Perjalanan hidup kita tiada siapa yang tahu. Semua itu rahsia Allah. Sama juga kisah si comel J Eshan Nufail yang sihat membesar hingga hari ini walaupun selama dalam kandungan ibunya yang koma, Jahidah Nordin hanya minum susu semata-mata.
Lahir pada penghujung November lalu secara pembedahan, biarpun Nufail langsung tak dapat merasai setitik susu ibu dan pelukan erat ibunya, ternyata anak ini sungguh kuat.
Bertuah sangat Nufail apabila dikelilingi oleh ibu saudara dan ahli keluarga yang begitu menyayanginya dan menjaga sepenuh kasih sayang seperti anak sendiri.
Seperti perkongsian ibu saudaranya, Fauziah Nordin, Nufail bayi yang sangat mudah dijaga. Seolah-olah dia tahu yang ibunya terlantar sakit. Apa yang paling menyentuh hati, sesekali Nufail merengek, bila angkat dan letak di tepi ibunya, terus diam dan lena.
Anak sekecil ini pun dah pandai nak bau ibunya. Walaupun 9 bulan dalam kandungan, ibu tak dapat nak usap dan bercakap dengan Nufail, seolah ada ‘chemistry’ antara ibu dan anak. Kita yang tengok pun rasa sebak!
Nufail meragam tadi.. bila letak tepi ibu, lena Nufail tidur, rupanya dia rindu ibu
Nufail nak ibu peluk ye.. Maaf Nufail, ibu tak boleh.. mummy yang akan peluk Nufail selalu sebagai pengganti ibu, walaupun mummy bukan ibu kandung.
Moga jadi anak yang baik, soleh, hebat, bela nasib ibu dan semua wanita yang teraniaya seperti ibu satu hari nanti.
Nufail kuat, lahir dari rahim ibu yang koma, hanya minum susu melalui tiub untuk lahirkan Nufail.
Sebelum ini, Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan kecemasan kira-kira pukul 9 malam, 30 November lalu.
Bayi yang mesra dengan panggilan ‘Baby J’ itu sihat dan dilahirkan dengan berat dua kilogram.
Pada 9 Disember lalu selepas seminggu melahirkan bayinya, Jahidah terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi selepas terdapat jangkitan kuman pada luka tempat yang dibedah.
Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Kredit: Fauziah Nordin
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI