Keibubapaan

Tengah Main Cakap Apa Pun Anak Takkan Dengar, Ada Waktu Paling Tepat Nasihatkan Anak, Ni Caranya!

Share

Waktu bermain adalah waktu yang sangat menyeronokkan bagi anak-anak kita. Cakaplah apa sahaja, ada waktunya anak langsung tidak mendengar dek terlalu fokus dengan permainan di tangannya. Jangan sekali-kali memberi pelbagai arahan di waktu ini kerana ia pasti gagal.

Ada waktu tepat untuk mak ayah memberikan nasihat atau pun mahu berkongsi cerita dengan anak. Inilah waktu sebaiknya dan terlalu ‘dekat’ dengan anak. Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, waktu sebelum tidur adalah waktu paling mustajab untuk mak ayah menyampaikan segala ‘cerita’ dan nasihat.


Tolong jangan sia-siakan waktu anak hampir nak terlena tu. Waktu ni lah mak ayah sebenarnya wajib

– jauhkan gajet daripada genggaman tangan
– padamkan TV
– tinggalkan sekejap kerja yang tengah kita buat

Sebab inilah waktu paling bagus untuk kita ambil kesempatan
– usap ubun-ubun anak kita
– bermanja dengan dia
– banyakkan peluk, cium dan hadiahkan sentuhan penuh kasih sayang untuk si kecil tu.

Dalam masa yang sama
– bisikkan kat telinga dia betapa kita sangat sayangkan dia
– pesan dan nasihat perkara-perkara yang baik pada anak
– beritahu jugak kat dia yang kita nak sangat dia jadi anak yang soleh dan solehah, suka bantu mak ayah dia, tolong jaga adik-adik dia, jadi lebih rajin, berdikari dan lain-lain.

Jangan sia-siakan tempoh berharga ni sebab bermula dari fasa mengantuk sehingga dia mula tertidur, itulah masanya gelombang otak anak berada dalam keadaan yang sangat sangat tenang dan jauh dari kekusutan.

Teruslah manfaatkan betul-betul waktu tersebut untuk kita serapkan sesuatu yang positif ke dalam minda anak dan bentuk dia ke arah yang lebih baik.

Tolong amalkan pada si kecil kita kejap lagi ya.

#share jugak ilmu mahal ni dengan sahabat-sahabat kita yang lain. Semoga bermanfaat.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Artikel berkaitan: Niat Nak Tidurkan Anak, Sudahnya Mak Pun Tertidur Sekali, Ada Bahayanya!

Bukan Tunjuk Pandai Ajar Anak Tidur Awal, Semuanya Ada Kaitan Dengan Pertumbuhan Anak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM