Keibubapaan

Tema Wednesday Dengan Fazura, ‘Dating’ Dengan Fattah, Fatima Sambut Dua Ulang Tahun Berbeza!

Share

Tarikh 2 Oktober pastinya menjadi tarikh yang paling dinantikan Fazura dan Fattah. Semuanya bagi menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.

Tahun ini genap empat tahun usia Fatima dan sambutan tahun ini pastinya sedikit berbeza dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui kedua selebriti ini. Namun ia bukan halangan untuk membahagia si comel Fatima.

Menerusi perkongsian keduanya, hari lahir anak kesayangan itu turut disambut cukup meriah namun dalam dua acara berbeza.

Menerusi akaun Instagram baharu anak kecil ini, Fazura dilihat memilih tema siri popular kesukaan puteri sulungnya iaitu Wednesday.

“Since my birthday falls on a Wednesday and I love Wednesday Addams, everyone must be in character,” tulisnya dikapsyen.

Fatima tampil dalam persalinan serba hitam bersama Fazura dan sepupunya yang turut disertakan dengan tema kek Wednesday.

Menerusi perkongsian video, Fatima dilihat begitu pandai membawakan karektor watak utamanya Wednesday. Memang comel.

Menakala Fattah pula dilihat turut meraikan hari istimewa Fatima dengan membawanya ke indoor playground malah turut memotong kek bagi meraikan Fatima.

Terdahulu pada 13 September yang lalu, Fazura memfailkan penceraian terhadap Fattah tanpa menyatakan perincian sebab mahu bercerai.

 

Published by
SRM