Tahun 2020 memang ramai selebriti dan artis yang menimang cahaya mata. Sama ada zuriat yang pertama atau kedua, memang meriah dengan kehadiran bayi baharu.
Beberapa hari yang lalu pemain gitar kumpulan Kristal, Rody dikurniakan anak kedua selepas isterinya, Niena Azman selamat melahirkan bayi lelaki pada Isnin.
Rody menerusi satu hantaran di Instagram memuat naik foto isteri serta bayi lelaki yang baru dilahirkan itu di samping doktor yang bertanggungjawab menyambut kelahiran anaknya.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Lahirlah seorang lagi hero dalam hidup kami,” tulisnya di Instagram.
Menurut Rody, anak kedua mereka itu dilahirkan pada jam 11 pagi dan disambut doktor yang turut menyambut kelahiran anak sulungnya, Adithya Jabbar.
Rody juga mengucapkan terima kasih dan menzahirkan rasa cinta kepada isterinya.
“Love you sayang, berjuang melahirkan anak kita,” tulisnya disertakan dengan emoji hati serta ciuman.
Dalam posting lain di Instagram isterinya, Niena Azman yang juga merupakan pemain futsal wanita skuad kebangsaan juga turut memuat naik gambar bersama bayi terbaru mereka.
Niena dalam kapsyen di posting tersebut mengucapkan terima kasih kepada doktor yang menyambut kelahiran anaknya itu. Dia juga sempat berseloroh melihat reaksi suami yang cemas ketika dirinya sedang menahan sakit sepanjang proses melahirkan anak itu.
Disamping itu, Niena juga memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak yang dipanggil Baby B.
“Alhamdullilah, akhirnya keluar hero jugak.. kali ni struggle skit berbanding Adith, apa2 pn tq pd Dr @yuliarifuddin dua2 hero die sambut.. tenang je die walaupun niena dh mcm apa je kt LR tu
En.Mi nk telan air liur pn x boleh muka die tgk niena sakit dh serupa muka cr tali gitar yg putus x jmpe ok gurau je! Thanks semua yg mendoakan niena dan baby B,” tulis Niena.
Baby kena jaundis
Niena juga turut berkongsi perkembangan terbaru bayinya yang menghidap jaundis yang tinggi. Akuinya dugaan untuk bayi kedua ini agak berlainan. Namun dia percaya lain anak lain pengalaman yang bakal ibu hadapi.
Perasaan risau pasti hadir tapi Niena berharap keadaan bayinya itu akan bertambah baik.
“Untuk second baby ni, dugaan die lain skit.. hari ni kami di kejutkan dengan paras kuning baby B tggi, 16 risau,takot, sedih mcm-mcm laa.. masa Adith alhamdullilah ok.. tp Baby B ni berbeza..
“Lain anak lain pengalaman.. Semua momies dlm dunia ni pasti risau kn hope esok trn paras kuning baby B,” tulisnya lagi.
Anak pertama mereka, Adithya dilahirkan pada 14 Januari tahun lalu.
Tahniah diucapkan kepada Rody dan Niena. Semoga Baby B cepat sihat dan selamat berpantang buat Niena.
Sumber: IG Rody Kristal & Niena Azmann
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI