Bayi menangis biasanya kerana ada sesuatu yang tak selesa di badan mereka. Bukan sebab lapar dan mahu susu semata-mata. Ibu bapa perlu tahu 7 titik refleksologi bayi yang boleh meredakan jenis-jenis sakit tertentu.

Kalau anda nak tahu, urat saraf di badan dan organ kita semua bersambung dengan tapak kaki manusia. Jadi dengan urutan tertentu di tapak kaki bayi boleh bantu beri kelegaan pada bayi anda.

Sebaiknya disyorkan mengosok bayi dengan sapuan minyak dan gosok selepas mandi. Kerana selepas mandi biasanya aliran darah sedang tenang dan sesuai untuk urutan. Setiap satu titik mewakili jenis kesakitan tertentu.

1) Kepala dan gigi

Mengurut kedua-dua belah jari kaki amat bermanfaat untuk bayi yang sedang membesar. Urutan di jari kaki boleh merangsang perkembangan minda mereka.

Selain itu sekiranya anda nampak bayi anda sering mengigit ibu jari kaki bermakna gigi mereka mahu tumbuh. Kerana bayi merasa sakit di ibu jari itu sebab mereka gigit.

2) Sinus

Titik di setiap jari kaki mewakili kesakitan sinus atau kesakitan serta alahan yang melibatkan saluran pernafasan seperti hidung, telinga dan tekak.

IKLAN

Kalau bayi anda rasa seperti hidung tersumbat atau kerap bersin boleh urut di bahagian ini. Boleh beri kelegaan sementara.

3) Dada

Bahagian ini mewakili dada bayi anda. Jika bayi anda berlaku sesak pernafasan atau tercungap-cungap boleh cuba urut di bahagian ini.

Mengurut secara bulatan di lokasi ini dapat melegakan batuk bayi anda tapi ia hanya sementara sahaja. Jika sakit bayi anda masih berlarutan sila dapatkan nasihat doktor.

4) Solar Plex ( Plexus Solar )

Plexus solar adalah saraf yang tersembunyi di antara perut dan paru-paru, dan ia bersambung dengan titik di tengah kaki seperti di gambar.

Menurut pakar kesihatan sebarang ketidakselesaan yang berkaitan dengan kegelisahan, kekejangan, sesak dan masalah pernafasan berkait rapat dengan kawasan ini dan urutan ringan di kawasan ini dapat membantu bayi anda.

Refleksologi hanya beri keselesaan sementara sahaja, nasihat doktor adalah dinasihatkan jika masalah masih berlarutan.

5) Perut Atas

Mengurut di kawasan ini dapat melegakan bayi anda dari sakit seperti sembelit, pedih ulu hati, dan senak.

Tapi semasa urut jangan terlalu keras kerana sekiranya bayi anda sedang mengalami kesakitan kawasan ini akan jadi sangat sensitif.6) Perut Bawah

Bayi anda mengalami kembung perut atau perut banyak gas anda boleh urut di bahagian ini. Sekejap je bayi anda akan buang angin.

7) Pelvis

Akhirnya, tumit kaki disambungkan ke pelvis, pinggul dan perut. Bayi yang sedang membesar biasanya akan mengalami kesakitan dan ketegangan di bahagian pinggul. Ini biasa. Gosok di bahagian ini dapat melegakan kesakitan tersebut.

Sunber: Rara Kids & Baby