Anak-anak kecil kita jarang berkongsi bila mana rasa sakit. Mereka biasanya memberitahu ketidakselesaan mereka dengan tangisan, lebih-lebih lagi pada bayi atau anak kecil yang tidak pandai bercakap.

Emosi anak jadi tidak tentu hala. Mereka tidak selesa. Masalah jangkitan fungus atau kulat antara yang sering berlaku kepada anak-anak kita. Ini sebab yang dikongsikan oleh Dr Ezairy Salih, Pakar Hidung, Telinga & Tekak (ENT).

Telinga Anak Gatal & Berair Buat Anak Tak Selesa, Ini Sebabnya!


Pernahkah anak anda alami masalah telinga berair, gatal-gatal dan rasa tersumbat?

Masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan fungus atau kulat. Selalunya, apabila telinga berada di dalam kelembapan yang terperangkap dalam telinga, kurang ventilasi dan suhu yang sesuai, fungus mudah berkumpul.

Selalunya jika anak-anak atau kita sendiri yang gemar menggunakan earphone atau mereka yang kerap sangat membersihkan telinga (tabiat ini boleh menipiskan lapisan kulit salur telinga). Akibatnya fungus boleh berkumpul.

Telinga Anak Gatal & Berair Buat Anak Tak Selesa, Ini Sebabnya!

Otomycosis ini merupakan antara gejala yang boleh berlaku. Kita saja yang kadang terlepas pandang.

Jika ini berlaku, ubat titis antibiotik tidak boleh menyembuhkan, kami perlu rawat jangkitan fungal dengan ubat yang sesuai.

Ads

Telinga Anak Gatal & Berair Buat Anak Tak Selesa, Ini Sebabnya!

Simptom Jangkitan Telinga?
Apabila mengalami masalah telinga, kanak-kanak terutamanya bayi akan mula mengalami perubahan dari segi emosi dan beberapa perkara yang dapat kira lihat, antaranya:

* Bayi anda akan menarik-narik telinganya.

* Demam: Infeksi ini akan menyerang selepas bayi anda dijangkiti selsema atau infeksi sinus.

* Cirit-birit atau muntah-muntah: Infeksi ini mampu menjejaskan saluran gastrousus.

* Hilang selera makan: Infeksi ini mengakibatkan bayi anda berasa sakit ketika menelan atau mengunyah makanan.

Ads

Telinga Anak Gatal & Berair Buat Anak Tak Selesa, Ini Sebabnya!

* Cecair berwarna kekuningan dan keputihan meleleh daripada telinga: Ini akan berlaku apabila terdapat lubang kecil yang terbentuk di dalam gegendang telinga bayi.

* Bau yang tidak menyenangkan: Terdapat bau yang tidak menyenangkan pada telinga bayi anda.

* Sukar tidur: Berbaring akan menyebabkan kesakitan pada bayi.

Segera bawa anak anda berjumpa doktor segera bagi mendapatkan rawatan sebaiknya. Jangan biarkan anak terus rasa tidak selesa dan sakit.

Ads

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

Telinga Anak Gatal & Berair Buat Anak Tak Selesa, Ini Sebabnya!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI