Tempoh berpantang yang memenatkan ditambah dengan ilmu baru yang perlu dipelajari ketika berpantang itu membuatkan ada ibu mula rasa tak kuat. Malah emosi jadi tak keruan disebabkan hormon yang tidak stabil. Inilah yang dilalui oleh usahawan dan pengacara, Neelofa selepas detik melahirkan anaknya.
Malah akui Neelofa, selepas melahirkan anaknya, Muhammad Bilal pada 29 Januari yang lalu, dia mula menyedari betapa penting dan beratnya tanggungjawab yang digalas saat seorang ibu. Banyak cabaran yang perlu dilalui.
Malah katanya lagi, ketika mula berpantang dia mengakui mula goyah pada mulanya kerana belum cukup ilmu ketika waktu berpantang. Disebabkan hormon yang belum stabil, emosinya menjadi kacau bilau sepanjang berpantang selama 44 hari itu.
“Rasanya setiap ibu berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam menguruskan anak kecil mereka.
“Apa lagi ketika tempoh berpantang dengan keadaan diri di mana hormon ketika itu masih belum stabil.
“Bagaimanapun betul kata orang, semua persoalan akan terjawab selepas 40 hari berpantang. Semuanya jadi lebih baik selepas tempoh 44 hari itu,” kongsi Neelofa.
Pun begitu kongsi Neelofa lagi, kini dia mula menyedari biar apapun cabaran yang datang dalam membesarkan anaknya, setiap kali melihat wajah kesayangannya dan suami itu, hatinya akan menjadi lebih tenang.
“Biar apa pun cabaran yang datang, saya akan sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajah anak.
“Setiap kali ada masalah, saya akan hubungi kawan-kawan dan bertanyakan tip yang sesuai.
“Saya tidak ada amalan spesifik dalam menguruskan anak kerana masih banyak yang perlu saya pelajari namun saya lebih banyak mengikut nasihat doktor dan juga bertanyakan pada ibu tentang apa yang terbaik,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Neelofa selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari lalu. Kemunculan wajah Muhammad Bilal sudah semestinya ditunggu-tunggu pengikut setia usahawan berjaya ini.
Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar