Telur Pecah Sambal 3 Rasa, Resepi Simple Untuk Sahur

Share

Telur pecah sambal 3 rasa antara resepi simple yang boleh mama sediakan untuk sahur anak-anak. Lauk simple macam ni lah yang buat makin berselera kan?

Kalau nak tahu step by step penyediaan jom ikuti perkongsian ini!

Menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sahur esok.

Bahan-bahan:-

  • 1 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 3 biji telur ayam.
  • 3 sudu cili kering.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar sos tomato.
  • 1 cawan air.
  • Sedikit daun bawang jika ada.

Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.

Bawang merah dan putih hiris halus.

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.

Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.

Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.

Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barula masakan jadi sedap.

Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.


Rasala sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.

Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.

Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je!

Kalau besahur gini boleh tambah 2 pinggan tau.

Selamat mencuba!

Kredit: Liza Idris

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa