Seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan hingga mati.
Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.
Beri alasan terjatuh sofa
Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
“Sekitar jam 11.30 pagi doktor hospital itu menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan awal, doktor itu mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal,” katanya tadi.
Meninggal 3 hari selepas dirawat
Ads
Wan Kamarul berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya Ahad lalu, selepas kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan.
Sejurus menerima laporan, polis cuba menghubungi kembali ibu mangsa yang juga suspek utama, namun gagal malah wanita itu juga tiada di alamat kediaman diberikan.
“Hasil maklumat risikan, polis menyerbu sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan menahan suspek sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari. Suaminya turut ditahan pada hari sama,” katanya.
Mengaku menekup muka anak dengan bantal
Hasil soal siasat suspek mengaku menekup muka mangsa menggunakan bantal semasa anaknya sedang tidur kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga.
“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.
Ads
“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.
“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa,” ujarnya.
Buat siasatan lanjut
Katanya, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat berikutan tiada di lokasi semasa kejadian berlaku.
Ads
“Teman lelaki suspek yang juga seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.
“Dia hanya hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap berkenaan untuk bermalam dengan suspek dan semasa kejadian lelaki berkenaan telah beredar,” katanya.
Beliau berkata, suspek dan teman lelakinya direman tujuh hari bermula 16 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
Bila dah bosan duduk rumah, mulalah macam-macam akal anak. Ada saja idea dia nak bermain atau buat apa-apa asalkan boleh hilangkan rasa ‘tepu’ dek kerana terkurung saja dalam rumah. Kadang-kadang idea anak ni kreatif, sampai kita pun tak terfikir!
Melalui perkongsian di laman Facebook Fadhil Zainuddin, ayah ini menceritakan anak-anaknya mahu menjual lukisan mereka. Anak sulungnya bersungguh-sungguh mahu jual lukisan sehingga merayu kalau kedainya depan rumah pun tak mengapa.
Tidak mahu menghampakan permintaan si anak, Fadhil pun membantu anaknya untuk buka kedai. Khemah dipasang dan ayah ini meletakkan meja dan kerusi untuk anak-anaknya meniaga.
Idea anak sulungnya itu membuahkan hasil apabila lukisannya ‘laku teruk’! Setiap lukisan dijual dengan harga RM1.00 sehaja. Tambah Fadhil lagi, kini isterinya pula pening kerana anaknya menuntut mahu meniaga lagi esoknya.
Ini perkongsian kisah si comel ini yang mahu menjual lukisannya;
Beria-ia Nak Buka Kedai
“Petang tadi layan anak sulung aku jual lukisan dia,punya beria dia nak bukak kedai,dia kata dekat aku “Depan rumah pun takpe” jadi aku pun layankan sahaja.
6 Lukisan Habis Dijual
Aku tak nak patahkan semangat dia tu,jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia biar mereka cuba jual sendiri,tak sangka semua 6 lukisan dia habis dijual.
Esok Nak Buka Kedai Lagi
Sekarang mak dia pening sebab esok dia nak bukak kedai jual lagi,mak dia ingat tadi tak ada orang nak beli.” 😅😂🤣
Kreatif sungguh kan? Dari hobi saja-saja, dapat pula buat duit. Yang membeli pun bukan main sporting menyokong minat adik-adik ini. Hari ni lukisan dijual dengan harga RM1.00 saja, mana tahu nanti boleh jual masterpiece dan jadi pelukis terkenal dunia seperti Vincent Van Gogh, Leonardo Da Vinci atau Pablo Picasso. Kita sebagai ibu ayah pula sebaik-baiknya menyokong minat anak selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pilu hati apabila mendapat tahu ayah dicampak ke dalam sungai dengan kejam. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan betapa sedihnya dengan sikap kejam!
Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, bagaikan hilang kata-kata apabila dimaklumkan polis tentang kejadian yang menimpa bapanya itu.
Menurut laporan Sinar Harian, perbuatan suspek yang mencampak bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, ke dalam sungai dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat disifatkan sangat kejam oleh anak mangsa.
Dakwa anak bongsu mangsa itu, suspek tersebut dipercayai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah rumah yang terletak berhampiran rumah bapanya di Baling.
“Tindakan suspek terhadap ayah sangat kejam dan keterlaluan sehingga sanggup dia buang ayah dalam sungai.
“Saya difahamkan ayah juga melayan suspek dengan baik,” katanya yang turut turun ke lokasi pencarian bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini pada Isnin.
Jelas Muhammad Amir Hakimi, mereka sekeluarga mengharapkan agar jasad bapanya ditemui secepat mungkin.
“Saya dan dua kakak juga akan melakukan solat hajat sekali lagi dan berdoa agar jasad ayah ditemui dengan segera,” ujarnya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan misteri kehilangan Sabari di Baling akhirnya terungkai selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki membunuh mangsa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat suspek, Sabari dikatakan dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.
Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu, mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak sayangkan anak. Semua ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk terus melindungi anak-anak mereka. Pun begitu serangan Covid-19 di seluruh dunia yang masih mengganas, lebih-lebih lagi dengan kemunculan varian baharu, Omicron bukan masanya untuk kita terus menunggu dan lihat.
Saranan kerajaan yang melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun perlu disambut dengan baik oleh semua ibu bapa. Jangan bertangguh untuk membawa anak mendapatkan suntikan. Itu yang sebaiknya.
Malah perkongsian Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin seperti yang dikongsikan oleh Sinar Harian, tidak menolak kemungkinan ramai kalangan ibu bapa yang masih tidak berbuat demikian kerana mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
Malah menurut perkongsian Timbalan Pengarah Klinikal dan Pakar Perunding Perubatan Respiratori Hospital Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail, kebimbangan tentang aspek keselamatan anak tidak sepatutnya timbul kerana banyak negara telah melaksanakan program vaksinasi ke atas kanak-kanak.
Antaranya Amerika Syarikat, Eropah dan jiran kita, Singapura yang setakat ini menunjukkan kejayaan.
Keengganan ibu bapa yang masih tidak membenarkan anak mendapat suntikan vaksin wajar difikirkan sedalam-dalamnya kerana pada Selasa lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan seramai 270,000 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti Covid-19 antara Julai dan Disember tahun lalu.
Dalam tempoh itu, seramai 63 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah meninggal dunia akibat Covid-19.
Angka direkodkan itu seharusnya tidak boleh dipandang enteng oleh kita semua.
Terdahulu pada 3 Februari lalu, program menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak bertujuan untuk memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dibendung, sekali gus mengelak kluster dalam kalangan murid.
Setakat Selasa, seramai 246,869 atau tujuh peratus populasi kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.
Syabas kepada ibu bapa yang bersetuju agar anak mereka diberi suntikan vaksin!
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.