu, dikurniakan isteri yang solehah. Ibaratnya dia telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agamanya.”
“Khidmat paling besar seorang isteri itu, bukanlah khidmat kepada Tuan Guru atau pon Masyaikhnya. Akan tetapi khidmat paling besar seorang isteri adalah, berkhidmat kepada suaminya, itulah khidmat yg paling besar dan paling terbaik bagi seorang isteri.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini, berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu, yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Majlis Merenjis Air Mawar
Sultan Abdullah dan Tuanku Tunku Azizah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu, disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Adat Resam Melayu Tak Patut Dilupakan
Ketika ditemui pemberita mengenai upacara yang penuh adat resam budaya Melayu itu, Tengku Puteri Iman berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.
Berharap Semua Berjalan Lancar
Katanya, beliau dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
“Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya.
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.