Ketika ‘melayan’ sakit kontraksi, Asyalliee masih boleh senyum & berpenampilan cantik lagi. Ramai netizen kagum & puji tenangnya ibu ini melalui proses bersalin.
Kontraksi bersalin adalah sesuatu yang digeruni. Apatah lagi apabia makin kerap & kuat. Sukar untuk duduk bertenang dan tersenyum.
Instafamous Asyalliee berkongsi video proses bersalinnya di Instagram. Asya yang melahirkan anak keduanya Siti Helena Adrianna pada 26 Mac lalu kelihatan begitu tenang melalui kontraksi.
Tapi Asya sendiri mengakui selepas bukaan serviks 8sm ke atas & pecah ketuban, dia sendiri tak keruan kerana kontraksi makin kuat, tudung pun pun ‘hilang’.
Ads
Follower turut kagum dia masih boleh tersenyum lagi semasa ‘melayan’ kontraksi bersalin. Ada juga yang memuji ibu kepada dua cahaya mata ini masih kelihatan cantik semasa proses kelahiran.
Bertangas Guna Bahan Dapur, Elok Mama Amalkan Dua Minggu Sekali
Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang. Bagi wanita yang telah berkahwin dan sudah melahirkan anak, lagi-lagilah digalakkan melakukannya.
Sebenarnya seawal remaja, wanita digalakkan bertangas bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik. Bertangas sangat mudah. Hanya guna bahan di dapur sahaja. Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas.
Amalan bertangas boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim. Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh dijadikan panduan.
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tidak letak pun boleh)*
Halba
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa
CARA-CARA:
1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda *untuk dijadikan ‘paste’ pekat.
2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
3. Letakkan ‘paste’ yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.
4. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
5. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh.
KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA:
1.Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.
2.Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.
3.Mengurangkan masalah keputihan.
4.Melancarkan haid.
5.Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama rahim.
Sesiapa sahaja pasti terhibur melihat aksi dan wajah comel Arif Jiwa Asyraf yang sihat dan bijak ini. Agaknya apa rahsia Arif sentiasa ceria dan aktif ya?
Si kecil ini baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Si Cilik Meletop dalam Anugerah Meletop Era 2018.
Tentu ramai kagum melihat keceriaan Arif yang digelar sebagai pipiPao oleh ibunya Tya Arifin. Tak hairanlah Arif yang baru genap usia setahun ini sihat dan bijak. Rupanya dia mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya.
Dalam posting di instagramnya sempena ulang tahun kelahiran Arif, Tya telah berkongsi kegembiraan kerana berjaya melepasi fasa pertama penyusuan susu ibu secara eksklusif pada Arif.
Pelakon jelita negara seberang ini turut berdoa agar perjalanannya menyusukan Arif bagi melengkapkan tempoh 2 tahun dapat berjalan lancar.
Dear Arif Jiwa, Alhamdulillah sudah setahun kamu menjadi pelengkap hidup. Sudah setahun juga ibu full menyusui kamu, ibaratnya udah lulus Strata 1, doain semoga bisa lulus S2 jadi master 2thn Banyak belajar dari Kamu yaitu harus sabar , ikhlas, positif thinking dan bahagiaaa yang paling penting. Semoga kamu jadi anak yang baik, berbakti, berbudi pekerti -Cinta kasih, Ibumu yg agak posesif
Ternyata susu ibu sememangnya adalah sumber makanan terbaik untuk menjadikan anak sihat, bijak dan ceria macam Arif.
Sememangnya ibu jelita ini juga seorang yang gigih dan berdisiplin mengepam susunya sebagai stok susu untuk Arif apabila dia ada urusan di luar rumah. Lihat sahaja stok susu ibunya itu.
Bahkan Tya juga turut banyak mengajar dan berkongsi tips menyusukan anak secara eksklusif kepada ibu mertuanya Datuk Siti Nurhaliza yang mesra dipanggil Mak Iti.
Susu mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya susu segar ataupun susu tepung. Disebabkan itu, ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya. Ikuti artikel ini untuk membantu anda memahami perbezaan nutrisi antara susu segar dan susu tepung.
Kandungan nutrisi susu segar dan susu tepung
Kedua-dua susu segar dan susu tepung mengandungi nutrien yang diperlukan oleh manusia dan lebih kurang sama dalam kandungan nutrisinya. Satu cawan hidangan susu segar dan susu tepung akan membawa 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium seharian.
Kelebihan susu segar
Susu segar sebenarnya mempunyai kandungan vitamin B yang lebih banyak. Satu cawan susu segar akan memberi kita 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 miligram vitamin B5. Sementara itu, satu cawan susu tepung pula mengandungi 0.9 mikrogram vitamin B12 dan 0.8 miligram vitamin B5. Fungsi vitamin B5 adalah membantu sel otak untuk kekal sihat dan vitamin B12 pula adalah penting untuk pengaliran oksigen dalam badan.
Selain itu, susu segar juga mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisme serta fungsi enzim dan tiroid. Satu hidangan susu segar akan membawa 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus. Sementara itu pula, susu tepung hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram fosforus.
Paling penting, kebanyakan individu bersetuju bahawa rasa susu segar adalah jauh lebih sedap berbanding susu tepung.
Kelebihan susu tepung
Susu segar tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang sementara susu tepung mempunyai kelebihan ini. Susu tepung tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan masih mampu mengekalkan kandungan nutrisinya. Selain itu, susu tepung juga adalah tidak semahal susu segar.
Susu yang manakah paling sesuai buat anda?
Kedua-dua susu ini sebenarnya menyediakan kandungan nutrisi yang hampir sama. Jika anda merupakan seorang individu yang kurang gemar produk yang diproses, susu segar adalah pilihan yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.
Bagi kegunaan dapur, susu segar sebenarnya adalah pilihan yang terbaik. Namun begitu, jika dilihat dari aspek masa dan kos, susu tepung dilihat sebagai alternatif yang lebih baik. Bagi beberapa jenis minuman seperti smoothie, susu tepung adalah lebih sesuai berbanding susu segar.
Konklusinya, susu segar dan susu tepung mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan nutrisi yang lebih kurang sama sahaja. Oleh itu, ia sebenarnya terpulang kepada anda untuk memilih susu yang terbaik buat anda.