Tengah Marah Anak, Kita Mula Compare Dengan Orang Lain. Sedih Dia, Rasa Tersisih

Share

“Tengok abang tu, perangai dia baik je. Mama cakap sekali dah dengar, sebab tu Mama sayang dia lebih dari adik!,”bentak Pn Marina ketika memarahi anak keduanya.

Sudah acap kali Pn Marina membandingkan kedua-dua anaknya itu. Lebih teruk lagi, sikap pilih kasihnya antara keduanya sungguh ketara. Di sinilah silapnya Pn Marina ketika mendidik anak-anaknya itu.

Isu anak kesayangan ini boleh dikatakan wujud dalam setiap keluarga. Mereka dikatakan menjadi kegemaran kepada ibu dan ayah berbanding dengan adik-beradik yang lain. Apabila hal ini ditanyakan kepada ibu ayah, sudah tentu mereka akan menafikan hal ini. Jarang sekali ibu ayah akan mengakui yang mereka ada anak favourite antara kesemuanya.

LAYANAN LEBIH KEPADA SALAH SEORANG ANAK

Sebuah kajian yang dikendalikan oleh seorang pakar psikologi, Katherine Conger dari University of California menemukan lebih 70% bapa dan 74% ibu yang didapati melebihkan layanan kepada seorang anak.

Sumber foto: www.freepik.com

Kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Family Psychology menyatakan setiap anak merasakan mereka menerima layanan yang lain dan tidak adil. Di dalam penyelidikan ini didapati anak-anak merasakan abang, kakak atau adik bongsu sering diutamakan dan diberi perhatian lebih oleh ibu ayah mereka.

Baca Juga:

Hari-Hari Tambah Sayang! Amal Doa Kekal Romantis Suami Isteri Paling Mudah

“Bukan Sengaja Nak Tantrum, Anak Tak Mampu Kawal Emosi.” Ayah Ini Kongsikan Fakta Kita Perlu Tahu

Tak Cakap, Tapi Rupa-Rupanya Anak Lelaki Ada ‘Simpan’ 7 Keinginan Ni!

KENA BANYAK BERSABAR

Biasanya kalau di dalam adik beradik, anak sulung atau yang bongsu akan terasa seperti mereka diketepikan. Malahan mereka merasakan, merekalah yang paling tidak digemari oleh ibu ayah. Adik-beradik lain mendapat layanan yang istimewa sedangkan mereka tidak. Sebenarnya itu adalah perkara normal.

Itulah punca mengapa mereka sering ‘buat hal’ untuk menarik perhatian ibu ayah. Malangnya, cara itu biasanya akan membuatkan mereka dimarahi lagi oleh ibu ayah.

Sumber foto: www.freepik.com

Isu anak kesayangan ini boleh menjadi faktor perbalahan antara adik-beradik. Kalau anak-anak yang masih kecil bergaduh, memang sukar untuk ibu ayah redakan. Pun begitu, peranan ibu ayah sangat penting bagi memastikan kasih sayang dan perhatian diberikan sama rata kepada setiap seorang anak anda. Untuk mengendalikan dan menguruskan anak-anak ni, kenalah banyak bersabar.

BIAR SAMA RATA

Sebagai ibu ayah, berilah layanan yang adil kepada setiap anak anda dari segi emosi, fizikal dan mental mereka. Selalulah beritahu betapa anda sayangkan mereka dan semuanya sama sahaja.

Tiada yang lebih (inilah yang anak-anak mahu dengar dari ibu ayah sebenarnya). Sentiasa tunjukkan yang anda sayangkan anak-anak dari segi perbuatan mahupun lisan.

Seandainya ada anak yang memerlukan perhatian lebih dari anda, jelaskan dengan baik kepada anak-anak yang lain. Biarkan mereka faham akan situasi tersebut dan sama-sama membantu serta mengambil bahagian. Paling penting, terimalah anak-anak seadanya kerana setiap satu daripada mereka adalah rahmat dan ada keistimewaan tersendiri.

Sumber: Hello Doktor

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Emy H