Ibu mana yang tak panik bila serangga kecil seperti lipas memasuki telinga anak kecil kita. Panik dibuatnya dan usaha nak keluarkannya juga pastinya mencabar. Maklumlah tangisan anak pastinya kuat ditambah lagi dengan rasa takut.

Sebenarnya bila berdepan dengan situasi yang semacam ini, ibu kenalah lebih tenang dan paling penting jangan panik. Kalau ibu panik, anak bertambahlah panik. Jadi kena kawal situasi.

Tip yang dikongsikan oleh Dr Ezairy M Sallih ini mama papa kena ikuti. Jangan korek-korek sendiri hingga keluar.

Seorang ibu datang ke klinik bersama anak berusia 9 tahun. Apabila saya periksa, masih ada seekor lipas yang masih hidup. Bergerak-gerak!

Mujur tidak luka ketika dikeluarkan. Untuk ibu bapa, ikuti tip ini jika berlaku kepada anak anda.

IKLAN

Lakukan 4 Perkara Ni 


  1. Pastikan baik ibu atau bapa bertenang sebelum bertindak atau melakukan apa-apa. Tarik nafas dalam-dalam. Kalau panik, dikhuatiri anak pun akan panik.

2. Sebaiknya jangan cuba mengeluarkan lipas atau serangga di dalam telinga dengan apa-apa peralatan. Bimbang memudaratkan.

IKLAN

3. Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah dengan mengambil minyak bayi dan minyak zaitun dan titiskan ke dalam telinga. Biarkan sahaja.

4. Kemudian bawalah ke klinik untuk rawatan doktor selanjutnya. Doktor lebih arif bagaimana untuk mengeluarkannya dengan cara selamat.

IKLAN

Anak pun pastinya tak takut!

Kredit: Dr Ezairy M Sallih

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI