Muka yang comel, badan bersemangat pasti ramai yang geram dengan Muhammad Zayne Tyler atau lebih mesra dipanggil Zayne. Permata hati Mat Dan dan isterinya ini sentiasa menjadi perhatian peminat ayahnya tiap kali di bawa keluar.

Bukan setakat kulit yang cerah dan gebu tetapi tengok badannya pun ramai yang tertanya-tanya apa yang Zayne makan.

Berkongsi pengalaman itu, Mat Dan berkata makanan kegemaran Zayne hingga sekarang adalah suka makan roti.

Waktu pertama kali Zayne mula belajar makan, benda pertama yang saya berikan padanya adalah lobak merah yang dijadikan puri. Alhamdulillah Zayne suka. Kemudian saya cuba pula kisar betik dan pisang dan ternyata betik jadi pilihan Zayne. Dia cukup suka makan betik.

IKLAN

Tengah Menangis, Dapat Roti Boleh Diam. Mat Dan Akui Zayne Ikut Seleranya Suka Makan Roti

“Kini bila dah sebulan setengah makan makanan pejal, Zayne juga turut diberikan kosong. Mulanya dia kurang selera tapi bila saya berikan dia bersama sup ayam dan kadangkala saya kisar dengan ikan, saya nampak dia mula suka.

“Bukan bubur sahaja, saya selang selikan buah-buahan sebagai snek untuk Zayne. Zayne juga suka makan roti, sama seperti ayahnya,” kongsinya.

IKLAN

Mat Dan jelaskan, minat Zayne dengan roti ini mungkin juga ikut seleranya. Saya memang jenis yang suka makan roti.

“Kalau dia menangis pun, jika umpan dengan roti Zayne boleh diam,” ceritanya lagi yang berharap Zayne dapat minum susu ibu sepenuhnya.

IKLAN

Setakat ini pun, antibodi Zayne juga kuat. Setakat ini baru sekali je dia selesema tu pun kerana perubahan cuaca ketika pulang dari melawat atok dan neneknya di luar negara.

Tengah Menangis, Dapat Roti Boleh Diam. Mat Dan Akui Zayne Ikut Seleranya Suka Makan Roti

Nak tahu lanjut apa kisah menarik lagi mengenai hero Mat Dan ini boleh dapatkan majalah isu Februari sekarang di pasaran dengan tema kali ini Edisi Selera Si Manja.

Tengah Menangis, Dapat Roti Boleh Diam. Mat Dan Akui Zayne Ikut Seleranya Suka Makan Roti

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI