
Sama ada digoreng, direbus atau dimasukkan dalam menu makanan, telur antara makanan yang sentiasa jadi pilihan semua peringkat umur. Kebiasaannya kanak-kanak yang susah makan lauk bila digantikan dengan telur mereka suka.
Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata. Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, dia sangat mengalakkan anak-anak kita bersarapan dengan telur.
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Guna Berus Kalau Bayi, Lap Guna Kain Je!, Ini Tip Doktor Gigi Kongsi Nak Jaga Gigi Anak Dari Awal

Isi Kandungan
TogglePenjagaan gigi bayi boleh dimulakan seawal bayi lagi. Buka bila tumbuh gigi baru nak mula! Doktor gigi kongsi 5 tips penjagaan gigi si bayi dan kanak-kanak. Bila nak mula guna berus gigi dan kuantiti ubat gigi juga diulas.
Menurut Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian di Pusat Sejahtera, Universiti Sains berkongsi tentang penjagaan gigi anak daripada bayi. Berikut ialah perkongsian beliau;
Beliau telah mengulas tentang cara penjagaan gigi kanak-kanak dan bayi, peringkat penggunaan kain dan berus serta ubat gigi.
PENJAGAAN GIGI BAYI
#1 GUNAKAN BERUS BILA ANAK BERUSIA 14 BULAN
Dr Iqbal menerangkan yang dia mula memberus anaknya menggunakan berus gigi semasa anaknya berumur 14 bulan.
“Ini berus gigi anak saya yang berumur 18 bulan. Saya mula gosok gigi dia dengan berus gigi ini lebih kurang 4 bulan lepas (kira-kira berusia 14 bulan).”
#2 SEBELUM ITU HANYA LAP GUNA KAIN
Beliau juga mengatakan, bagi penjagaan gigi anaknya sebelum itu, dia hanya menggunakan kain untuk mengelap bahagian dalam mulut termasuk gusidan gigi.
“Sebelum itu cuma gunakan kain sahaja.”
#3 TAK GUNAKAN UBAT GIGI
Dr Iqbal menerangkan yang dia tidak menggunakan ubat gigi sebalik memberus kosong dalam posisi berbaring. Ia bertujuan untuk melatih si anak. pada permulaannya anak akan menangis dan ibu bapa perlu bersabar kerana lama-kelamaan mereka akan terbiasa.
“Saya tak gunakan ubat gigi. Cuma berus kosong sahaja.
“Sebab nak biasakan dulu. Saya baringkan dan peluk dia untuk gosokkan gigi. Mula-mula menangis. Sekarang bila saya pegang berus gigi dia dah tahu.”
#4 BILA 18 BULAN BARU GUNAKAN UBAT GIGI
Dr Iqbal juga turut berkongsi yang dia mula menggunakan ubat gigi apabila anaknya berumur 18 bulan serta kuantiti ubat gigi yang perlu. Berus gigi selalunya akan menunjukkan saiz ubat gigi yang perlu digunakan.
Sekarang saya sudah mula gunakan ubat gigi kanak-kanak. Ada yang tanya banyak mana nak guna ubat gigi. Cuba tengok pada berus gigi. Ada warna biru di tengah-tengah.
(Gambar) Itulah kuantiti untuk letak ubat gigi. Sikit sahaja. Tak perlu banyak pun.
(Gambar) Kalau bawah 3 tahun, cuma sebesar sebiji beras.
#5 GUNA UBAT GIGI BERFLOURIDA
Dr Iqbal juga menyarankan penggunaan ubat gigi berflourida kerana ia memberikan perlindungan yang lebih padu. Bagi mengelakkan anak tertelan, dia menasihatkan ibu bapa agar membantu anak menggosok gigi.
“Ada juga tanya nak guna ubat gigi yang mana. Saya guna ubat gigi berflourida. Barulah gigi kuat dan tidak senang rosak. Kalau untuk budak, cukup 500-600 ppm flourida. Separuh dari orang dewasa.
“Sekarang sudah ada ubat gigu berflourida untuk kanak-kanak. Kalau tak nak bagi dia tertelan, kita sebagai ibu bapalah yang wajib gosokkan.”
Sumber: Dr Iqbal Rosali
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Memandangkan situasi Covid-19 masih lagi belum reda dan program on ground bersama followers Pa&Ma tidak dapat dilaksanakan, buat julung kalinya Pa&Ma menganjurkan Merangkak Race SSPN x Pa&Ma secara virtual.
Dengan yuran penyertaan RM20, si comel akan mendapat akaun SSPN, t-shirt, medal dan e-sijil. Best kan?
Hanya 3 langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan video paling menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan.
Ayuh apa tunggu lagi, daftarlah sekarang!!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mulut Dan Muka Senget, Saraf Telinga Dijangkiti Kuman. Jangan Suka-Suka Korek Telinga Anak!

Siapa sangka disebabkan korek telinga, anak kecil ini terpaksa menahan sakit kerana disahkan bell palsy.
Akibat daripada itu mulut si kecil ini menjadi senget. Bagaimanapun tindakan awal dan dirujuk kepada pakar kanak-kanak telah berjaya membantunya pulih.
Ikuti perkongsian dari Maizatul Amira iaitu ibu saudara kepada Khayla Nur Khadeeja. Semoga menjadi peringatan bersama.
Assalamualaikum . Ramai yang pm Mai pasal anak saudara Mai yang sakit #bellpalsy haritu. So Mai dah minta permission mama dia untuk share tentang penyakit Lala untuk share dengan ualls.
Seminggu sebelum Lala sakit dia demam dalam dua hari. Then kita bagi ubat demam je sebab memang selalu spare kat umah lagipun klinik jauh. Jarang bawa pergi klinik kerajaan sebab malas nak tunggu. So kita bagi je ubat beli kat klinik swasta tanpa cek demam dia tu sebab apa. (Sepatutnya kena cek )
Lepas dia makan ubat tu sihat. Main macam biasa dengan Annur.
30.1.2018
Malam tu dia selalu gosok-gosok mata dia. Mata dia berair macam gatal. Saya yang jaga dia masa tu. Saya basuh muka dia dengan air bersih takut kena habuk or apa-apa. Tapi still gosok mata. Tak lama lepastu dia main dengan Annur die gelak-gelak kitorang tengok mulut dia senget. Dan dia selalu pegang bibir dia. Kitorang ingat dia saje buat mulut senget. Siap buat lawak lagi ikut dia buat mulut senget. (Tak lawak ok) dia memang sakit. Sorry Lala.
31.1.2018
Pagi dia bangun tidur nangis-nangis macam tak selesa. Selalunya dia bangun tidur diam je.. Baring kadang-kadang nyanyi lagu.. mak saya dukung Lala tanya dia nak apa..semua dia tak nak dan dia nangis-nangis makin kuat. Masa tu nampak mulut dia bertambah senget dari malam tadi.. Bila nangis mata dia tak tertutup dua-dua belah mata. Abah dah bising suruh siap-siap pergi klinik sekarang. Masa diorang pergi klinik saya tak ada. Dia orang pergi klinik kat Segamat (klinik utama) doc tu terkejut dia cakap tak pernah handle kes mcm ni. So dia buat surat refer kecemasan Hospital Segamat. Then MA cek dia cakap gusi bengkak. Dia bagi ubat antibiotik. Kena makan sampai habis.
1.2.2018
Kita orang macam tak puas hati MA tu cakap gusi bengkak. Then mama Lala search klinik swasta yang ada pakar kanak-kanak. Dia orang pergi klinik mesra dekat jalan genuang. Doc Cina cek. Doc cek suhu badan, telinga n tekak. Dia ckp mmg sakit bell palsy dalam bahasa Melayu sakit saraf ke-7. Doc cakap punca sakit Lala ni sebab korek telinga mungkin terkena urat telinga. Apa yang doc cakap tu macam betul sebab sebelum sakit tu memang ada korek telinga dia. So maybe telinga dia bernanah dan kuman datang dan makan saraf muka sebab tu saraf muka mati dan muka jadi senget sebelah. Doc bagi 3 jenis ubat. Steroid dan lagi dua tak ingat. Doc cina tu bagi masa 4 hari untuk follow up semula.
5.2.2018
4 hari lepas tu cek balik kat doc klinik mesra cek semula dia kata tak ada perubahan. Masa tu rasa sedih sangat. Doc suruh stop ubat dan refer HKL. Tapi kita orang tengok macam dah kurang sikit mulut Lala senget lepas makan ubat tu. Untuk keselamatan ikut cakap doc pergi HKL mlm tu jugak.
6.2.2018
Pagi-pagi lagi pergi HKL. Bahagian kecemasan dan MA tu cakap sakit gusi. Dia bagi antibiotik dan surat refer bahagian paed. Tp tak sempat masuk paed sebab dah tutup awal. So continue esok.
7.2.2018
Pergi HKL bahagian paed. Datang awal kalau nak balik awal. So diorang datang kul 7 pagi tu pun dapat no 4. Ada yang lagi awal dari dia orang haha.. so cek dengan pakar kanak-kanak.. Doc tu cakap memang sakit bell palsy. Dan dia tanya kenapa stop ubat yang klinik swasta bagi tu.. kita orang cakap doc swasta takut sakit lain kalau continue ubat tu. Doc HKL cakap bell palsy memang selalu jadi lepas budak-budak demam. Masa tu virus senang merebak. Lala jenis antibodi lemah dan cepat sangat demam.. So doc bagi antibiotik dan steroid jenis tablet. (Fikir macam mana nak bagi pil kat lala) kena makan dalam masa dua minggu. 13.3.2018 follow up utk tgk perubahan.
Malam tu start makan ubat pil. Sebiji pil kecil tapi pahit sangat. Campur dalam air gula, sup tetap terasa pahit dia.. yang tua pun tak boleh telan inikan pula budak kecik.. malam tu memang tak dpt mkn ubat pil tu.. lala mkn antibiotik je. Huhu
8.2.2018
Mama cari ubat yang sama macam klinik mesra bagi kat klinik kawan dia. Alhamdulillah ada yang sama macam tu. Lala boleh makan dengan baik.. dia nangis tak nak sebab pahit tapi tak sepahit pil tu..haha sian lala. Dengar die nangis merayu-rayu tak nak makan ubat kesian sangat. Hakak mmg lari jauh dah nanti hakak hujan huhu.
22.2.2018
Ubat dah habis. Kitorang nmpk banyak perubahan kat mulut lala. Mata pun dah berkelip sekata. Cakap pun tak senget-senget mulut. Alhamdulillah.
13.3.2018
Check up doc. Alhamdulillah Lala dah sihat sepenuhnya tak perlu datang hospital dah. Masa tu rasa bersyukur sgt.. dan semoga tak kan datang hospital dah smpai bila-bila.
Moral : Jangan terlalu obses nak korek telinga anak.. nanti tahi tu keluar sendiri..bersihkan yang terkeluar tu je..bahaya untuk kanak-kanak..Dia orang tak tau nak explain sakit macam mana. So beware ok!
Moral : kalau demam terus pergi cek jangan tangguh. Jangan suap ubat sesuka hati. Kita tak tau sakit dalam badan dia.
Tq kawan-kawan yang doakan lala. Allah makbulkan doa kita. Kawan-kawan Mai dari bff, yang kerja nurse, pharmacist, tqsm sebab beri tunjuk ajar macam mana nak bagi ubat kat lala.. tq tau..
Sape nak share boleh share..ingatan untuk kita semua.
Sumber: Maizatul Amira
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru Lahir 3 Jam, Bayi Maut Dicakar Anjing

Isi Kandungan
ToggleKehadiran anjing liar sering kali mengganggu ketenteraman awam. Bukan sahaja di tempat kita, malah di negara lain juga turut menghadapi masalah yang sama. Seperti yang berlaku di sebuah hospital swasta di Farrukhabad, Uttar Pradesh baru-baru ini yang mana seorang bayi mati dicakar anjing.
Menurut laporan akhbar antarabangsa, bayi yang baru sahaja dilahirkan ke dunia selama tiga jam itu dicakar anjing sehingga meninggal dunia. Berdasarkan laporan itu juga anjing yang mencakar bayi tersebut memasuki hospital menerusi tingkat di dewan pembedahan.
Ekoran daripada kejadian tersebut yang meragut nyawa, kakitangan hospital tersebut ditahan dan didakwa kerana menyebabkan kematian.
Tinggalkan bayi tanpa pengawasan
Pegawai penyiasat, Ved Prakash Panday berkata, keluarga mangsa mendakwa bahawa bayi itu ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam dewan pembedahan.
“Kami sedang menunggu bedah siasat sebelum membuat sebarang tangkapan berhubung kematian mangsa,” katanya.
Sementara itu, keluarga mangsa mendakwa hospital cuba menyembunyikan kejadian dengan mendakwa kematian bayi itu disebabkan ibunya keguguran.

Mereka mendakwa bahawa ditawarkan wang untuk tidak membuat aduan berhubung perkara berkenaan.
Hospital ditutup, beroperasi tanpa lesen
Pihak berkuasa kini menutup hospital berkenaan atas alasan ia beroperasi tanpa lesen.
Dianggarkan, ada lebih 30 juta anjing liar di India dan lebih 20,000 orang di negara itu mati akibat penyakit anjing gila, setiap tahun.
Laporan bahawa anjing merayau di hospital juga bukan perkara asing.
Minggu lalu, ada dakwaan bahawa anjing tidur di katil di hospital kerajaan yang menyebabkan protes awam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI