
Ibu mana yang tak panik bila serangga kecil seperti lipas memasuki telinga anak kecil kita. Panik dibuatnya dan usaha nak keluarkannya juga pastinya mencabar. Maklumlah tangisan anak pastinya kuat ditambah lagi dengan rasa takut.
Sebenarnya bila berdepan dengan situasi yang semacam ini, ibu kenalah lebih tenang dan paling penting jangan panik. Kalau ibu panik, anak bertambahlah panik. Jadi kena kawal situasi.
Tip yang dikongsikan oleh Dr Ezairy M Sallih ini mama papa kena ikuti. Jangan korek-korek sendiri hingga keluar.
Seorang ibu datang ke klinik bersama anak berusia 9 tahun. Apabila saya periksa, masih ada seekor lipas yang masih hidup. Bergerak-gerak!
Mujur tidak luka ketika dikeluarkan. Untuk ibu bapa, ikuti tip ini jika berlaku kepada anak anda.
Lakukan 4 Perkara Ni
- Pastikan baik ibu atau bapa bertenang sebelum bertindak atau melakukan apa-apa. Tarik nafas dalam-dalam. Kalau panik, dikhuatiri anak pun akan panik.
2. Sebaiknya jangan cuba mengeluarkan lipas atau serangga di dalam telinga dengan apa-apa peralatan. Bimbang memudaratkan.
3. Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah dengan mengambil minyak bayi dan minyak zaitun dan titiskan ke dalam telinga. Biarkan sahaja.
4. Kemudian bawalah ke klinik untuk rawatan doktor selanjutnya. Doktor lebih arif bagaimana untuk mengeluarkannya dengan cara selamat.
Anak pun pastinya tak takut!
Kredit: Dr Ezairy M Sallih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Banyak Virus, Sebab Tu Tak Bagi Orang Peluk Cium Newborn Baby. Mohon Faham!

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melawat ibu baru bersalin dan bayinya sebaik mereka keluar dari hospital. Bau bayi sangat harum dan boleh buat kita hilang rasa stres. Tapi sebenarnya tak elok kalau kita terlalu menggomol dan mencium bayi baharu lahir kerana sistem imunisasi mereka masih belum kuat.
Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Sebelum anda meneruskan tradisi melawat kenalan dalam pantang serta bayi mereka, bacalah dulu pesanan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
MAHU MELAWAT RAKAN YANG BARU BERSALIN? BACA INI DULU
Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.

Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya. Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, saya nasihatkan:
1. Jangan cium bayi. Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
2.Jangan sentuh bayi. Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi?
3. Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.
Baca Juga:
Nampak Lembut Tapi Kuat! Ibu Cari Rezeki Sara 5 Anak, Bawa Lori Kontena
Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai
Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!
4. Jangan lama-lama bila melawat. Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
5. Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana siibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
6. Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.

7. Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Si ibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.
9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur. Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
10. Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan siibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada anda, bukannya si ibu tu kedekut tak mahu tunjuk anak. Bukan juga sembunyikan anak. Penting untuk kita yang mahu menziarahi ibu selepas bersalin dan bayinya untuk menghormati batas-batas yang seharusnya. Sekarang ni macam-macam jenis virus yang menyerang sistem imunisasinya yang belum betul-betul kuat.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesan Ibu Ini Ekzema Perlukan Makanan Untuk Sembuh, Bukan Semua Kena Pantang

Sekiranya anak anda ada ekzema, ia tak bermakna mereka hanya perlu makan nasi kosong sahaja.
Perkongsian Puan Widyana Ali ibu kepada Saeed yang pernah mengalami ekzema teruk ketika umurnya dua bulan dan sembuh selepas lebih setahun menderita ini boleh memberi semangat kepada ibu bapa anak ekzema.
Bagaimana usaha Puan Widyana lakukan adalah dengan menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakanan sihat.
Ada orang terlalu strict. Ayam tak boleh makan. Ikan itu gatal, ikan ini gatal. Telur jangan.
Semuanya takut gatal. Hampir semua makanan tak boleh.
Ekzema bukan penyakit gatal. Ekzema perlu elak makanan yang menyebabkan keradangan (Inflammatory Food).
Ibu ayah sekalian, anak eczema perlukan nutrisi yang mencukupi untuk terus sembuh dan sihat. Orang sakit kalau kita tak bagi dia makan, tubuh dia akan semakin lemah dan lemah. Jadi bagaimana badan nak melawan penyakit?
Ekzema Perlukan Makanan Untuk Sembuh, Bukan Semua Kena Pantang.
Ekzema perlukan makanan untuk sembuh. Ekzema perlukan real food untuk lawan inflammation. Ekzema tidak akan sembuh jika terus menerus ambil processed food.
Beri anak makan pisang. Setiap hari.
Makan keledek.
Macam nenek-nenek kita dulu.
Makan ubi kayu rebus cicah nyior.
Pisang boleh goreng kosong dan tabur sedikit garam pink. Pun dah cukup sedap.
Tanak pulut.
Masak nasi goreng, pastikan cukup dengan protein dan sayur macam lobak merah atau green beans.
Sesekali boleh buat bubur kacang hijau bersama santan segar dan gula molasses organik.
Masak nasi dan sup ayam, singgang ikan. Buat chicken bone broth. Rebus hanya satu jam supaya tidak tinggi histamine. Asam pedas dan kuah laksa pun bagus sebab ia dalam kategori bone broth. Kunyah timun Jepun. Makan epal. Makan jambu batu ditabur Baobab yang kaya Vitamin C.
Snacking buah dan sayuran, bukan makan biskut roti atau kek. Tinggalkan semua makanan bertepung, manis dan makanan terproses.
Musuh utama ekzema ialah GULA. Sugar, is the new tobacco.
Gula, ada kesan ketagihan yang sangat dasyhat. Gula juga punca pelbagai penyakit.
Sepanjang tempoh lima bulan Saeed untuk heal dari ekzema, saya berhenti ambil gula dalam makanan dan juga minuman. Termasuklah pada Hari Raya.
Ya, mula-mula memang rasa nak marah semua orang. Kenapa orang lain boleh makan, kenapa saya tak boleh makan!!
Tapi, lama kelamaan saya pun bahagia tanpa minum air manis sampai sekarang walaupun Saeed dah sembuh dari ekzema. Saya tetap suka sangat minum air kosong, air kelapa, atau rooibos tea tanpa gula serta air limau tanpa gula.
Alhamdulillah syukur sekarang Saeed dah boleh makan macam-macam. Dah makan seafood, semua jenis ayam, gluten dan makanan manis. Semua dah pass makan.
Tapi disebabkan saya tahu apa kebaikan real food untuk dia. Maka saya akan usahakan Saeed terus makan real food sampai besar.
Untuk sembuh eczema inside out, anak ekzema perlukan makanan sihat dan bernutrisi.
Sumber: Widyana Ali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Bersalin Tak Perlu Tanya Berapa Jahitan Pada Doktor, Tapi Tanyalah Berapa Kedalaman Luka Tersebut!

“Berapa banyak jahit, doktor?” Dia bertanya setelah proses jahitan berhenti seketika. Jarum berbentuk bulan sabit diketap kuat menggunakan needle holder di tangan kanan.
“Kraaaap!” Bunyi yang sungguh enak kedengaran. “Err… tak tahu nak kata berapa banyak. Tapi, banyak lah, puan.” Dalam kerut muka, saya membalas pertanyaannya.
Kemudian, sambung menjahit luka yang hampir sempurna. Dalam kepala, masih ligat berfikir jawapan bagi menjawab persoalan dia.
“Kenapa puan tanya macam tu?”
“Oh… tak ada apa pun doktor. Nak tahu je. Senang la nak jawab nanti kalau ada makcik-makcik tanya.”
Erk! Macam tu rupanya! Ingatkan apa lah yang penting sangat, puan. Nak jawab soalan acik-acik bawang rupanya. Saya tepuk dahi dalam hati.
Sampailah suatu hari, saya cuba tanya kepada seorang kakak misi. “Kak, kalau patient tanya berapa banyak jahit, kak jawab macam mana?” Dia garu kepala.
“Eee… Tak tahulah doktor… Kak pun pening bila patient tanya macam tu. Entah dia ingat kita boleh kira ke apa?”
Saya tergelak mendengar jawapan dia. Entah kenapa soalan ini akan menjadi satu persoalan misteri oleh kebanyakan ibu yang baru sudah bersalin.
Berapa banyak jahitan
Itulah yang dirisaukan
Kami, doktor dan para misi, sejujurnya akan keliru sekiranya ditanya soalan misteri ini.
Ibaratnya nak tahu macam mana?
Kita pergi tanya tukang jahit,
“Berapa banyak jahit ya seluar yang koyak tu?”
Hah! Kan dah pening nak jawab!
Bukannya tukang jahit tu kira berapa banyak yang dia jahit. Selagi dia nampak ada tempat yang koyak, selagi tu dia akan jahit. Pokok pangkalnya, ikut suka hati dia.
Macam itulah juga jahit tempat ‘koyak’ manusia. Boleh jadi, walau luka hanya sebahagian kecil, kita jahit berkali-kali. Melainkan memang nyata hanya memerlukan satu, dua jahitan sahaja. Itu lainlah cerita.
Sebenarnya, tentang luka di bahagian perineum seorang wanita bersalin ini memang amat diambil kisah oleh kami yang bekerja dalam bidang ini.
Cuma, bukan berapa banyak jahitan yang penting untuk kami ambil tahu. Tetapi, “tahap kedalaman”. Itulah yang kami titikberatkan.
Kedalaman luka atau koyak di bahagian kulit luar faraj (perineum) ada beberapa tahap. Tahap satu, hingga tahap empat pun ada.
Secara ringkas saya boleh cerita,
Tahap satu
Itu luka yang melibatkan bahagian kulit perineum sahaja.
Tahap dua
Luka telah melibatkan otot pula, tetapi masih di bahagian perineum.
Tahap tiga
Kedalaman telah melibatkan otot pada bahagian dubur. Istilahnya mediknya, external & internal anal sphincter. Bermula tahap ini, jahitan perlu dibuat di dalam dewan bedah.
Tahap empat
Koyakan sehingga ke usus bahagian bawah yang menyimpan najis. Itulah yang dipanggil ‘rectum’.
Dalam tahap tiga dan empat, kebiasaannya pesakit akan mengalami masalah untuk kemut.
Sebab itu jangan pelik apabila sesudah siap jahit, doktor akan masukkan jari dalam lubang najis dan suruh cuba kemut. Tujuannya adalah untuk tahu sama ada otot di bahagian dubur berfungsi dengan baik atau tidak.
Jadinya selepas ini, boleh cuba tukar soalan kepada berapa kedalaman luka. Bukannya, “Berapa banyak jahit ya?”
Tolong sampaikan ilmu penting ini kepada ahli keluarga dan geng mak-mak yang sedang berbadan dua supaya nanti dapat soal dengan ilmu yang penuh di dada.
Sekian.
Sumber: Dr. Nur Hanisah
Tukang Jahit Manusia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI